Assalamualaikumm...

Wah wahh.. sedar tak sedar dah 22 hari kita berpuasaaa.. 
sungguh pantas masa berlalu!
Alhamdulillah.. tahun ni Danish masih puasa penuh!!!
sangat-sangat bersyukur dengan perkembangan Danish
walopon selalu goyah bila dah nak dekat waktu berbukaa
lagi2 kalau makanan dah tersedia atas meja! 
Kena la pujuk dan pujuk supaya terus bertahann!
Dan Alhamdulillah sampai hari ni masih puasa penuh!!
Well done Danish..!

Ahaa.. entry kali ni nak update pasal beberapa juadah 
yang sempat aku masak untuk berbuka.
Sebenarnya tak berapa nak rajin sangatt.. banyak terjah 
bazaar Ramadhan je.. sementelah bazaar Ramadhan
kat area rumah tu bleh tahan jugak banyak gerai nya.
Aku dengar sampai 100++ gerai! mana tak buntang nafsu makan
sekali ronda! ekekekkek


Aku rasa masuk minggu ke-2 baru rajin nak masakkk.
Ni semua yang masak lepas balik kerja lahh. 
Menu Maggi Gorenggg favourite Danish


Hari lain.. sempat masak Mee Kuah resepi keluarga Abang
Aku masak Mee Kuah, Abang wat cekodok.. sungguh rajin En Hubby aku ni kann..
muahh muahhh!


Ni rupa Mee Kuah dah masuk dalam pinggan



Aha.. ni sebenarnya juadah pertama yg aku masak balik kerja..
sempat masak Mee Kari & tebar Roti Jala siap..!! Licinn!!! ekekekekke


Ni juadah yang baru masak semalam... Western skett.. 
Bolognese Spagethi, buat Onion Ring & Garlic bread stick, bancuh Mushroom soup segera
& Goreng Wedgess..! Wallaaa...!


First time buat Garlic Bread stick ni. Simple je rupanya.. lain kali bleh buat lagi.
Aku tak pakai pun italian bread tu.. kerass.. pakai Roti Masimo potong 3, sapu 
adunan 'garlic butter' dan terus toastkan 2-3 minit siapp!! Sempoi habiss!! 
aku suka makan benda ni.. lepas ni leh buat lagiii!!

Ada gak wat Pecal msak bawak gi umah kakak ipar
buka reramaii tapi tak sempat nak snapp.
selain dari tu mmg terjah bazaar je nga nga ngaaaaa

Minggu lepas balik kampung bersihkan rumah pusaka.
Sambil tu berbuka kat rumah saudara kat Temerloh.
Dengan selambanya request Ikan Patin masak Tempoyak ekekekkeke.
WAJIB laa.. nama pun Temerloh ekekekkek


Sempat aku belajar 'live' camne nak masak Tempoyak Ikan Patin ni.
Lepas ni confident sket la nak masak.
Maklumla.. belah2 Johor ni mana la reti sangat masak tempoyak2
ni kann. Yang ni memang mantapp ni wehhh!!!


Lepas tu belajar wat Bubur Lambukk.. nyummm nyumm!!!
Sedap sungguh.. memang secukup rasa...!

Siap masak gi terjah Bazaar Temerloh.
Seronok jugak jejak Bazaar Ramadhan Temerloh,
jumpa menu2 esotik pantai timur uhuhuhu



Eh.. tapi jumpa jugak menu esotik Johor ~ Air Kathira baekk punyerr!! kikiki


Ni antara juadah yang sempat di terjah.
Popia basah & kering, Murtabak power, pulut serunding, sata
tauhu bakar, roti jala, Bubur butir nangka, pastu kuih apa ntah tu namanaya


 Sata ~ Peberet aku ni wehhh!


Ni aku tak tau apa namanyaa..


And.. first timee jumpa Netbat!!! ahahahaha..
3 tahun carik wehh yg puree ni baru first time jumpa.. Kat Temerloh.
kat area2 sini mmg tak tau nak cari kat ne.
kepada yang tau tragedi aku & netbat bleh layari..
Tragedi Netbat Ramadhan 2010
memang tragisss! ekekekekek

sekian Al-kisahhh....
Assalamualaikum 
Apa khabar semuaa...? Sedar tak sedar dah lebih seminggu 
kita menjalani ibadah puasa.. Alhamdulillah.

Maaf lama tak bersiaran.. sangat sibuk akhir2 ni..
sibuk di tempat kerja.. di tambah pulak En Hubby yang terpaksa menjalani minor
operation batu karang minggu lepas...

Paling membanggakan tahun ini Danish masih puasa penuh sehingga 
hari ini. Alhamdulilllahh..! Dania baru dapat sehari..


