Assalamualaikum...

Nak berkongsi DILEMA yang melanda daku sekarang ni uhuk uhuk!

Bulan lepas masa promo Air Asia ada beli tiket ke
  Vietnam utk travel awal June 2013. Pergi dengan BFF ku. 
Dah lama mengidam nak ke Vietnam
dan akhirnya dapat jugak tiket & tarikh.
Bajet gi sensorang je dulu survey tempat & shopping huhu

Then kompeni En Suami plak ada plan
  Family day ke Pulau Redang awal bulan Mei 2013
Ngam2 aku pun dah habis pantang so memang cantek laa plan.. 
sementelah aku pun masih dalam cuti maternity so bleh la join sekaki kan dah nama
pun family day.. mestilah nak bawak family ye dakkkkk

TIBA TIBA...... di satu hari yang hening, 
SPR telah mengumumkan tarikh mengundi jatuh pada
5hb Mei 2013 iaitu jatuh pada hari 
percutian Family day ke Redang...!!!!

So tarikh Family Day terpaksalah diadjustkan semula
supaya semua warga kerja kompeni En Suami boleh menunaikan 
tanggungjawab kepada negara untuk pergi mengundikan...

Yang BESTnya.... tarikh adjustment yang derang dapat dari travel Agent
ngam ngam SAMA dengan tarikh PERGI DAN BALIK aku ke VIETNAM..!!!
UWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!

Sebak habis niiii.... adoiiiiiiiiiiiiiii mana satu aku nak pilih niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.
Tiket Vietnam pun pergi balik termasuk luggage RM370 dah bayorr...
angan2 pun terbayang2 dah kat kepala...
Pada masa yang sama REDANG pun tak pernah pergiiii.... 
kalo gi sendiri tak tau la sampai ke tak ngan anak2 keciknya kannnn.
Maklum la pulau... kalau ramai2 ni meriahnya lainnn kannnnn,
Sungguh la sedihhhhhhhhh OK sebab terpaksa kansel salah satuu..
uhukk! uhukk!! uhukkkkkkkkk!!!

Jom layan gambar hiasannnn aka angan2 ke 
VIETNAM vs REDANG

VIETNAM TOUR








REDANG TOUR




  



Kalau korang jadi aku agak agak mana korang pilihhhhhh .............??????????

Ce bagi komen dan pendapat skettttt..... uhuhuhu
Assalamualaikum....

Ahaaa.. entry pasal stok EBM kali ni.
Actually masa Delisha detect ada jaundis Mama & Papa terus decide nak campur 
susu ibu & Susu formula. Ya yaa.. Mama paham. Normally kalau anak kena jaundis
Doktor akan advise utk kasi susu ibu banyak2 supaya baby rajin poo poo & buang air
lantas menyingkirkan kandungan birulubin yg menyebabkan demam kuning.
Tapi dalam kes anak2 Mama ni... masa Dania dulu dah detect
bila Mama full BF jaundis anak2 lambat turun... so untuk kes
anak2 Mama yg mana Mama berdarah O positive ni mmg Mama suspek
 jaundis disebab BF la which is only in minor case. Jadi untuk orang lain, lain kesnya kan.. so sila
jangan terpengaruh dengan kes Mama okeh.

Anyway.. disebabkan dari hari ke-5 dah start campur susu FM... 
so kira Mama start hari ke-5 tu dah start pum EBM and simpan stok dalam Freezer lah.
Alhamdulillah... susu EBM Delisha pun muai sampai nak penuh dah freezer tu 
dalam masa beberapa hari je... Mama plak masih nak mix BF/FM... freezer dah nak penuh
sedangkan pada masa yang sama Mama ada simpan angan2 nak full BF kan Delisha
bila dah kebah dari jaundis.. so MANA NAK SIMPAN EBM nih...?
Makanya dalam masa yang agak singkat terus google Mini Deep Freezer or
ada juga yang dipanggil sebahai Chest Freezer.
Survey2 lebih kurang terus mintak Papa carikan Chest Freezer nih..
dan akhirnya Papa balik dengan membawa En Midea seperti di bawah ni hihihi


Beli kat On King electric stores, dengan saiz 99L dan beharga RM599 *untuk yg tengah survey*.
Ni harga paling murah Papa jumpa.. ada model lain, Faber 100L & Elba 130L Chest Freezer
tapi rega RM649 & RM699 setiap satu.
So rasanya cukup lah saiz 100L ni untuk stok EBM buat masa ni kan. Itu pun pening kepala
nak buh mana Chest Freezer ni. Rumah dah cukup2 sempit okehhh!


