Assalamualaikum..

Ahaa.. hari ni seluruh rakyat Malaysia mungkin ternanti2
intipati pembentangan Bajet 2012 terutamanya penjawat awam kan

Aku pun dah nak balik ni.. tetiba dapat satu E-mail dari HR,
pengenalan new Flexi Spending Account 2012 !
Sebelum ni ada Eye care benefit RM200 setahun..
tapi utk tahun 2012 di gantikan dengan FSA dan 
nilainya telah di tambah menjadi RM 600 setahun !
Merangkumi mana-mana claim eye care, health screening 
dan yang lebih penting MATERNITY!!! wahahahahahah
Suker suker sukerrr...!!! Terima kasih En Kompeni !


Of course benefit ni tak termasuk unlimited medical claim, 
dental claim dan hospitalization yang sedia ada.
Syukurr.. rezeki baby lagi nii.. 
Selama aku berkerja satu dekad ni tak pernah dapat claim maternity pun huhu.

Btw, kali ni masih merancang untuk bersalin kat Putrajaya, InsyaAllah.
Alhamdulillah.. pengalaman bersalin Danish & Dania di HP
so far tak ada masalah dan puas hati dengan perkhidmatannya.
Dan yang lebih penting lagi.. nak kasi kod IC 3rd Junior
ni sama gak dengan Abang & kakaknya nanti he he. Boleh gitew..? ;)


Assalamualaikum....

Ahaa.. hari ni nak share pasal pembantu rumah.
Dok diskas2 dengan member2 terdekat then ada yg share
pasal Part Time Maid ni.
Aku sebenarnya bercadang nak berpantang kat sini
bersalin kali ni. Nak balik kampung pun bukannya dekat... 
Emak pun dah makin berusia.. kesian plan nak jaga aku & 
si kecil nanti. So cadangnya nak cari Nanny at  least
masa aku berpantang nanti.. kalau dapat lah kannn.

Imbas kembali masa bersalinkan Dania,
kakak ipar ku juga bersalin 3 minggu selepas aku 
dan kami berpantang di bawah jagaan emak.
Sebab tu waktu tu kitaorg buat keputusan 
Danish duduk ngan Papa dan Mama je ngan Dania kat kampung. 
Sian pulak kat emak kena jaga 2 cucu dalam hari serentakk hu hu
Kesian jugak kat Abang nak berulang alik balik kampung
 hujung2 minggu.. bukannya dekat huhu.

Sementelah kerja yg lebih flexible sekarangg..
punya maid sepenuh masa dah bukan jadi priority.
Dulu tempat kerja pun agak jauh.. jem balik kerja lagii..
kena plak time kena handle project selalu balik 
kerja lambat.. hari hari ambik budak2 kat baby sitter
kena mintak maap sebab lambatt.. letih la nak apologize
hari2 kat BS punya pasal tu yg nekad ambik maid.

Sekarang alhamdulillahh.. kerja pun dah lebih flexible.
Ada projek pun boleh handle dan buat online dari rumah.
Pagi-pagi pun dah tak kelam kabutt.. ofis pun tak jauh dari rumah.
Pagi sempat siapkan sarapan dan 
Danish sempat bersarapan sebelum ke sekolah.
Work life balance.. Alhamdulillahh... syukur sangatt..!

Okeh so berbalik kepada kisah Part Time Maid.
Ahaa... ada service maid serendah RM9.90 sejam (min 4 jam). 
Boleh la panggil hujung minggu utk tolong2 bersih
kan rumah, gosok2 baju ke kann. Tapi kalau nak suh derang 
gosok baju make sure baju yg nak di gosok dah siap berbasuh lah ;)


Ada package pulak utk berapa jam service yg kita nak.

Contoh 
Package A :
4 times in a month, 
3 hours per visit 
RM 200
average RM50/visit


Paling mahal 
Package F :
8 times in a month, 
4 hours per visit 
RM 420
average RM52.50/visit




Ahaa... so kalau berminat boleh layari website di bawah ni okehh!




Assalamualaikum...

Minggu depan Danish akan menghadapi peperiksaan akhir tahun
bermula 12hb ~ 14 hb Oktober 11'.
Start minggu lepas cikgu2 dah bagi mesej supaya 
mula buat ulangkaji. Kesemua buku kerja di bekalkan
utk di bawa balik ke rumah dan mesti di bawa ke sekolah
setiap hari.

So aku pun mula juga buat ulangkaji dengan Danish.
Baru-baru ni buat revision subjek Early Science.

Agak terkejut jugak dengan syllabus diaorang..
umur 6 tahun dah belajar pasal proses kondensasi,
macamana hujan terbentukk..


Daya & Geserann...


Juga hukum graviti uhuhuhuhu


Seingat aku subjek2 ni semua kita belajar masa sekolah rendah,
darjah 4 ke atas dlm sukatan Alam Dan Manusia... betul tak?

Sungguh advance anak-anak zaman sekarangg...
bermakna lebih mencabar kepada ibu bapa dan  guru yang mendidik...

Anak-anak aku belum lagi masuk sekolah rendah..
tak tau pula sukatan pelajaran sekolah rendah macamana..

Apapun semoga anak-anak Mama membesar menjadi seorang
yang berilmu dan cemerlang dunia akhirat.. aminnnn