Promo Air Asia kembali lagi..!!!
Harga bermula dengan 10 SEN SAHAJA..!!
Apalagii... sila terjahhh sekarangg...
Booking Period : 8th ~ 11th Dec 2011
Travel : 1st July ~ 27th October 2012


Remember to log on to www.airasia.com at 00:01 hours (GMT+8)


P/S: Dah booking utk satu Family & Parent ke Bandung tahun depan dari Promo sebelum nih.. huhu



NUSAJAYA – Taman tema Legoland Malaysia dijangka akan beroperasi mulai akhir tahun 2012 dengan sasaran sejuta pengunjung pada tahun pertama ia dibuka.
Sasaran itu dinyatakan Pengurus Besar Legoland Malaysia, Siegfried Boerst yang yakin taman tema tersebut tidak akan mencatatkan kerugian apabila ia dibuka kelak, biarpun tidak dapat mengandaikan berapa nilai yang akan diperoleh pada tahun pertama itu.
Projek pembangunan taman tema tersebut yang mula dibangunkan pada Disember 2009 dengan kos RM720 juta.
"Kita akan sentiasa memastikan perkhidmatan yang ada di taman tema ini sentiasa diperbaharui dan diperluaskan setiap tahun, sekali gus mampu memberi pengalaman yang menyeronokkan untuk seisi keluarga.
"Buat masa ini, Legoland Malaysia merupakan pertama di Asia dan ia akan menjadi satu-satunya taman tema seumpama itu di Asia Tenggara, biarpun ada usaha bagi membina taman tema seumpamanya di Jepun dan Korea yang belum dimuktamadkan,” katanya kepada media mengenai kerja-kerja pemasangan laluan untuk roller coaster dikenali Lego Technic, di sini, semalam.

Turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Investment Bhd (IIB), Datuk Syed Mohamed Ibrahim dan Pengarah IDR Resorts Sdn Bhd (IDR Resorts), Muhammad Zainal Ashikin Muhammad Rejab.
Pada masa sama, Siegfried turut mengumumkan penjualan pas tahunan pra pembukaan yang dijual pada harga RM195 untuk dewasa dan RM150 bagi kanak-kanak pada masa terhad di mana tiket bayaran sekali masuk ke situ bernilai RM140 bagi dewasa dan RM110 bagi kanak-kanak.
Sementara itu, Muhammad Zainal berkata, projek pembangunan taman tema tersebut mencapai 40 peratus pembinaannya biarpun berhadapan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini.
“Semua kerja-kerja pembinaan projek ini berjalan mengikut jadual yang ditetapkan dan dengan perkembangan itu kita yakin Legoland Malaysia ini akan siap dan dibuka mengikut jadual ditetapkan,” katanya.
Legoland Malaysia adalah merupakan taman tema Legoland keenam di dunia selepas Legoland Billund, Legoland Windsor, Legoland California, Legoland Deutschland dan Legoland Florida.
Legoland Malaysia dibangunkan oleh anak syarikat IIB, IDR Resorts bersama Merlin Entertainments dengan kos RM720 juta di kawasan seluas 31 hektar di Medini North, hab gaya hidup Iskandar Malaysia.

Taman tema yang pertama di Asia itu mempunyai tujuh taman tema, dengan 50 juta blok lego digunakan bagi menghasilkan 15,000 model yang akan dipamerkan disitu.


Salam...

Minggu ni dah melepasi minggu ke-36 dan masuk ke minggu ke -37..!
Sedar-sedar kaki ku dah sembapppppp giler..!!
Berjalan pun dan terasa berdenyut-denyuuttt jekkk.. uhuhuhuhu.
Masa Danish dulu start 7 bulan memang dah sembap dahh..
kat ofis budak2 suka usik cakap kaki aku macam sakit untut! ekekekeke
sabor je la kann derang nihh..kekekeeke

Masa Dania lambat sket sembapnyaa... aku rasa 2 minggu sebelum bersalin kottt..
kali ni start minggu lepas dah sembap dahh.. ada 4 minggu lagi due nih...
alih-alih terasa ketat terus rantai kaki yg aku pakaii.. 
kalau tak elok je jatuh bawah buku lali
ni dah macam getah tempe padatt terikat kat kaki 
dah rupanya wahahahhahaa!



Adakah ini tandanya tarikh kelahiran semakin hampirr..???
Jeng jeng jeng..!!!!!
waaaaa.. tetiba berdebar-debar rasanya walopon jauh 
di sudut hati rasa tak sabarr.. uhuhuhuhu.

Perut pun dah makin beratt.. last check up 34 minggu
Doc scan baby dah 2.5 kg uhuhuhuhuhu.
Tidur malam kompem kena mengiring.. bolster kiri kanan
tuk di kepit.. kalo tak payah nak lelapp uhuhuhuhu.

Dengan itu secara rasminya...
aku merelakan Abang hantar aku gi Ofis ari nih..!!
Uwaaaaaaaaaaaa.............!!!!
Sahdis ekk...? Sebab...???  Ofis aku bukan jauh pun ngan umah..
drive pun leh parking kat disable park depan lobi...
pas tu keluar rumah pun lambat skett.. ngehhehhee.
Hari ni Abang hantar kena keluar 2 jam awall!!!
Uwaaaaaaaaaaaa... kul 7:30 pagi aku dah terpacak kat ofiss...!!
Kalo tak 7:30 pagi ni aku masih kat umah.. siapkan breakfast Danish,
buat air untuk Abang... 7:45 pagi tengah lambai-lambai
hantar Abang gi kerja huhuhuhuhu
Hari ni 7:30 pagi dah sampai ofiss...
Adehhh... sesak napasss !! ohok ohok..!!

Di sebabkan keluar gi kerja awall.. gerai yg aku nak beli 
nasi dagang pun tak bukak lagii..
makanya breakfast kat Cafe ofis je lah hari ni...
Lama tak pekena roti canai & teh tariikk..!
Burrpppsss...!! opssss!!!


P/S: Di kesempatan ini, Izan nak ambik kesempatan 
nak minta maaf salah silap kat semua para readers, bloggers, kalau sepanjang Izan 
bersiaran ni  tanpa sedar ada terkasar bahasa, tersilap gurau, 
terover komen dan yang seangkatan dengannya sepanjang
kita beramah mesra kat dunia cyber ni kann...

Doakan semoga semuanya berjalan lancar dan di permudahkan yekk!!
Amin...!!