Assalamualaikum.....

Tanggal 10 Januari 2013, hari Khamis lepas, Ayahandaku yang tercinta
 telah kembali ke Rahmatullah.

Gambar hiasan. Credit : Jubizawarisan

Setelah hampir setahun bertarung melawan kanser Limfoma, akhirnya Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 4 pagi, hari Khamis 10 Januari di temani oleh kesemua anak-anak, menantu dan isteri tercinta.

Jenazah selamat dimandi, di kafan dan di sembahyangkan serta selesai di kebumikan 
kira-kira jam 10 pagi hari yang sama.
Alhamdulillah semuanya berjalan dan cuaca pagi itu amat redup dan tenang.

Kami sekeluarga redha dengan pemergian Ayahanda tercinta. Semoga kita akan bertemu semula 
di Syurga nanti ya Abah.... InsyaAllah

Ya Allah. Sesungguhnya kami redha dengan segala ketentuanMu. Kuatkanlah hati kami
kerana kami pasti akan merindui insan yang sangat kami kasihi.
Kau ampunilah segala dosa-dosanya Ya Allah dan Kau terimalah segala amalannya.
Dia (ayahanda kami) telah mencukupkan kami dengan pengorbanan, 
didikan dan kasih sayang sejak kami di lahirkan. 
Maka Kau lindungi dan kasihanilah dia sebagaimana dia melindungi
dan mengasihani kami sejak kami kecil.

Ya Allah... Kami bermohon di atas kasih sayang dan rahmatMu...
Kau luaskan dan Kau terangilah kuburnya. Kau hindarkan lah dia dari azab kubur Ya Allah.
Kau cucurkan lah rahmat ke atas rohnya dan letakkanlah dia di kalangan
orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Ya Allah... Kau masukkanlah Ayahanda yang kami kasihi ke dalam
Syurga Syurga mu Ya Allah.
Sesungguhnya Kau jualah Tuhan yang Maha Pengasih 
lagi Maha Pengampun.

Amin amin Ya Rabal Alamin......

Al-Fatihah
Assalamualaikum...

Ahaaaa... sejak mengandung ni suker sangat minum 
POKKA Premium Milk Tea & Milk Coffee ni.
100% brewed. A blend of Premium Milk & Ceylon tea.
Minuman kegemaran masa belajar kat Jepun dulu..
memang rasanya je  sejibikk macam kat Jepunn.

lagi satu Coklat NIPS & Kit Kat.
Padahal selalu tak de la pandang sangat coklat ni.
La ni kalo gi shopping barang rumah, 
time nak bayar kat kaunter mesti tangan ringan je
nak capai Nips & Kit kat n ikat tepi2 kaunter tu kannn....
budak2 pun dah ikut suka uhuhuhuh.


Pokka Milk Tea ni tak semua tempat juall.. tempat2 tertentu je. Kalau combini Shell 
or beberapa kedai yang aku jumpa kat R&R highway rega RM3.50 sebotol ohok!

Tapi kat StreetMall Cyberjaya ada satu Convenient Store Roswell yang jual RM 2.90 sebotol.
Memang kalo sekali beli borong berbotol2 and so far cepat je dia top up stok! bagusssss bagussss!!

Anyway check up baby 29 minggu hari Sabtu lepas berat naik 4.5 Kg dari masa check up 24 minggu!  ohok ohok! Doktor kata kalo naik lagi memang kena minum air gula lagi seround la jawabnyaaaa.
Lagi Doktor komen air ketuban banyakkk.. memang pregnant kali ni perut terasa lebih besar dari duluuu...
owh tidakkkkkkkkkkkkkk!! macam dah sarat sangat ni padahal baru masuk 7 bulan uhuhuhuhu

Bibik plak masih bercuti.. nak masuk minggu ke-4 nih.
 patut balik Ahad lepas bleh nya dia kansell last minit. Tak pasal2 beli tiket flight baru and schedule Ahad ni pulak. Harap2 la Bibik ku balikkk.. kalo tak memang masakkkkkk laaa uhuhuhuh. Dah beberapa hari aku WFH, Kerja dari rumah sepanjang Bibik pulang bercuti..
tapi minggu ni dah extra cuti, nak tak nak kena gak aternate ngan En Hubby  huhu.
Seb baik masuk office lalang tak naik tinggi sangat lagi huhuhuuhu
Assalamualaikum...

Aha... entry hari Jumaat. Ni nak citer pasal 'Kayu Ajaib'  hihihi.
Suka hati je aku buh nama.. sebenarnya jumpa picking stick ni kat DAISO yg rega
 pukul rata RM5. Teknologi Japan tapi made in China hoho. 
Aku kalo masuk DAISO ada je benda yg nak di beli. 
DAISO terbesar kat IOI, kat One Utama pun ada, Jusco Seri kembangan,
Mines.. bleh la jejak kalo teringin okeh.
Memang sokmo jumpa benda2 pelik yg kita rasa tak de pun 
ok je tapi kalau ada 'Eh lagi bagus!'

Kegunaannya untuk pick up / ambik barang2 tak kira la kat atas yg tak sampai di capai dek tangan 
 ke kat bawah ke mengikut kesuaian keadaan.  Just press je pemegang dia yg kaler merah 
tu nanti penyepit tu terkatup untuk sepit barang2 yg kita nak 'capai' gitew....
panjangnya kira-kira 5-6 jengkal gitu.


Paling sesuai di gunakan oleh Mak Buyung yg dah makin sarat macam aku ni kann..
mana larat nak pungut2 barang atas lantaii uhuhuhuhu. 
Sekso membawa perut nak menunduk2 ke bawah plak kan.
Lagi satu time dalam pantang pun memang berguna Pick up stick ni kan
senang, tak yah la nak menunduk2  kalo nak pungut apa2 atas lantai lagi kalo
tengah berbengkung bagai. Amacamm.. ada yg berminat ? hehe