Assalamualaikummm....

Ahaaa.. dah masuk minggu ke-5 ++ aku berpantang.
Habis semua dos ubat spital untuk sebulan tu rasa macam dah 
merdeka stage 1 jek kekekekke.
Walaubagaimanapun aku masih sambung berpantang macam
biasa.. InsyaAllahh......

Nak update sahabat handai yang telah sudi datang ziarah Baby Dhiya.
Adik beradik aku & sebelah Abang serta saudara mara pun ada 
bertandang sejurus keluar spital.. Mak & Pak Long, Usu, Alang, Ateh, Achikk..
jiran-jiran..semua semua laa.. tapi almaklumlaa.. Kalau ahli keluarga sendiri,  
sedara mara selalu jumpa, tak de plak teringat nak bergambar.
Tak senonoh betull wakakakak. 
Apapun terima kasih tak terhingga kepada semua...! 


Ahaa.. ni geng-geng BFF ku, Ujen & Hada
Meriah bergambar dengan team anak dara memasing eheheheheh


Ni sape lagi kalau bukan geng blogger aku, Lieya Latif si mama gorgeous.
First time Lieya jejak umah aku. Ma kaseh banyakk yekk.. 
kompem terpusing2 cari umah aku tu. Yang dah berapa kali datang 
pun terpusing2 apatah lagi yang first time ekekekekke.


Ni Aleyn. Ex-office mate kat Nitto dulu. Datang ngan Husband dia.
Sekarang sama-sama kerja kat Cyberjaya dan aku dah jadi 
office mate husband dia pulak ehehheeh.


Ni office mate aku sekarang. Yus, Balqis & K.Mith.
Terima kasih daun keladi jugak sudi singgah. Diaorang pun first time
jejak umah aku nih he he. Di sebabkan dah sebulan tak jumpa derang,
berjam-jam gak le nyembangg macam lama no tak jumpa ngahahhaha..!
Lepas rindu skett.. ekkekekekeek

Office mate Abang pun antara yang terawal datang. 
Pun tak teringat nak snap gambar uhuhuhuhu.

Anyway, terima kasih daun keladi pada semua yang sudi datang 
melawat Baby Dhiya. Terima kasih jugak atas hadiah, cendera hati
dan juga sumbangan. Hanya Allah yang dapat membalas budi baik korang.
Semoga korang sentiasa di murahkan rezeki oleh Nya.. aminnnnn


Ahaa.. macam biasaa.. ade je model volunteer eheheheheh


Dan lagii... ada yang dapat gift sama lagi eheheheheh.
Satu leh simpan wat jalan, sepasang wat basahann.. bleh..? 
eheheheh


Dan lagi....Alhamdulilah. Murah rezeki Dhiya.
Apa saja yang di berikan sangat-sangat kami hargai..!
InsyaAllah bermanfaat buat Baby Dhiya.
Terima kasih banyak-banyak sangat pada semua muahhh muahhh ;) 


Ahaa.. 1st trip tu.. belum2 lagi Dania dah panas bontot sibuk suh 
bukak hadiah.. especially kalau yg bungkus kaler PINK.. kale peberet dia.
Eii... kecohh betul kakak dia ni kannn...! ekekkeek


Mamanya pun layankan je lahh.. bukak la nak bukakk...


Abang Danish tumpang sekaki jugakk


Lepas satu, satu di rabak dek kakak. Excited sungguh!


Owhh.. ada dapat kipas angry bird..


Test power skett.. angin laju takk ekekekekek


Dan lagii.... dan lagiii


kakak geram tengok barang2 kaler pink ni sebenornye eheheheh


Ahaa.. tetiba Nenek tanya... la hadiah sape ni.
Baby tak de dlm gambar pun ? *sporting tak nenek? ehehehe*


Opss.. seb baik tak lupa kat tuan punya hadiahhh..
Tengok la Dania punya posing.. sabor je la kannnn...


Our permata hatii...! Danish, Dania & Dhiya.


Dhiya : "Suka hatilahh.. I berserah je.. 
tunggu orang tolong 'make up' kan jek eheheh"


Dan macam biasa, selain dari volunteer jadi model & tukang bukak hadiah, 
siap booking lagi barang yang dia berkenan.. 
last2 kakak yg pakai kalau adik tak leh pakai.. 
mintak halal yek Baby..! Upah bukakkan hadiah ngahahahaha

AL Kisahh... ;)
Assalamualaikum....

Ahaa.. hari ni genap 30 hari aku menjalani process berpantang.
Alhamdulillahh... di beri kemudahan untuk berpantang kat rumah 
sendiri kali ini walaupun aku tak balik kampung... 
Dua kali bersalin sebelum ni pantang kat kampung.

