Assalamualaikum..
Ahahaa.. .sorry sesangatt.. tak sedar berapa hari 
dah tak berupdate blog nih.
Sedang kebusy'ann..
Sabtu Ahad lepas pergi Penang ambik
Emak & Abah yang jaga adik berpantang.
Malam tadi lak bawak derang gi dinner kat luarr..
Dania plakkk demammmmmmmm...

Anyway nak update skett..
Masa Mak & Abah baru sampai Puchong,
terus ajak lepak pekena Bihun Sup Utara dekat
tepi 'tasik' dekat2 ngan  umah..
order 5 bowl semua licin! ngahahahah

Hari ni baru terhegeh2 dapat tengok blog.



Suka lepak sini petang2 sebab suasananya yang nyamannnn...
lake view la katekan.. ramai orng mancing kat bawah tuhhhh

2 beradik yang paling berselera makann..!
kedai ni pun dah makin upgrade. Dulu air segera yg dah siap 
bancuh je ada.. laksa & bihun sup
la ni dah boleh amek order utk buat air panas/ais.
Menu ala carte pun ada.. caya la..!


Slurrrrrrrrppppppppppppppp  nyum nyum!!!




Masa ni sihat je lagii.. tau tau petang semalam badan dia start panas dahh..
cian anak Mama. 
Esok Deepavali kitaorang balik kampung.. sambung cuti khamis, Jumaat.
Sabtu ada Konvo adik Ipar kat UTHM plakk.. lepas tu terus ke Pahang
ada kenduri kawen...
minggu yang busy busyy dan busyyyyyyy!

Ok korang.. selamat bercuti esok..! take care yekk!!
Warga Afrika berkeliaran di sekitar rumah kedai pada waktu malam di Mantin, Negeri Sembilan, semalam.


Sumber : Utusan Malaysia


KUALA LUMPUR 20 Okt. - Seramai 138 warga Afrika yang merupakan pelajar di kolej swasta di negara ini telah ditahan sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini kerana terlibat dalam sindiket penipuan antarabangsa yang mengakibatkan kerugian mangsa sebanyak RM940 juta.


Statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mendedahkan jumlah kerugian mangsa itu meningkat berbanding RM731 juta pada sepanjang tahun lalu dengan seramai 196 warga Afrika ditahan.
Kesemua mereka merupakan penuntut di 19 buah IPTS di sekitar Lembah Klang.

Timbalan Pengarahnya, Datuk Tajuddin Md. Isa berkata, kemasukan pelajar itu ke negara ini juga dipercayai telah diatur oleh sindiket warga negara tersebut hasil siasatan yang dijalankan pihaknya.
"Apabila ditahan suspek memberitahu mereka pelajar jurusan diploma dan ijazah namun terdapat dalam kalangan mereka tidak tahu membaca apatah lagi menulis.

"Dalam pemeriksaan lanjut dengan kolej tempat suspek menuntut pula, pusat pengajian tersebut menafikan warga asing terbabit adalah pelajar mereka sedangkan masing-masing mempunyai visa pelajar untuk berada di negara ini.
"Namun siasatan terperinci mendedahkan ada suspek telah memuat pendaftaran sebagai pelajar di kolej swasta dengan menggunakan nama palsu," katanya kepada Utusan Malaysiadi sini, hari ini.

Beliau berkata, antara jenayah yang dikesan dilakukan oleh warga Afrika ialah penipuan kiriman barang, phishing dan Black Money.
Phishing boleh didefinisikan sebagai proses fraud jenayah dalam cubaan untuk memperoleh maklumat sensitif seperti nama pengguna, kata laluan serta butiran kad kredit dengan menyamar sebagai entiti yang boleh dipercayai menerusi komunikasi elektronik.

Tajuddin memberitahu, dalam penipuan tersebut penjenayah bukan sahaja menjadikan penduduk tempatan sebagai mangsa tetapi rakyat di negara lain.
"Negara ini dijadikan lokasi untuk melakukan penipuan sehingga melibatkan rakyat di negara lain dan akibat perbuatan itu, nama baik dan keselamatan negara terjejas.
"Malah penjenayah itu juga menggunakan nama agensi kerajaan, bank dan rakyat tempatan sebagai alat dalam melakukan penipuan," ujarnya.