Ini dia view dari arah atas freeze. Di lengkapkan dengan bakul kecit.


Sekali double pump kiri kanan... dapat dalam 7 Oz Alhamdulillah. 
Mama ada Avent manual pump... tambah satu Avent manal pump lagi kepunyaan SIL
yang menganggur. So kat umah leh la double pump secara manual tapi 
boleh la imagine camne rupa orang double pump manually kan uhuhuhu.


Keadaan bahagian freezer yang dah hampir penuh dalam 
beberapa hari uhuhuhuhu. 


Okeh.. stok EBM pada minggu ke-2 dalam pantang.
Bekas yang tak bertarikh tu masa awal2 pump EBM start hari ke-5.


Close up sketttt. Simpan pakai bekas dadih je senangg nak susun uhuhuh.


Errkkkk... tapi tiba-tiba je ada 'alien' yang menggoda iman orang dalam pantang tauuu...!!
paham2 je la cuti sekolah kann.. Dania la request suh buat eskrem. Yang kelakar masa mula2 Papa
balik bawak Chest Freezer tu nak setup memang Dania tanya... 'Ada eskrem ke dalam tu Papa...?'
ahahahha.. sabor je la kann. Nu pun snap eskrem dah tinggal berapa batang jekk.. memang laris la panas2 terik ni kannnnn. Cuti sekolah selain buat eskrem, buat Dadih jugak penuhkan peti ais. Kebetulan 
buat dadih perisa buah buahan. Kaler lebih kurang sama macam kaler EBM. Boleh budak2 ni 
keluarkan EBM dari Chest Freezer ni sebab derang ingatkan Dadih! sabor je la kikiki


Zoom lagiii...amboii.. sampai 4 perisa nko eskrem Malaysia di musim2 
panas terik sempena cuti sekolah ni. Papa pulak layan je kan request anak dara tu.
Ingat Mama tak telan air liur ke tengok orang lain 
srootttttttttttttt srrootttttttttttttt sedut eskrem Malaysia...! Owh tidakk.. kijamm kijamm!!
Sungguh meruntun jiwa okehhh!!!
Last2 Papa suapkan jugak kat mulut Mama.. 'Buat Ubat' dia kata ahahahaha!!.


Okeh ni stok EBM di minggu ke-3 dalam pantangg. Dah hampir separuh freezer penuh ngan EBM.


Target nak penuhkan Chest Freezer ni ngan EBM sebelum habis pantang.. InsyaAllah. Buat masa ni Mama memang ambik susu Natalshape sekali seharii... ada dos sampai habis pantang ni.
Sambil2 tu tengah habiskan Vitamin C & Vitalea Shaklee belen2 masa pregnant hari tu.
Set menyusu Shaklee baru order...  tunggu delivery je dalam minggu ni InsyaAllah. 


Mudah2 murah rezeki anak2 Mama. Niat dalam hati kalau cukup stok & Dhiya masih nak minum EBM ni nak supply sekali utk both Delisha & Dhiya. Sian Dhiya.. sebulan sebelum Mama bersalin dah stopkan BF dia sebab nak trigger balik utk Colostrum stimulation untuk baby which is antibodi terpenting untuk setiap setiap bayi yang baru saja lahir ke dunia. So kalau Dhiya still nak minum EBM ni InsyaAllah nak supply balik. Pernah test sekali habis Dhiya minum uhuhuhu. 
Tapi Dhiya sekarang susu FM pun sekali minum dah 8-9 Oz uhuhuhuhu. 
Mungkin kalau EBM 7 Oz dah kenyang kot sebab EBM lagi mengenyangkan kan.