Pertamanya dapat pembantu rumah beberapa hari sebelum bersalin.
Bersalin pulak sehari selepas Atuk, Nenek & Mak Long sampai dari
Johor. Dapat pulak Bidan yang memberikan perkhidmatan yang 
memuaskan... Tak lupa Abang yang sentiasa bersedia terima 'order'
24 jam sehari kalau ada apa2 yang di perlukan dan mencukupkan
apa yang tak cukup... 
Terima kasih banyak semua..!! muah muahhhh!!

Okeh entry kali ni aku nak share process berpantang yang 
aku lalui kali ni. Berbeza sedikit dengan process yang aku lalui sebelum.
Maklumla, lain padang lain belalangkan...

Ahaa... aku ambik Bidan yang memang dah aku kenal. Bidan ni
berasal dari Acheh.  Sebelum  ni kalau ada kes2 tersalah urat,
aku ke anak-anak ke memang pergi rumah Bidan ni lah berurut. 
Sementelah aku bersalin, kiranya Bidan tu lah yang 
datang ke rumah pula.
Biasanya Urutan 3 + 1. 3 sessi awal dan 1 sessi sengkak peranakan.
Tapi aku add in 2 sessi lagi menjadikan 5 + 1.
5 sessi selepas bersalin + 1 sessi hari ke 40 untuk naikkan peranakan.

Setiap kali sessi urutan akan di sertai dengan aktiviti
1. Berurut (1 jam - 1 jam 30 min)
2. Lulur ( 20 min)
3. Mandi herba (20 min)
4. Bersauna ( 30 min) ATAU
5. Bertungku (30 min)
6. Berbengkung + Pilis + Param
7. Mandikan Baby

Semuanya homemade. Tapi tak semua bahan Bidan sediakan.
Ada yang pakai bahan2 yang memang aku dah sedia ada dan
Bidan cuma tolong handlekan.


BERURUT

Ahaa... ni tempat berurut. Minyak urut Bidan bawak. Siap bentang toto 
bawah tikar.. sakit pinggang kalau kena baring telentang. 
Maklum laa.. 9 bulan tulang belakang nak melengkung tanggung baby..
 lepas bersalin tak le tegak terus  tulang belakang tu ye dakk. 


LULUR

Biasanya Urutan akan bermula seawal jam 9 pagi. Selesai berurut
aku akan di lulur oleh bidan. Bahan2 handmade. 
korang bleh buat sendiri jugak.

Bahan-bahan :
 Beras yang di rendam semalaman di blender kasar bersama
kunyit hidup & limau nipis. 

Lulur rata seluruh badan dan biarkan kering.
Bidan tolong lulur kat tempat2 yang patut. 
Tempat2 yg tak patut lulur sendiri he he.


TANGAS/SAUNA

Lepas lulur ada 2 pilihan. Samaada continue sauna atau terus
mandi kalau nak request bertungku.
Sauna pun handmade gak.. Kebetulan ada periuk letrik pencen kat rumah.

Sauna handmade : Bahan-Bahan
Periuk Letrik + Kerusi/bangku berlubang + Kain tutup badan & kepala

Kain Sauna tu bidan kasi pinjam. Memang letak kat rumah aku uhuhuh.
So kalau Bidan tak datang pun aku buat sendiri.
 Biasanya 20-30 min setiap sessi huhu. 


MANDI HERBA

Aku memang ada beli pek herba mandi Mak Dara.
Masa Mak datang Mak ada bawak daun-daun herba
dari kampung. Jadi seminggu pertama tu guna air rebusan daun herba.
Habis wangi herba tu baru start guna pek herba Mak Dara 
yang aku dah beli. Kalau bidan dia potong2 kan limau nipis.
Memang sepanjang pantang ni banyak sungguh guna limau nipis.
Baunya pun wangi, bak kata Bidan & yg pernah aku tengok 
kat TV rancangan2 ilmu agama pun kata limau nipis ni 'Anti makhluk halus' 
especially untuk ibu2 berpantang yang tak berasa dalam keadaan suci ni kan.


BERTUNGKU

Ahaa... lepas mandi Bidan akan pakaikan bengkung, param + pilis siap!. 
Yang best Bidan ni lepas pakai pilis dia akan ikat dahi dengan 
kain supaya pilis tu tak kering dan jatuh berterabur. Macam pendekar 
plak aku rasa.. ngahahahaha. Layan je lahh

Lepas siap pakai bengkung semua baru lah Bidan akan tungkukan 
perut. Tungku Bidan pakai batu sungai. Yang ni Bidan akan bawak 
setiap kali datang. Kalau bukan sessi berurut ngan bidan 
aku akan bertungku sendiri pakai tungku herba Leesa Formula.
Lagi pun ringan.. larat la aku tungku sendirikan. Bau herbanya pun sedap.
Hampir setiap hari jugak aku bertungku sendiri ni.
Siap tungku perut.. bila tungku dah suam-suam kuku aku rajin gak tekap 
kat kelopak mata.. atas kening.. sedap je hehehehe.


