Salam  Rabu..
baru balik dari kampung.. cuti 4 hari..
Abah kemoterapi 2nd session.. bawak emak buat 
terapi ozon.. moga semuanya berjalan lancar..

Pagi ni dalam kelam kabut nak ke ofis sempat tengok 
Baby Dhiya tunjuk skill baru! MENIARAP! ahahahhaha
Dhiya dah pandai pusing badan.. tapi biasa kantoi nak angkat kepala.
Bak kata bibik, kepalanya berat! ekkekekek

Akhirnya hari ni sempat gak snap dia meniarap buat kali pertama..! 
Btw, Baby Dhiya dah masuk 4 bulan.. dan 
masih FULL BF..!!! Alhamdulillah!


Mula-mula usha Dhiya yg duk ralit main ngan playpan dia.
Hadiah pemberian rakan2 ofis@kompeni.
 Ma kaseh semuaa..  :D


Dah pandai pegangggg


Dan dah start mengigit...!!! Sejak2 ada gigi ni kann..
Mama pun jadi mangsa gigitan Dhiya.. uwaaaaaaaa!!



Lepas tu mama tinggal pakai tudung jap.
Sedar-sedar Dhiya dah pusingkan badann..!! 
Terus panggil bibik tengok


Badan dah pusing.. tangan masih sangkuttt


Masih berusaha nak angkat kepala.. yahhh yahhhhhhh!!


Akhirnya.....! Taraaaaaaaaaaaaa!!!


Berjaya...........!!!!

Yeay yeayy.. mama sukaaa!!
Gud Job Dhiya...!!!

Assalamualaikumm..

Aha.. setelah tertangguh beberapa kali sejak habis pantang,
akhirnya minggu lepas jejak jugak Bukit Merah Lake Town Resort uhuhu.
Tapi tu nanti citer kemudian. Balik tu kitaorang sempat merewang ke 
Kuala Sepetang dalam misi mencari MEE UDANG MAK JAH! 
Dah la ikut Google map je kan. Jalan paling dekat kitaorg ikut 
siap lalu ladang kelapa sawit dan perkampungan yang ada jalan raya
sempit giler.. kira kereta sebuah je muat nak lalu uhuhu.
Suspen jugakk.. eh betul ke jalan nih kekekekek

Anyway akhirnya sampai jugak la ke Kuala Sepetang.
Inilah rupa kedai Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang.
Sampai2 memang ramai orang kat kedai tuh


Siap ada parking khas lagi.
Nak keluar dari parking ke jalan besar pun ada pakcik RELA jaga tau
untuk kasi laluan.


Ni nama tertera kat banner.


Kitaorang order 3 bowl. 
Mee Udang biasa (RM 7) & Mee Udang special (RM11)


Ni portion Mee Udang Special. Udangnya saiz XL compare ngan mee udang biasa.


Jemput makan!


Khusyuk!


Nyum nyum !


Tu dia angkat sket udang saiz XL. Besar gak lee. Udang dia freshhh..
sedap di ratah. Katanya fresh naik dari Kuala sepetang.
Tu lah keistimewaan Mee Udang Mak Jah ni.
Kuahnya likat skett.. sama macam Mee Udang masa 
makan kat Sungai Dua, Penang 3 tahun lepas.


Kejap je licin. Tak tinggal sesudu pun kuah..! ha ha
Okeh dah kenyang.. baru kami bertolak pulanggg
budak - budak...? sorang 'kenyang' main gasing Angry bird,
sorang lagi 'kenyang' main kulit kerang dgn pasir pantai kat tepi2 tuhh..
tak de di kisah nyer ngan Mee Udang Mak Jah..! Ngahahahahaha!

Assalamualaikum..

Ahaa.. wat entry EBM lak. Entry wajib untuk
Ibu2 yang ada baby kecil dan nekad nak full BF baby kan.
Aku pun termasuk lah dalam kategory berazam dan beriltizam
nak FULL BF baby Dhiya. Targetnya paling tidak 
6 bulan Full BF and continue BF sampai at least 2 tahun.
Untuk rekod, Dania dulu 6 bulan Full BF dan continue
BF sampai 3 tahun Alhamdulillah.

Masa dalam pantang aku pun dah buat stok.
Penuh dah freezer para atas ngan EBM so daily aku pump 2
kali sehari kat tempat kerja sbb nak pump kerap sangat takut
tak cukup tempat nak buh dalam freezer.


Biasanya dapat gak total 15 Oz sehari


So dalam 5 bekas dadih kecik (5 x 3 oz)


Buh dalam freezer pun penuh para atas so aku manten je lah 
pump 2 kali sehari, pagi dan petang kat ofis kan.


