Assalamualaikum...
Aha bersambung kembali di PART yang seterusnya.
Selesai mengisi perut terus bergerak ke Factory Outlet Bali Heaven
Factory Outlet yang baru di buka March 2011. Masa pergi tahun 2011 mmg teruja datang sini
so kali ni pun WAJIB jejak kaki lagi ke sini hehe


Sampai2 salin diaper Dhiya dulu. Suka kat sini sebab feel shopping dalam taman gitewww...


Masuk2 kat area pakaian kanak2, 2 beradik ni terus ke port kanak-kanak dan mainan. Danish rembat DIY kereta mainan, Dania plak ambik Colouring set.


Cam biasa Mama, Nenek & Mak Long start aktiviti memborong hehehehe


Banyak pilihan baju budak2 kat sini. Dress pun cantik-cantikkk..! cuma banyak yg slevelesss


Walllaaaa.... Memang kompemm rambang mata nak memilih wehhhh!!!


Makcik pun naik fenin di buatnya he he he



 Nenek pun dah mula surrender... suka ati korang laa.. pilih jangan tak pilih!!


Aha tu dia di satu sudut yang lain plakkkk.. penuh ngan baju budak2 jekkk


Danish & Dania ralit ngan mainan masing2.. siap ada tukang jaga. Bagus betul service kat sini



Ops sempat Dhiya posinggg...


NI dah habis pilih2 baju.. sempat posing kat satu port antara hall2 dalam tu
Versi Danish


Versi Dania plakkk


Ok Versi kami beramai2 hehehe


Ni deco kat depan kaunter bayaran


Keluar dari Bali Heaven, sempat lagi singgah kat Central Branded Outlet cuci cuci mata...


Agak-agak dah penat dan  kedai pun dah nak tutup baru balik Hotel.
Kat sini rata-rata FO tutup pukul 9 malam. Pak Supir macam biasa...
akan pick up kita seawal 8:30 pagi (FO bukak kul 9:00 pagi) dan 
akan setia menghantar kita kemana kita nak pergi sambil tolong jagakan 
barang-barang dalam kenderaan. Sampai la kedai tutup baru dia akan hantar kita balik 
ke hotel... esoknya ulang balik schedule yang sama.


Ntah apa yg di gelakkan kat Lobi Hotel ni.. ada Ank cinon tu duk berebut apa ntah ngan Dania kottt hihihi
Assalamualaikum....

Aha.. bertemu kembali dalam entry BANDUNG TRIP yang asyik tertunda je ni uhuhuhu.
Boleh review BANDUNG TRIP Part 1. So kitaorang sampai  dalam tengah malam kul 12:30 gitu, 
ntah macamana boleh plak silap arrangement sebab mmg booking hotel 10 Julai
 tapi untuk check in pukul 12:00 tengahari bukan tengahmalam..
gara2 kekonfiusan di situ maka sampai2 tu jenuh gak le Pak Supir call sana sini cari Hotel kosong.
Seb baik ada la jugakkk... so malam tu kitaorg overnite kat Hotel tu *nama pun tak ingat dah*
semalaman and the next morning terus check out and check in semula 
ke Hotel Grand Kopo.


Keesokan pagi bersarapan di Hotel sementara.
Juadah sarapan Nasi Goreng & Teh O serta keropok2.
Menu nusantara InsyaAllah bleh masuk tekak punya ehehehe.


Masih sibuk ambik makanan untuk bersarapan. Seb baik kat sana matahari terbit awall.. dalam pukul 6 lebih tu dah cerahh.


Bubur baby Dhiya tidak di lupakannnn


Lepas check out dari Hotel sementara tu terus check in kat Hotel Grand Kopo ni. Memang kompem
nama dah masuk dalam booking kalau tak alamat memang full house la.
 Hotel ni kira hotel baru dan sangat selesa. Entry detail nanti yekkk.


Okeh... dah berjaya Check In hotel for another 3D3N. lega Makcik fuhh!! Muka pun dah ceriaa.
Barang2 pun dah simpan dalam bilik.. next masa untuk... SHOPPING!!!!


Ahaa.. Dhiya pun mata dah bulattt.. tak sabar nak jalan dah tu ehehehehe


Dalam perjalanan, lalu kat depan Pasar... macam2 di jaulnya.. atas kaki lima dan tangga pun penuh


Ok. Destinasi pertama ialah Kilang Kain yang terletak di Taman Kopo. Tahun 2011 masa gi Bandung pun
ada datang tempat ni.. memang 2 jam tak cukupp.. rambang mata pilih kain!!



