Assalamualaikum....
Salam Ramadhan semua....
Tuan tanah masih tak berapa sihatt.. masih batuk2.. sakit tekak.
En Husband pulak baru discharge ward... so malam Ramadhan pertama En Suami
di hospital, tuan tanah terpaksa balik rumah tak dapat temankan En Suami
sebab nak manage budak2 yg first time nak berpuasa tahun ni uhuhuhu.
So malam tu pun balik dari melawat Papanya dah nak kul 11 lebih..
Tuan tanah pun keletihan yang amatt dengan badan yg tak berapa nak sihat tapi disihat2kan jugakkk....
so sahur pun sempoi sangat laukk telur mata kicap & Sayur je
memang ikut selera budak2 uhuhuhuhuh
Alhamdulillahh.. En Suami pun dah discharge semalam, *nanti wat entry lain uhuhuhu*
so semalam first Ramadhan dapat la berbuka bersama-samaa.
Sementelah En Suami tak dapat berpuasa sebab kena makan ubat kat spital,
so semalam nak berbuka En Suami yg masak, aku bawak budak2 gi bazaar
pilih juadah berbuka ikut tekak anak2 uhuhuhu.
Inilah juadah berbuka hari pertama. Dania request kepak ayam & kuih muih + donat, aku terliur tengok tepung pelita, RM2 4 ketui jekkk.. tapi serious sedappp.. cair di mulutt gitu tak cukupp! Hari ni harus beli lagi walopon agak mahal hihihih. Murtabak WAJIB! dan tak lupa Bubur Lambukk.. nyummm!!
Kurma dan kekacang arab dari ofismate En Suami yang baru balik Umrah.. Alhamdulillah.
Kurma dan kekacang arab dari ofismate En Suami yang baru balik Umrah.. Alhamdulillah.
Aku sempat masak hati/pedal tumis lada, En Suami pulak masakkan sambal telur
maklumla boleh rasa kan hihihihi *favourite Danish*,
Sotong Black Pepper & Sambal tumis ikan bilis untuk sahurr..
Baru la terasa meriah En Suami ada kat rumah kannnn, ALhamdulillah.
So pagi tadi lauk sahur meriah la sikit lauk tu pun pakat perangat je hihihi.
Sayur je lah kena masak freshhh! Yang penting kena ada sambal tumis ikan bilis tuh.
Tak lupa telur scrambler utk Dania.
Alhamdulillah tak susah nak kejut budak2 ni cuma bangun pun sempat lagi layan mata
kat sofa bawah selagi tak di panggil ke meja makan uhuhuh.
Si Dhiya pun sibuk nak sahur jugakkk
Sahur hari ni lebih meriah berbanding semalam.. Alhamdulillah..
Si Dhiya yg sibuk jugak nak menempelll ikut orang nak bersahurr hihihihi
Ok.. selamat meneruskan Ibadah Puasa kepada semua...!
Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna dan barakah buat kita semuaa InsyAllah...!
* err.. sorry yer entry makan2 plak time orang ngan berposa ni hihihi*
Ok.. selamat meneruskan Ibadah Puasa kepada semua...!
Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna dan barakah buat kita semuaa InsyAllah...!
* err.. sorry yer entry makan2 plak time orang ngan berposa ni hihihi*