Assalamualaikum..

Aha sebelum puasa hari tu ronda2 kat Shaftbury nampak ada outlet Serai baru di buka. 
Terus teringat2 kat Pavlova dia.. apa lagi ringan terus kaki melangkahh!


Menu wajib.. PAVLOVA RM14.80 per slice


Zoom sikit lagiii.. nyumm sekelip mata je habisss


Di sebabkan orang ramaii dan terpaksa tunggu lama kalo order masakan panas..
last order menu yg dah sedia ada.. 
Nasi Lemak RM16


Menu Johor Nasi Ambeng RM20...

harga berganda2 mahall.. rasa biasa2.. lain kali kalo gi memang rugi order menu ni uhuhuh

Next time kena try Siakap Stim dia!
Assalamualaikum...

Akhirnya baru berkesempatan nak update cuti cuti family day ke Pulau Redang hihihi
Pulau Redang ni kalau tak de organizer arrange memang tempat yang agak sukar di jejak 
lebih2 lagi bila ada anak kecikk.

Seawal jam 9:30 malam kami dah bertolak dari ofis Abang menaiki 
Bas 2 tingkat... sekali tengok memang rasa ngeri nak naik bas tinggi2 ni kan.. mujur
la tingkat bawah dikhaskan utk family yg ada anak2 kecikk so aman la duduk 
tingkat bawah ngan budak2.


Jam 5:00 pagi gitu dah sampai kat Kuala Terengganu. 
Sementara tunggu jadual Feri jam 8 pagi sempat la Subuh & breakfast kat jeti.


Muka baru bangun tidur hihihi


Geng2 seangkatan Danish & Dania.. kat belakang tu bas yg dinaiki beramai2. Dalam pada tunggu Feri sempat lagi pump EBM utk supply pada Dhiya KLIK SINI. Freshh & baekk punya hihihihi


 Nak siap2 nak naik Feri. 

Abang sempat pose kat dec Feri

Perjalanan dari Jeti Kuala Terengganu ke Pulau Redang mengambil masa kira2 1 jam setengahh.
Bleh tahan gak jauh nya.

 

Riang ria dalam feri dengan masing2 muka tak mandi lagi hihihih. Gambar sebelah kanan sebaik 
menjejakkan kaki ke Pulau Redang... yeayy!!!


Tu dia tu dia... siapa nampak kedai kat sebelah kiri tuh...
Ochado ~ Pearl Milk Tea branch!!! Wallaa... sangat2 suker okehhh!!
Dah la memang tengah kemaruk minum benda alah tu. Bleh plak kat
Pulau Redang ni sesattt gerainya satu uhuhuh


Dhiya main pasir sementara tunggu check in time. 


Bilik kamii... ada 2 katil singgle ( atas bawah ) dan queen size bed dalam nya. Tak la luas sangatt tapi cukup la  tempat nak tidur berlima 


Petang tu pukul 2 terus acara Snorkerling 1st trip! Di sebabkan 1st Trip so tak de la bawak gadget sebab nak snorkerling puas2..  dalam sejam gak sessi snorkeling tu. Petang dah balik pantai baru amek HP /camera gambar2 skett. Ni acara snorkeling tepi pantaii sementara tunggu bot ke Pulauu utk snorkeling.

Danish la paling excited.. nyaris tak mo naik ke daratt asyik nak 'menyelam je hihihih.


Ni acara petang lepas balik snorkeling.. kemain lena tidur kat buai tepi pantaiiiiiii dengan angin sepoi2 bahasa dan ditemani deruan ombakkk

Budak2 pulak layan main pasirrr



 Ralit dengan dunia masing2.. ala2 istana takeshi gitew hihihi


Malam diikuti dengan acara sukan suka suka... patutnya petang tapi semua dah lepakk last2 postpone ke malam. Seb baik ada port baekk punyaa..


Acara rebut kerusi kanak2... 

  
Danish  ke peringkat final dan terus JOHAN!! Caya laaaa.. bab berebut memang no. 1 muahahahhaha!

\Next acara untuk kaum lelaki dewasa... Papa TOP 3.. ok la tuuu 


 Dhiya macam biasa.. main pasirr.. jenuh kejar dia ke sana ke mariii


Ni acara game teka perkataan dari bahasa isyarattt


Di sebabkan ramai yang seriii.. beberapa kali buat semula.. memula Danish kalahh.. 
jenuh pujuk orang yg susah nak terima kekalahan ni isk isk iskk.. last2 dapat No. 3 setelah beberapa kali saringan seri hehehehe

berakhirlah aktiviti hari pertama....

okeh.. to be continuee..








Assalamualaikum....

Salam Ramadhan semua....
Tuan tanah masih tak berapa sihatt.. masih batuk2.. sakit tekak.
En Husband pulak baru discharge ward... so malam Ramadhan pertama En Suami 
di hospital, tuan tanah terpaksa balik rumah tak dapat temankan En Suami 
sebab nak manage budak2 yg first time nak berpuasa tahun ni uhuhuhu.
So malam tu pun balik dari melawat Papanya dah nak kul 11 lebih.. 
Tuan tanah pun keletihan yang amatt dengan badan yg tak berapa nak sihat tapi disihat2kan jugakkk....
so sahur pun sempoi sangat laukk telur mata kicap & Sayur je 
memang ikut selera budak2 uhuhuhuhuh

Alhamdulillahh.. En Suami pun dah discharge semalam, *nanti wat entry lain uhuhuhu*
so semalam first Ramadhan dapat la berbuka bersama-samaa.
Sementelah En Suami  tak dapat  berpuasa sebab kena makan ubat kat spital,
so semalam nak berbuka En Suami yg masak, aku bawak budak2 gi bazaar
pilih juadah berbuka ikut tekak anak2 uhuhuhu.


Inilah juadah berbuka hari pertama. Dania request kepak ayam & kuih muih + donat, aku terliur tengok tepung pelita, RM2 4 ketui jekkk.. tapi serious sedappp.. cair di mulutt gitu tak cukupp! Hari ni harus beli lagi walopon agak mahal hihihih. Murtabak WAJIB! dan tak lupa Bubur Lambukk.. nyummm!!
Kurma dan kekacang arab dari ofismate En Suami yang baru balik Umrah.. Alhamdulillah.

Aku sempat masak hati/pedal tumis lada, En Suami pulak masakkan sambal telur 
maklumla boleh rasa kan hihihihi *favourite Danish*, 
Sotong Black Pepper & Sambal tumis ikan bilis untuk sahurr..
Baru la terasa meriah En Suami ada kat rumah kannnn, ALhamdulillah.


So pagi tadi lauk sahur meriah la sikit lauk tu pun pakat perangat je hihihi.
Sayur je lah kena masak freshhh! Yang penting kena ada sambal tumis ikan bilis tuh.
Tak lupa telur scrambler utk Dania.


Alhamdulillah tak susah nak kejut budak2 ni cuma bangun pun sempat lagi layan mata
kat sofa bawah selagi tak di panggil ke meja makan uhuhuh.
Si Dhiya pun sibuk nak sahur jugakkk


Sahur hari ni lebih meriah berbanding semalam.. Alhamdulillah..


Si Dhiya yg sibuk jugak nak menempelll ikut orang nak bersahurr hihihihi

Ok.. selamat meneruskan Ibadah Puasa kepada semua...!
Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna dan barakah buat kita semuaa InsyAllah...!
* err.. sorry yer entry makan2 plak time orang ngan berposa ni hihihi*