Assalamualaikum....
Ahaaa.. entry pasal stok EBM kali ni.
Actually masa Delisha detect ada jaundis Mama & Papa terus decide nak campur
susu ibu & Susu formula. Ya yaa.. Mama paham. Normally kalau anak kena jaundis
Doktor akan advise utk kasi susu ibu banyak2 supaya baby rajin poo poo & buang air
lantas menyingkirkan kandungan birulubin yg menyebabkan demam kuning.
Tapi dalam kes anak2 Mama ni... masa Dania dulu dah detect
bila Mama full BF jaundis anak2 lambat turun... so untuk kes
anak2 Mama yg mana Mama berdarah O positive ni mmg Mama suspek
jaundis disebab BF la which is only in minor case. Jadi untuk orang lain, lain kesnya kan.. so sila
jangan terpengaruh dengan kes Mama okeh.
Anyway.. disebabkan dari hari ke-5 dah start campur susu FM...
so kira Mama start hari ke-5 tu dah start pum EBM and simpan stok dalam Freezer lah.
Alhamdulillah... susu EBM Delisha pun muai sampai nak penuh dah freezer tu
dalam masa beberapa hari je... Mama plak masih nak mix BF/FM... freezer dah nak penuh
sedangkan pada masa yang sama Mama ada simpan angan2 nak full BF kan Delisha
bila dah kebah dari jaundis.. so MANA NAK SIMPAN EBM nih...?
Makanya dalam masa yang agak singkat terus google Mini Deep Freezer or
ada juga yang dipanggil sebahai Chest Freezer.
Survey2 lebih kurang terus mintak Papa carikan Chest Freezer nih..
dan akhirnya Papa balik dengan membawa En Midea seperti di bawah ni hihihi
Beli kat On King electric stores, dengan saiz 99L dan beharga RM599 *untuk yg tengah survey*.
Ni harga paling murah Papa jumpa.. ada model lain, Faber 100L & Elba 130L Chest Freezer
tapi rega RM649 & RM699 setiap satu.
So rasanya cukup lah saiz 100L ni untuk stok EBM buat masa ni kan. Itu pun pening kepala
nak buh mana Chest Freezer ni. Rumah dah cukup2 sempit okehhh!
Ini dia view dari arah atas freeze. Di lengkapkan dengan bakul kecit.
Sekali double pump kiri kanan... dapat dalam 7 Oz Alhamdulillah.
Mama ada Avent manual pump... tambah satu Avent manal pump lagi kepunyaan SIL
yang menganggur. So kat umah leh la double pump secara manual tapi
boleh la imagine camne rupa orang double pump manually kan uhuhuhu.
Keadaan bahagian freezer yang dah hampir penuh dalam
beberapa hari uhuhuhuhu.
Okeh.. stok EBM pada minggu ke-2 dalam pantang.
Bekas yang tak bertarikh tu masa awal2 pump EBM start hari ke-5.
Close up sketttt. Simpan pakai bekas dadih je senangg nak susun uhuhuh.
Errkkkk... tapi tiba-tiba je ada 'alien' yang menggoda iman orang dalam pantang tauuu...!!
paham2 je la cuti sekolah kann..
Dania la request suh buat eskrem. Yang kelakar masa mula2 Papa
balik bawak Chest Freezer tu nak setup memang Dania tanya... 'Ada eskrem ke dalam tu Papa...?'
ahahahha.. sabor je la kann. Nu pun snap eskrem dah tinggal berapa batang jekk.. memang laris la panas2 terik ni kannnnn. Cuti sekolah selain buat eskrem, buat Dadih jugak penuhkan peti ais. Kebetulan
buat dadih perisa buah buahan. Kaler lebih kurang sama macam kaler EBM. Boleh budak2 ni
keluarkan EBM dari Chest Freezer ni sebab derang ingatkan Dadih! sabor je la kikiki
Zoom lagiii...amboii.. sampai 4 perisa nko eskrem Malaysia di musim2
panas terik sempena cuti sekolah ni. Papa pulak layan je kan request anak dara tu.
Ingat Mama tak telan air liur ke tengok orang lain
srootttttttttttttt srrootttttttttttttt sedut eskrem Malaysia...! Owh tidakk.. kijamm kijamm!!
Sungguh meruntun jiwa okehhh!!!
Last2 Papa suapkan jugak kat mulut Mama.. 'Buat Ubat' dia kata ahahahaha!!.
Okeh ni stok EBM di minggu ke-3 dalam pantangg. Dah hampir separuh freezer penuh ngan EBM.
Target nak penuhkan Chest Freezer ni ngan EBM sebelum habis pantang.. InsyaAllah. Buat masa ni Mama memang ambik susu Natalshape sekali seharii... ada dos sampai habis pantang ni.
Sambil2 tu tengah habiskan Vitamin C & Vitalea Shaklee belen2 masa pregnant hari tu.
Set menyusu Shaklee baru order... tunggu delivery je dalam minggu ni InsyaAllah.
Mudah2 murah rezeki anak2 Mama. Niat dalam hati kalau cukup stok & Dhiya masih nak minum EBM ni nak supply sekali utk both Delisha & Dhiya. Sian Dhiya.. sebulan sebelum Mama bersalin dah stopkan BF dia sebab nak trigger balik utk Colostrum stimulation untuk baby which is antibodi terpenting untuk setiap setiap bayi yang baru saja lahir ke dunia. So kalau Dhiya still nak minum EBM ni InsyaAllah nak supply balik. Pernah test sekali habis Dhiya minum uhuhuhu.
Tapi Dhiya sekarang susu FM pun sekali minum dah 8-9 Oz uhuhuhuhu.
Mungkin kalau EBM 7 Oz dah kenyang kot sebab EBM lagi mengenyangkan kan.
Ni pulak masa lawatan Mak Teh, Mak Lang & Achik tengok baby masa cuti sekolah hari tu. Tengok la
apa jadi ngan kotak Freezer tuh. Yg dewasa pandang kotak tu macam 'sampah'. Tapi tidak di mata2 budak2 ni... di modifiednya jadi 'Hotel 5 bintang'.. siap ada pintu & tingkap hahahahha..!!
Cuti sekolah punya pasall.. layankan je lah idea budak2 ni kann hihihi.
Al-kisahhhh
NOTE : Berminat nak guna double breast pump yang lebih effisien
untuk menjayakan penyusuan susu ibu secara esklusive dan buat stock
EBM tak habis-habis ??
Boleh dapatkan di sini :-