Assalamualaikumm...!!

Ingatkan nak wat entry Wordless tapi tetiba TERsemangat plak ekekekeke.
Nak citer, semalam telah berjaya buat my feverett
TIRAMISU buat kali pertama dengan JAYANYA..!!
Uwaaaaaaaa.. sangat-sangat happyyyyy okehhh!!!!!!
Tersangat-sangatt...!!!

Tiramisu ni mula-mula pandai makan kat Jepun dulu. Selalu ada jual kat 
Convenient Store Lawson 180Yen se bekas.. memang suka sangat-sangatt..!!
Tapi tak reti nak buatt.. sadisss. Balik mesia biasa jumpa Tiramisu Kek, 
tak sama macam yg aku pernah makan dulu...

Akhirnya bila salah sorang member aku tayang Tiramisu yg dia buat
kat FB terus air liur ku menjejeh2 dan terus ku google2 resepi 
sementelah masih duk umah tak de kerja lagi ni kannn


Rupa Tiramisu yg di buat untuk pertama kalinyer *wink*.
Lagi byk buh krim cheese tu lagi sedapp di makan sejuk2..meletopsss!!! 
Aku makan sambil sengeh kegembiraan bercampur puas!
Ahahahahaha... angau betull! ekekekkeek
.
Antara banyak2 tu yang paling aku berkenan resepi dari blog nih :


Aku ni kalo resepi masak lauk pauk tu cepat le sket belajar tapi bab2
desert ni tak berapa berilmu sangatt.. so dlm blog Ana ni dia 
siap snap gambar bahan lagi kan so senang aku nak refer.
Mana taknyaa.. aku ni gula halus & gula castor tu lebih kurang je pun 
aku tak berapa tau ekeekekek


Ahaa... aku buat ni dapat 2 bekas kecik je.. lepas tu belen2 nye 
dapat lah segelas kecik cam kat atas ni.
Petang tadi sambil hujan sejuk2 tu melayan 
Hand Made Tiramisu + Nescafe O' panas-panas.. perrghhh!!
Sungguh heavennn okehh...!!!!

Terus tak hingat berapa byk cheese & lemak yg senang 
menari2 kegembiraan dalam perut ku ini hua hua hua...!! Uhuk!


Tiramisu Lawson dalam kenangan. Cam ni lah lebih kurang rupabentuk
Tiramisu yg jadi kegilaan aku dulu. Confirm beli satu bekas tak cukup!
Aku google2 tengok dah lain rupanya sekarang. 
Yg aku jumpa ni pun rega dah naik 215 Yen uhuhuh


Dulu punya version flat je atas nyer, tak de la bunga2 cam tuh...

Anyway terima kasih sangat2 pada Ana sebab share resepi dia
dan menjadikan impian ku satu kenyataan.... !
Assalamualaikum..

*Amaran : Entry ini mungkin boleh menyebabkan 
korang loya tekak. Jadi sekiranya terasa ada simptom
loya tu berlaku cepat2 la tekan butang x kat atas tu okeh huhu  ;)*

Selamat berhujung minggu semua.
Tetiba teringat kat CHESS Set yang pernah Abang hadiahkan 
untuk aku sekembalinya dari outstation ke India beberapa tahun 
yang lepas. Istimewanya CHESS set ini setiap buahnya di perbuat 
daripada marble. India memang terkenal dengan hasil Marblenya
yang marrrbellesss dan berkualiti tinggi seperti yang terkandung dalam 
bahan binaan Taj Mahal.


Dan beralaskan baldu untuk menyimpan buah Catur..


Kenapa CHESS ni begitu istimewa dalam hidup aku..?
Semuanya bermula ketika aku darjah 3, 25 tahun yang lepas.
Teringat aku waktu itu Abang kandung aku selalu main Chess
dengan jiran depan rumah. Bila aku ajak Abang aku main
katanya Aku tak pandai main jadi dia tak pernah nak 
layan ajakan aku uhuhuhu.  Sadis sungguh waktu tu!

Memang betul pun aku tak pandai main waktu itu.. tapi dalam diam
aku belajar macamana nak main Chess tu dari gerakan2
Abang aku bermain dengan jiran depan rumah tu. 
Bila aku dah hafal beberapa step, barulah aku ajak semula
Abang aku main. Bila Abang aku tengok aku 'macam' dah pandai main
barulah dia setuju nak main Chess dengan aku. Bermula dari saat itu
Abang aku mula mengajar aku step2 bermain Chess....