Tu diaa. mata dah rambangg.. tak tau nak pilih manaaa sudaaa...alalalalaa

Lama gak lepak sini... 2 jam tak cukupp gara2 rambang mata nak pilih kain uhuhuh.
Dari kain elok je susun tepi dinding sampai dah berterabur semua atas lantaii hahahahaha!
Pilih Mak jangan tak pilih.. raya dah dekat nihhhh.. tailor dah tempah ke belum ? hihihih


Yang aku beli tahun lepas pun ada yang tak sempat buat... tambah plak lagi koleksii.. 
alamat tahun depan la baru tempah buat baju uhuhuhuhu


Mak and Mak Long pun sama dah fenin nak pilihhhh.. kain ela sulam, sulam manikk.. kain padanan dia bleh pilih plak nak padankan camna. Harga memang berbaloi2 lahhhh


Yang bestnya, Pak Supir aku ada menyediakan 'Baby Sitter' kali ni..
senang la aku nak cuci mata & shopping kannn...


Si Danish & Dania siap bleh main jual jual plak kat kedai ni.. siap ada mainan note duit plak tu .
Nampak tak si Danish pegang wallet Hello Kitty tu.. si Dania plak sibuk timbang baranggg..
suka hati laa labuuu


Puas main jual beli Danish sambung main game komputer plak. 
Penyudahnya Papa plak la yg jadi mangsa berjual beli dengan Dania plak hihihihi

   
Kemain seronok lagi 2 beranak ni yekkk.. 
Omak, Nenek & Omak sedara dah tak hingatt cucu dahhh...


Habis berjual beli baru sedar dah kelaparan. Seb baik la ada di sediakan tempat solat sekali kat 'rumah' nikan. So lepas ni cari tempat makan jekkk. Sempat lagi gentel baby landak kat umah tu.. aku pun pegang jugakk.. geli geli tapi comelll hik hik hikk


Burung ni tahun lepas masa pergi pun ada lagii... panjang umur burung ni eheheheheh


Mak Long sempat posing kat laman rumah kejiranan kat situ.


Otw ke restoran makan... Nampak tak kuda kat tepi2 jalan tuu...
mmg jadi pengangkutan awam tu bukan duduk sesaje huhu


Tara... ok kali ni Pak Supir, Pak Rudy bawak kitaorang makan kat
GUBUG MAKAN MANG ENGKING
namanya. Cantik tempat ni...  konsep ala Restoran Terapung gitew


Tengok persekitaran diaa.. penuh ngan kolam2 air ikannnn

Kira macam restoran terapung jugak laa. Kena rentas jambatan dulu nak seberang tasik 


Penuh ikan2 kat bawah nu.. nak kasi makan pun bleh


Gubug makan kitaorangg... selesa dan nyamannn


Ok sempat posing duluuu sambil tunggu order sampaii


Baby Dhiya mood keriangannnn


Tempat basuh tangan kat luar Gubug


Mak Long pun nak posing jugakkkk


Okehh.. tu dia sampai dah lauk2 yg di orderrr... nyumm! nyumm!!
Antaranya Gurume (Ikan Kaloi), Ayam kampung (nama masakan lupa suda), 
Sotong goreng tepung  rangupp! dan gado gado.

  
Order Ayam seekor.. ingatkan banyak mana la kann.. rupanya alahaii... setoettt jek kikikiki


Nasi dalam daun pisang, tak lupa tempe & tauhu goreng cecah sambal

  
Okeh.. jemput makan duluuu


Sempat lagi posingggg... peaceee...!!


Bacaan doa makan oleh anak2 kecil ku

Alhamdulillahh... makan tak toleh kiri kanan sebab dah kelaparannn... 
Dah kenyang jom bergerak ke destinasi seterusnya...!!!


Danish dan Dania yg keriangan ke hulu ke hilirr dalam kawasan tu.. cantik & damai tempat niii kann


Opss.. jangan lupa ke KASIR. Bleh tahan gak makan kat Indon ni.. rega lebih kurang je macam makan kat Malaysia...  ni sekali makan hampir setengah juta Rupiah jugak... kira > RM150++ jugak la.
Tapi untuk makan 6 dewasa 2 kanak-kanak ok la kann. Tempat pun besttt!


Ok bergambar sebelum bertolak ke destinasi seterusnya..

Meh aku sharekan info pasal Pak Dudy ya.
Trip sebelum ni pun aku guna service Pak Dudy.
kalau korang nak ke sana boleh guna perkhidmatan Pak Dudy ni.
Memang bagus servisnya. Pak Dudy juga ada beberapa pemandu 
dan MPV di bawah naungan beliau.

Perkhidmatan termasuk 
~ Booking Hotel
~ pick up dari Airport semasa arrival ke Hotel
~ travel 9:00 pagi ~ 10 malam (sampai tutup kedai)
~ Merangkumi sekitar Bandung  + Tangkuban parahu
~ Kenderaan biasanya menaiki  MPV Avanza atau Suzuki 
Contact No : 0062 29385696

Boleh sebut nama saya, IZAN & SHAM sebagai tukang promote
kalau berurusan dengan beliau okehh