Katanya, dalam siasatan JSJK sebelum ini pernah mendedahkan seorang daripada penjenayah warga Afrika berjaya membina sebuah hotel dengan kos jutaan ringgit di negara mereka hasil wang penipuan.
Menurutnya, kebiasaannya penjenayah dapat membina rumah bernilai jutaan ringgit dan hidup mewah selepas melakukan penipuan sepanjang tempoh 'belajar' di negara ini.

Baca lagi :

Dadah: Pelajar Afrika catat jumlah tangkapan tertinggi

Assalamualaikummm....

Ahaaa... sekarang ni sedang berlangsung 
SUSHI KING BONANZA RM2 PROMO..!
Korang dah jejak ke belum..?
Cepat sebelum terlambatt.. hari ni last tau 
20th Oct 2011(THU)


Aku dah sempat jejakk.. Alhamdulillah.. ehehehhe.
Memang puas lah baby makan Sushi pregnant kali ni..wakakakaka.
Ahaa. .kalau korang nak pergi jangan lupa bawak kad ahli. 
Kad Keahlian boleh di buat dengan bayaran RM12 setahun dan 
akan dapat voucher RM20 *tidak boleh digunakan waktu promo*

Tu diaa.. masuk lunch hour, semua dah ready... conveyor dah penuh 
dengan dereten pinggan2 sushi!! Mujur kitaorg sampai orang tak start queue lagi.
So dapat pilih meja sebelah conveyor gakk.. yesssss!!!!

Dan lagii.. dalam tray pun dah bertingkat2 dah persediaan



untuk rekod:
Pinggan Purple normal rate RM6
Pinggan Merah normal rate RM5
Pinggan Pink normal rate RM4

TAPI hari ni SEMUANYA berharga RM2 SAHAJA OKEH!!
*tak termasuk pinggan corak putus2*

So antara yg di sambar.. jeng jeng jenggg.



Zoom skett....


 Salmon.. WAJIB

Ebikko (Telur ikan) 

Ebikko Makizushi

Salmon 




Salmon ada 2 type, raw salmon (pinggan pink) & smoke salmon (pinggan merah)


 Tu dia deretan sushi tempura yg dah ready atas dulangg.. tinggal buh atas pinggan jekk!


Ni pinggan ke-10 aku.. muahahahahah. Masa ni perut dah nak se'eh dahh.


Dan pinggan ke-11 aku... soft crab maki sushii.. memant se'eh gilerr perutt..!



Krew JJCM hari ni, member2 ofis, Wah & Sue


Tuan punya badan.. Peace....! hehehehe


Aummmmmmmm..!!!! 11 pinggan aku belasah wehh.. se'eh perutt..!
Boleh tahan jugak baby makan hehehe. Masa Dania dulu hantu fast food. 
Kejap2 terjah McD, kalo tak KFC. Maklum le dulu kat Shah Alam,
KFC & McD Seksyen 18 sebelah2 je.. berantu betul 2 kedai tuh!
Tambah ada plak McD Drive Thru dekat
nak bulatan JVC tuh.. sebelum masuk ofis pagi pun sempat tapau McD
pekena Hash Brown di panas-panas.. huhuhu!

Anyway, kali ni tak dapat ambik gambar deretan 'Apartment' sebab kejap2
waiter datang collect pinggan utk prepare yg baru huhu.

Balik makan terus terasa seperti PINGUIN pulang ke sarangg.. NGAHHAHAHA!

P/s: Pregnant dah masuk 29 minggu ++. Hari ni pagi2 limun dah sampai kat Hospital Putrajaya 
& Abang. Parking belum kul 8 dah penuh isk isk isk. 
Amek2 nombor gilirin rupanya kaunter booking untuk bersalin 
dibuka ISNIN dan JUMAAT sahaja.. isk isk isk.
Balik ofis rupanya 10 min dah sampai daaaa. esok kena gi balik buat booking nih uhuhuh.