Suatu hari, dalam darjah 5 ketika di perpustakaan sekolah rendah,
tiba-tiba ada seorang guru bertanya sesiapa yang pandai main Catur ?
Aku terus angkat tangan sebab aku memang tahu bermain Catur
tapi tidak le terror pun huhu. Dan Cikgu pilih beberapa orang pelajar untuk 
buat assessment bermain Catur bagi mewakili sekolah dan aku terpilih!

Waktu tu aku bermain untuk MSSD Kota Tinggi dan entah 
macamana boleh pulak aku menang Naib Johan seterusnya terpilih
untuk mewakili Daerah Kota Tinggi ke peringat negeri iaitu MSSJ huhu.

Bila naik sekolah menengah, aku dapat tempat di sebuah asrama di Kuantan.
Di situ kebetulan, Juara Catur bertahan,  seorang akak Form 5 yang 
satu dorm dengan aku tau aku pernah wakil Catur ke peringkat MSSJ. 
Minggu orientation, syarat untuk mendapatkan tandatangan 'Senior' 
tu ialah dengan berlawan Catur dengan dia..!

Aku tak hingat apa keputusan perlawanan pertama aku dengan dia, 
tapi bertitik tolak dari situ, 'Senior' tu lah yang membuka jalan
membawa aku ke Kelab Catur di sekolah dan di asrama.

Untuk rekod, di asrama... aku pegang semua throphy 
'Juara Perseorangan Perempuan' dari aku Form 1 sampai aku Form 5
kecuali masa Form 1 sbb akak Senior tu mintak aku tukar hadiah
& title Juara demi memberi dia jalan untuk menyandang gelaran tu 
di akhir tahun Form 5 nyer uhuhuhu.
Masa perlawanan tu aku seri dengan dia tapi secara keseluruhan aku 
menang 6 perlawanan dan seri 2 perlawanan menjadikan mata keseluruhan 
meletakkan aku sebagai Juara. 
Dan demi mengingatkan segala jasa2 dia kepada aku
akhirnya aku setuju untuk men'down grade' kan 
kemenangan aku pada dia.. lagi pun aku masih form 1 dan 
aku masih ada banyak peluang lain katanya uhuhuhuhuhu.

Di sekolah pencapaian terbaik aku ialah Naib Johan peringkat Negeri Pahang
dan mewakili Pahang ke peringkat MSSM. Nak ikutkan salah seorang wakil 
Malaysia pada waktu tu, Khairunnisa Wahiduddin ada dalam team kitaorang jugak
 tapi malangnya pasukan kami tumbang di peringkat MSSM. 
Ketika Form 5 aku sekali lagi terpilih untuk mewakili Pahang ke MSSM
dan waktu itu aku tolak gara-gara SPM yang hanya tinggal sebulan dua 
dari tarikh perlawanan... bagi aku pada waktu tu 
tak ada perkara yang lebih penting dari SPM..

Masa aku buat persediaan ke Jepun di bawah rancangan RPKJ pun
pernah sekali mewakili UM dalam Pesta Sukan Matrikulasi Universiti2 Malaysia
bertempat di UIA. Giler nostalgia bila ingat balik cerita2 nih...
Walaupun aku berjaya punggut 7 mata dari 8 perlawanan pada waktu 
tu, pasukan kami tetap gagal untuk merangkul sebarang tempat terbaik..
Tahun berikutnya aku dah pun berangkat ke Jepun..

Dan perlawanan di UIA itulah perlawanan terakhir yang aku masuk...
Bila jejak bumi Jepun, lansung tak de orang main Catur kat sana
sebab diaorang ada Catur diaorang sendiri di kenali sebagai 
'SHOGI'. Pernah rakan sekuliah Jepun aku ajar aku main Shogi tu 
walaupun setelah habis di ajar, aku dapat kalah kan dia 3 pusingan !
Punya la dia hangin sebab dia baru ajar dan aku pun baru 
belajar tapi dia pulak yang kalah.. ngahahahaha!


Apapun di bumi Jepun lah skill main Catur aku terus terkuburr...
Sampai la aku habis belajar dan bekerja.. lansung tak sentuh dah 
papan & buah catur.. dan segala mala skill aku betul-betul berkarat sudahhh..
Sekarang ni kalau ada orang ajak main, aku pun segan kalo ada yg tahu
kisah silam aku sebab la ni aku percaya aku boleh di tewaskan 
dengan mudahnya semudah petik jari! 
Maklumlah banyak urat dah putus, sel2 otak dah tak 
saling berhubung ngahahahahahaha!


Sebenarnya yang mengingatkan aku pasal2 nostalgia zaman sekolah ni 
ialah selepas balik Mesyuarat PIBG semalam kat Sekolah Danish.
Balik tu terus aku cari set Catur aku kat rumah.