Tiba-tiba sedar sedar Dhiya dah start minum 24 Oz, 7-8 bekas sehari
means time aku kerja. Kira hari-hari dah shortage 3 bekas nihh.. isk isk isk
aku pun ada gak tambah sessi pump.. tapi kadang lepas waktu kerja keluar
tak bawak baby dah utilize lagi stok EBM..
tengok-tengok dah nak kosong stok EBM Dhiya! 
Oh tidakkkkkkkkk!!!!!
Padahal sampai akhir bulan lepas penuh lagik tuh! uhuhuhu

Kelmarin dalam sedih aku pergi gak le ke kaunter susu Carrefour Alamanda.
Sampai sana usha2 Enfalac A+.
Elok je akak promoter susu kat kaunter tu soal selidik aku,
nape nak beli susu FM, naper tak BF je and etc etc etc
sebab dia tengok muka aku pun cam cuak & sedih jek nak beli susu FM kan.
Penyudah nya akak tu pulak yang beriya-iya bagi 
ceramah percuma pasal pro BF baby. Mati-mati tak kasik aku 
beli susu FM tuh kakakakakakaka.


Penyudahnya aku balik bukan bawak susu Baby, tapi 
susu untuk diri sendirik! ahahahahaha.

Habis di suruhnya dek akak promoter tu beli sayur bayam lah,
lobak putih la kat pasar basah. Malam tu balik umah terus wat
tumis air bayam, habis semangkuk ratah sebelum tidur! ahahahah


Bila post kat FB, ada yg kasik petua makan pil ASI *made in Indonesia*,
aku pun carik jugak. Seb baik jumpa kat kedai herba.
Then beli gak fresh milk wat tambah2 susu.

La ni aku masih bertahan Full BF. Apatah lagi bila terbaca
kisah zaman kanak-kanak Ustaz Don yg mula menjadi fenomena sekarang.
Terus berkobar balik semangat utk tidak surrender dari Full BF Dhiya.
Ibu Ustaz Don pun sanggup berhenti kerja semata2 nak susukan dia selama 2 tahun!
Maklumlah 20 tahun lepas accesories utk pump semua pun 
mungkin tak meluas lagi kat pasaran kan.
Moralnya compare dengan Dania,
Baby Dhiya lagi kuat menyusu!!!!
InsyaAllah Mama akan terus bertahan selagi terdaya ya Dhiya sayangg!!
Yoshhh yoshh! Moga di murahkan rezeki baby aminnnn

***********************************


Zaman kanak-kanak
DETIK kejayaan hidup seseorang pasti ada kaitan dengan asuhan ketika kecil, cara mereka dibesarkan selain pergaulan sekeliling. Akui Ustaz Don, beliau dilahirkan dalam keluarga yang sederhana iaitu ibunya seorang kerani dan bapanya pula, pembantu makmal.
“Seingat saya, emak dan ayah mahukan anak pertama lelaki tetapi yang sulung perempuan. Jadi apabila lahirnya saya, emak pernah kata dia menyebut ‘Fisabilillah’. Fisabilillah ini pernah disebut datuk Nabi Isa a.s. ketika kelahirannya. Ada kisah menarik di sebalik ungkapan ini.
“Kalau tidak silap saya, ketika berusia tiga hari, bapa membawa saya bertemu gurunya, juga Pengasas Pondok Bagan Lalang, Pulau Pinang, untuk mendapatkan keberkatan.
“Menyingkap cara saya dibesarkan sama seperti kanak-kanak lain. Bagaimanapun, baru-baru ini saya terbaca tulisan Profesor Dr Muhaya Mohamad yang menemu bual emak saya, apakah rahsia emak dalam mendidik saya dan adik-beradik yang lain. Saya pun tak tahu bila temu bual itu dibuat.
“Dalam temu bual itu, emak memaklumkan dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian untuk menyusukan saya sehingga genap dua tahun.
“Jika saya menangis mahukan susu pada waktu malam, ayah saya akan turut sama bangun membancuh susu untuk emak sebelum emak menyusukan saya,” katanya.
Dalam petikan temu bual itu turut menyebut, ayah Ustaz Don tidak membenarkan emaknya menyusu sambil berbaring. Sebaliknya, ayahnya akan menyediakan belakang badannya untuk emak bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu.
Akui mengagumi pengorbanan kedua-dua orang tuanya itu, Ustaz Don semasa kecil sering mengikuti bapanya ke masjid untuk menunaikan solat dan mendengar ceramah agama.