Assalamualaikum...
Sabtu lepas baru sahaja menghadiri Majlis Malam ALEPS
bersempena dengan sambutan Jubli Perak penubuhan ALEPS ke 25.
Yang paling teruja, pengasas Dasar Pandang Ke Timur
turut hadir iaitu tokoh negarawan yang sentiasa saya hormati,
TUN MAHATHIR MOHAMED.
Sneak Peek sikit gambar dengan Ayahanda Tun yg dikasihi.
Majlis bermula jam 8 malam, 15th June di PWTC.
Dengan gigihnya naik ERL & LRT pergi PWTC.
Balik baru kekanda saya datang jemput..
nak drive masuk KL memang tak berani...kekanda pulak
tak berapa sihat sebab diarhea huhuhu.
Sejambak mawar di meja VVIP
Aturcara majlis
Nama dapat kat Meja 12 tapi ada senior mintak tukar..
so masuk la meja No. 10.. sempai *senior* je ramai huhu
Nasib baik ada geng ladies jugak hihihi
Menu Malam ni ~ Masakan China
Antara yg rajin di snap huhu
Seterusnya ucapan oleh yg di alu2kan.. Tun Mahathir.
Sentiasa ada intipati yg bernas dalam ucapan beliauu
Antara yg disampaikan
" Pisang Emas dibawa belayar,
masak sebiji di atas peti,
hutang emas boleh dibayar,
hutang budi dibawa mati....."
Renung-renungkan dan selamat beramalll.......
Acara tandatangan momento sempena sambutan 25 tahun ALEPS
Seterusnya bergambar dengan penerima2 kerusi roda
custom made yg di hasilkan oleh ADF (ALEPS Dream Factory).
Istimewanya kerusi2 roda ini di buat mengikut ukuran penerima.
Kalau ada diantara saudara mara atau kenalan kalian
yg memerlukan boleh hubungi saya ya.
Seterusnya persembahan 'gazal Jepun' oleh senior Hafiz
Di ikuti dengan persembahan kebudayaan Jepun
Selesai Majlis, acara yg di nanti2kan .. upacara bergambar bersama Ayahanda Tun!
"Ganbare ALEPS!"
Dapat jugak bersalam dan bergambar bersama Tun Mahathir like like like!
Bergambar bersama2 VVIP & Exco ALEPS
Bergambar bersama Tun Mahathir & Isteri, Tun Siti Hasmah.
Sweet je diaorang ni kannnn, suker sangattt!!!!
Jumpa member2 satu batch
dan bergambar bersama sempai2 ladiess...
Majlis usai jam 10:30 malamm...
Moga Tun terus diberikan kesihatan dan dipanjangkan usiaaa.
Tahniah & terima kasih kepada semua AJK yg menjayakan majlis hari ini