Ni pulak masa lawatan Mak Teh, Mak Lang & Achik tengok baby masa cuti sekolah hari tu. Tengok la
apa jadi ngan kotak Freezer tuh. Yg dewasa pandang kotak tu macam 'sampah'. Tapi tidak di mata2 budak2 ni... di modifiednya jadi 'Hotel 5 bintang'.. siap ada pintu & tingkap hahahahha..!!


Cuti sekolah punya pasall.. layankan je lah idea budak2 ni kann hihihi.

Al-kisahhhh

NOTE : Berminat nak guna double breast pump yang lebih effisien 
untuk menjayakan penyusuan susu ibu secara esklusive dan buat stock 
EBM tak habis-habis ??

Boleh dapatkan di sini :-




Assalamualaikum

Hari ni genap lah usia Danish 8 tahun... tanggal 8hb April 2013.
Alhamdulillah. Doa Mama & Papa semoga Danish terus membesar menjadi anak yang soleh dan menjadi 
insan yang cemerlang dunia dan akhiratt. Danish dah semakin besar. Dah jadi 'Big Brother',
moga lepas ni Danish makin pandai jaga adik adik serta menjadi contoh terbaik pada adik-adik jugak.
Doa dan restu Mama & Papa sentiasa bersama Danish Aiman. 
Semoga Allah sentiasa memberkati dan mempermudahkan segala
urusan hidupmu sayanggg.. Aminnnnnnnnnnn


 Tahun ni celebrate simple je. Papa yg bertanggung jawab gi cari cake 'Angry Bird' ni dan sedikit juadah
sementelah Mama masih dalam pantang. Ma kaseh Papa. Tu pun tak habis jugakk.. lagi Danish request nak makan maggi ada laa.. isk isk isk. 


Juadah express. 


 Wahh... dah ber-6 dah keluarga kami. Alhamdulillah. Terasa kemeriahannya hehehehe


Danish sempat lagi nak 'bersilat'


Happy Bufday to Danish Aimann... dan tak lupa 'assistant' kat sebelah dalam apa jua acara hehehe


Habis angry bird dah kena potonggg............



Sementelah kali ni Mama dalam pantang, hari Sabtu lepas Papa je
bawak Danish *of course di temani oleh Dania* cari hadiah bufday Danish.
Tiap kali bufday anak mesti dapat message dari Toy'r Us discount RM30 dgn setiap
pembelian barang RM150 di Toy'r Us... so hari tu Danish ada berkenan kat satu barang
masa carikan buku2 Danish & Dania.... so Papa bawak HP Mama sekali sbb SMS tu dapat 
kat HP Mama utk valid promo tuh uhuhuhu.

Balik tu hasil sambarann Danish.....


Extreme track katernyerr 


Memula semangat nak pasanggg


Last-last kena mintak bantuan Papanya...


Papa pun gigih baca manualll


Last-last Danish wait and see je tunggu Papa siapkan pasang hehehehe 


Dan macam biasa jugak... asal Danish sambut bufday mesti ada gak Dania 'tumpang' hadiah bufday uhuhuhu


 Dania ni dah lama mengidam set make up nih... last week sibuk ajak Mama kirakan duit tabung dia sebab nak beli set make up ni... pernah dulu ada promo kat Toy'r Us set make up dalam RM 50 ++ tu yg dia berangan sangat nak beli.. sekali gi tak de dahh.. yg tinggal set Rm200 ++ ohok ohokk!! ni kira lawan bufday boy la plakk.. penyudahnya Papa jumpa kat Toy City yg rega sekali ganda lagi murah dari rega
 Toy R us uhuhuh


2-3 ari ni asyik berdandann jek si Daniaa


Eh... si Dhiya pun sibuk nak berdandan lepas siap mandii..! hamboi hamboiiii.. siap ON kan Hair Dryerr..
errr... mana ke rambutnya Yanggg hihihihi


Ni plak.. sibuk nak pakai apron, pastu calit 'lipstik' kat telinga hehehehe



Last but not least... Baby pun jadi mangsa 'make up' adik beradik ni... 
sabor je laaa hihihihi


Sekian lah sambutan bufday Danish kali ni...
terasa semakin meriah keluarga kami dengan kehadiran ahli baruu.. Alhamdulillahhh...!