Tiba-tiba terasa nak ajar Danish uhuhuhu.
2 tahun lepas pun rasanya pernah ajar tapi Danish kecik sangat
lansung tak lekat kat kepala dia.. penyudah nya habis buah2 Catur 
tu hilang macam tu je kannn..


Kali ni bila ajar senang pulak dia ingat Step2 buah catur tuh 
cumanya tak ada skill lagi nak serang or nak menang ehehehe.
Kiranya ni lah kali pertama aku betul2 main Catur dengan Danish
dan dia sendiri yang fikir gerakan yang boleh di buat 
dengan buah Caturnya.

Masa aku tengah giat bermain Catur dulu paling tak boleh lupa,
setiap kali nak perlawanan mesti aku sakit perut ala terkucil dan berdebar2.
Letih melayan perasaan tu apatah lagi letih nak fikir dan susun strategi 
untuk menang ehehehehehe.
Yang best lagi bila aku tahu, Bos Jepun yang pernah hire aku 
kerja dulu pernah cerita, *beberapa tahun kemudian* yang antara faktor 
dia pilih aku sebab rekod main Catur yang aku ada.. ahahahaha.
Ada jugak maknanya ekkk... 

Apapun aku percaya korang pun ada cerita masing2 zaman sekolah
bab2 ko-kurikulum ni kan. Aku pun bab2 sukan outdoor memang ala2 kaki bangku sket.
Paling2 pun wakil rumah sukan kat sekolah jek uuhuhuhuh.
Moralnya bila dah jadi Mak Bapak dan hantar anak ke sekolah 
kadang2 banyak terimbau balik kenangan2 zaman sekolah dulu....
Sungguh sentimentel sekali ehehehehe

P/S: Seriously teringat kat member2 seangkatan  dan se'team' main Catur
dulu.. apa khabar agaknya diaorang sekarang..???

Al-kisahhhh

Assalamualaikumm.....

USS..?? Bukan-bukannn.. KRU Studio bukan terletak 
kat USS.. Apa..? Nak dapat kad jemputan Yusri..?
Owh pun bukan.. ehehheheh

Eceli ni aktivity semalam pergi berjimba2
dengan BFF kekekek. Kebetulan ada sorang member, Si Ujen
ada meeting lak kat Cyber so gather2 lah memember lain 
yang berkesempatan utk lunch sesama. 

Aku yg rumah sepelaung ni *cewah* kompem la sampai kan
sambil warm up2 makan menu2 yg di rindui ahahahahah.


Moralnya KRU Studio ni terletak dekat je ngan Ofis aku kat Cyber tuh.
Tapi tak pernah pulak terfikir nak amek gambor kat sini..
tapi gara-gara member aku sorang lagi, si Hada  yg ala ala 
DIE HARD FAN KRU
sejak puluh2 tahun lepass.. tu yg aku guide gak ke situ ehhehe.


Masa amek gambar ada kete lalu depan tu, siap org dalam keta tu jeritt
"Jangan lupa post kat Face book!!! " ahahahha. Cam tetau jekkk ekekekek

So moral of the story lagi, kitaorg gi lunch kat restoran Arab, SABA@Cyberjaya.
Hada org pertama sampai, aku org kedua.. maklum la sesama 'cuti' hehe.
Tengok sampai2 je terus 'check in'.. WAJIBBB!

Si Ujen dgn mission bermeeting sambil menyelam minum air ...


Jemaah yang berkumpul hari ni :
Noora, Ujen, Hada, Aku, Ina & Ani


Peace yo!


Antara menu yg di order

Mandi Chicken

Kabshah Chicken

Hanith Chicken

Yg ni tak hingat menu apa.. huhu


Kuah FREE *yg dalam bekas kecik2 tuh*


 APa lagi.. sambil makan gosip gosip dan gosipp heheheheh 


Serius muka makcik berdua nihhh.. lawan tenung2 pinggan ke tenung2 mata hehe



Okeh dah kenyanngg..Alhamdulillah. Nasi nya banyak bangett.. ade yg tak abes makan pun uuhu


Lepas makan gi cuci2 mata kat bazzar @Street Mall


Bleh plak terserempak ngan sorang lagi member kat sana

 
 Settle cuci2 mata terus gi Alamanda.. merendek kat sana plakk


Ngeteh kat Noodle station. Perut masih kenyang makan nasi SABA tadi huhu


Model tak berbayar 1


Model tk berbayar 2.. eheheheh

sempat window shopping.. lepas ngeteh terus balikk umahh uhuhu