Dengan rasa rendah dirinya nak berkongsi majlis yang baru di hadiri semalam.
Tahun ini  Ramadhan lebih bermakna kerana dapat di raikan bersama-sama
anak-anak di Baitul Hidayah Kg Sri Puchong.
Semuanya atas usaha keras Pn Organizer, BFF ku Suzanne Mennon (nama gelaran).
Alhamdulillah.. program yg di initiate kan oleh kawanku ini
mendapat sambutan yang amat menggalakkan 
dari rakan-rakan dan keluarga terdekat.

Berkat sokongan rakan2 yang menjayakan,
tahun ini dapat melaksanakan pemberian sepasang
baju raya baru untuk anak-anak di sini selain 
duit raya, majlis berbuka puasa dan sumbangan buat pihak
pentadbir.. Alhamdulillahh..!


Petang sebelum pergi tu aku pun dah ready buat Dadih untuk di bawa ke majlis.
Dania & Danish semangat menolong!!


1 shot sebelum gerak dari rumah.
Susah betul nak suruh posing cecomel budak2 ni kannnn


Jam 6:30 petang sampai sana, Pn Azuana, Pengetua Baitul Hidayah
sedang memberikan taklimat tentang sejarah penubuhan 
dan sedikit sebanyak tentang kisah anak-anak 
di Baitul Hidayah ni. 
Terdiri dari anak-anak yatim, anak-anak oku (dileksia),
anak terbiar dan juga anak-anak Asnaf.
Ada pekerja di sini yang terdiri dari ibu ibu tunggal.


Kemudian di teruskan dengan persembahan Nasyid dari anak-anak di sini.
Semuanya berbaju baru yang di berikan oleh para peserta program.
Mereka juga berkebolehan membuat persembahan di luar 
dan baru baru ini kali pertama menang sebagai Johan pertandingan
Nasyid peringatkat daerah Petaling.
Comel-comel tengok anak-anak di sini ;)


Di serikan lagi dengan persembahan silat.


Sengaja bawak Danish & Dania semoga mereka belajar
dan melihat sendiri bagaimana kehidupan rakan-rakan yang kurang bernasib baik 
dan mereka yang sudah kehilangan ibu dan ayah.
Semoga Danish & Dania lebih insaf dan syukur serta lebih
menghargai & menyayangi Mama & Papa okehhh.
Baby Dhiya macam biasa tinggal ngan Bibik kat rumah.


Ahaa.. gambar bersama  Pn Organizer (bertudung hitam) yang bertungkus lumus
menjayakan projek ini bersama suami.


Danish & Dania di saf belakang.. Danish tu muka dah lepak habis 
tunggu waktu berbukaaa uhuhu


Sebaik Azan berkumandang, semua berbuka ringan, bersolat Maghrib 
berjemaah dan baru mula makan berat.
Hidangan hari ini Nasi beriani & Nasi hujan Panas.
Caterer pun dari kaum keluarga Pn Organizer. Alhamdulillah..
sedapppp sangatttt 




Anak-anak yang di raikan 


Danish & Dania pun tekun makan


Acara kemuncak, pemberian duit raya hasil kutipan dari 
para peserta program. Alhamdulillah....


Comel-comel adik kat sini tauuu


Sempat bergambar bersama BFF sebelum bersuraii..
Terima kasih tak terhingga buat Pn Suzanne mennon & keluarga
yang menjadikan projek ini satu realiti.

Kepada kawan-kawan yang mungkin berminat untuk menghulurkan sumbangan
boleh la hubungi No serta alamat di bawah :
Lokasi berhampiran Tol Puchong Barat.


Ada 46 orang anak-anak yang di besarkan disini,
paling tua berusia 16 tahun dan paling kecil di bawah satu tahun.


Lebih mengkagumkan, Pn Pengetua turun membesarkan keluarganya
di Baitul Hidayah termasuk anak-anak 
dan menantunya. Hanya Allah yang mampu membalas jasa2 mereka
membesarkan anak-anak di sini....

Assalamualaikum...

Selamat hari Jumaat yang mulia dan selamat menyambut bulan Ramadhan 
kepada semua...! Semoga di permudahkan ibadah kita tahun ini ;)

Malam semalam berjumpa dengan Puan Editor dari Astro Awani bersama
Presiden & Timbalan Presiden ALEPS.
Alhamdulillah.. dah dapat copy berita2 sekitar
program Jenesys yg berlansung di Jepun bulan May yang lepas.
Terima kasih tak terhingga buat Pn. Azlinariah !!


Lengkap semua episod!
Nanti aku buat satu entry khas ye


Ku sisipkan satu laporan bertajuk 
Pasca Tsunami  ~ Menjual TONO demi yang lain
Selamat menonton kepada yang terlepas tengok kat Astro Awani ;)


p/s: Ada part tuan tanah ke interview tak sengaja semasa acara 
persembahan kebudayaan di Tono city. Tengok la kalo ada aksi2 terkantoi
di situ kikikiki