MANDIKAN BABY

Biasanya masa tunggu aku lulur & mandi,
Bidan akan mandikan Baby pulak. Untuk minggu2 pertama 
ni kalau Bidan tak datang mandikan, kiranya Emak lah 
yang mandikan Baby. Pusat baby hari ke-7 baru luruh.
Emak pun ngeri2 je nak mandikan baby kalau pusat tak jatuh lagi kan
apatah lagi aku.. he he. Bila Emak dah balik Johor 
baru aku take over mandikan Baby.  Bibik
tolong settle segala persiapan dan kerja2 rumah huhu. 

Last but not least, lepas siap semua Bidan akan suruh minum air kunyit..!!
Uwaaa....! Bak kata Abang, menu ala-ala fear factor gituhh!!!


AIR KUNYIT

Bahan-bahan :
Ibu kunyit hidup + madu asli + air asam jawa.
Kisar dan tapis. Sedia untuk di minum.

Selalu kalau dia buatkan memang sebotol lah.
Boleh minum berkali2. Dan secara atomatik Emak akan jadi
 tukang reminder.... macam alarmm.. 
suh minum minum dan minumm! ngahahahah.

Menurut bidan, banyak khasiat minum air kunyit ni.
Bagus untuk cepat buang darah kotor, kecutkan peranakan 
supaya mudah dia nak urut masa urutan 40 hari nanti.
Selain tu cepat sembuhkan luka-luka dalaman.

Biasanya tengahari baru settle semua proces....
Dalam pukul 12 ke pukul 1 tengahari jugak lerr.. uhuhuhuh

Hari ni dah masuk ke-30. Pagi-pagi dah bersiap 
ke Hospital bawak Dhiya 'dating' ngan Doktor uhuhuhu.
Kalau nak nengok model mak budak tak semengah nak 
kuar gi dating ngan Doktor... 
jeng jeng jengggg....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
belum belumm.... 

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
sket lagii he he

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Muahahahahhaah.. ! Dushh....!!
*sila jangan muntahhhh *


Berat naik 16 kg sebelum bersalin..
Setakat ni baru berjaya turunkan 13 kg jekk.. 
itu pun masa 10 hari pertama dah turun 10 kg.. tapi lepas tu 
nak turun lagi 3 kg tu mak aiiiiiiiii... slow melow nyerrrrrrrrr...!!
So ni ada 3kg lagi 'tersembunyi' uhuk uhukk!!

Ada 2 minggu lagi sebelum 
'tamat tempoh' nihh.. harus berusaha gigih lagi! 
Yeahhh yeahhh...!!!



Al-kisahhh.....
Assalamualaikummmm..

Alhamdulillahh.. dah masuk minggu ke-4 berpantang dah hari ni.
Tiap2 pagi menghitung berapa banyak lagi pil yang dapat dari Hospital 
untuk di habiskan.. dos dapat untuk sebulan.. habis dos tu 
rasa macam dah habis le pantang stage pertama ngahahahaha...!!
Habis sebulan ni rasanya nak start masak dah.. sian kat Papa uhuhuhuhu.

Dhiya pun dah makin berakal.. dah pandai ajak sembang.
Dah pandai tengok orangg.. ehehehehe.
Ni update sket gambar day by day Dhiya sejak hari pertama yekk

Dhiya 1st Day ~ tak sampai 24 jam

Dhiya hari ke-3



Dhiya hari ke-4, tidur malam...ZZzzzzzZZzzzz

Dhiya hari ke-5... mama dah gatal make up kekekek.
Mode tidur lagii.. ZZZzzzZZzzz..
dah masuk fasa ke jaundice.. tidur jek kerjanye ekekkeke

Hari ke 11 ~ Tengah kena make-up dengan Nenek 

Dhiya hari ke-16. Pose tidur peberet diaa..
suka sangat depa 2-2 tangan ke atasss. Confirm lena he he 


Dhiya Hari ke 18 ~ nak sembang apa tahhh


Dhiya hari ke 19.. satu lagi pose tidur kegemarannn... 
pangku dagu uhuhuhuh

Last but not least.. Dhiya hari ke 27
Dah pandai nak sembang-sembang ehehehehe.
Lepas Emak & Abah balik nak masuk minggu ke-3 yang lepas,
aku lah yang mandikan Dania. 
Bibik banyak tolong2  uruskan kerja2 rumah.
Seb baik sempat dapat Bibik sebelum bersalin.. at least Mama bleh 
concentrate jaga Baby Dhiya sepanjang pantang ni kann.


kekekekekek *gelak*

Pose apa tuh ehehehe
*gambar ni macam gambar Dania masa kecik2.. 
aku tengah cari gali mana gambarnya nih eheheh*


Bila di agahh ~

  
 Dah pandai senyumm dahhh..!!! 
cayang cayang bucuk anak mama nih.. muahh muahhh!!

Rajin-rajin minum susu yekkk... cepat-cepat besarr..
nanti baru lah bibik tak ngeri nak pegang Dhiya bila 
Mama dah kena naik kerja okeh cayangg!!