Assalamualaikum...

Akhirnya dapat gak udpate entry Pagi Aidilfitri Edisi Johor.. eheheheh.
Tema keler baju raya tahun ni BIRU ehehhee. Nak ikutkan kaler biru baju ku itu Turqoise..
tapi bila dah combine ngan yg lelain tu aku pun tak tau dah, jadi light blue kott..
Cam biasa.. tunggu aku cari baju raya dulu baru la yg lain beli
ikut kaler yang aku dapat uhuhuh. Maklum je lakan.. dah pregnant..
susah nak cari saiz. Tengok baju kurung siap berlambak2..
cantik2.. tapi aku confirm tak leh pakai.. terpaksa cari saiz XXXLL
utk cover perut Mak Yong yang dah masuk 5 bulan ++ nih uhuhuh.


Tahun ni sembahyang Raya start lambat skett..
balik sembahyang Raya masa Abah & Abang balik rumah 
terus kitaorg salam Raya.. selalunya habis Marhaban lelaki 
baru salam raya.. kali ni ubah timing eheheh.
Mak & Abah yang baru balik dari Masjid


Sempat pose ngan Abang eheheh 


Pose 1 family pulakk eheheheh

Sambil tunggu derang balik Sembahyang Raya, posing dulu kat umah uhuhuh.


Mak Yong 5 bulan ++



Mama & Dania ~ Peace..!


Mak Long punya kerja.. zoom out la konon.. naik juling mata Makcik ha ha!


Mak Long ngan anak sedara 'kembar bulan' ehehehhe


Anak-anak sedara yang berkumpul tahun ni. Team Purple + biru ehehehe


 Danish tak habis2 pegang perut Mama.. 
sibuk wish Selamat Hari Raya kat baby dalam perut jugak hehehe.


Ahaa.. sempat posing ngan Papa kat buai ni..
ade perasan tak benda pelik berlaku..???
Ahaha.. seb baik tak roboh buai tuhh!!
Bleh plak senget bila kitaorang duduk! wahahahahaha
Ni mesti Baby yang berat nih eekekekeke


Orang lelaki balik sembahyang Raya je terus salam-salam 
raya.. uhuhuh


Emak ikut gi sembahyang raya.. balik tak sempat bukak telekung dah eheheh.


Sibuk pegang belon di pagi raya ha ha..!


Tahun ni adik aku yang kat Penang je tak dapat balik.. so kitaorang 3 beradik je lah
beraya kat Johor, Aku, Kakak & Abang uhuhuhu.
Sian anak2 sedaraku di Penang.. sebab Raya kat Johor lagi meriah.. tiap2
tahun derang balik sini.. uhuhuh. Tak pe.. duit raya
Atuk, Nenek, Mak Long, Mak Ngah, Mak Uda semua dah
bank in siap..!! mudahnya ngan internet ehehehe


Sessi bersalaman bermula..


Family Abang aku kaler purple tahu ni eheheh


Turn Danish & Dania nak salam Atuk & Nenek.. tu diaa.. Atuk dah keluar duit raya ..
Dania dah tenung dari jauh wahahahah. 


Sibuk usung belon tu ke hulu ke hilir..
sebenarnya tiupkan belon tu supaya dia bangun pagi raya tuh.. abeh malam 
raya tidur kul 2 pagi anak dara ku itu.. pagi raya punya la liat nak bangun! uhuhuhu.
Dah mandi tidur balik.. salin kan baju raya pun sambung tidur balik..
last2 tiupkan belon suh main baru la terkebil2 buka mata.. ha ha



"Selamat Hari Raya, Maaf zahir & batin Abang.. " uhuhuhuhu


Ni aksi bersalam adik beradikk plak.. tergelak2.. salam nye tak jugakk..

   

 

Salam pun akhirnya..


Okeh.. rombongan Cik Kiah Junior gi ikut beraya..


Habis salam raya start marhaban lelaki.
Tahun ni pun ramai gak cucu2 ikut beraya.. habis 60 keping gak la sampul uhuhuh


Aku jadi tukang distribute duit raya tahun ni eheheh.


Hidangan sempoi... di sebabkan rumah kitaorg dah ke yang berbelas2 dahh
 dari 25 rumah.. so just hidang ringan2 je.. rojak buah & Dadih uhuhuhu. 
Marhaban lelaki pun selalunya ekspress..
masuk umah, marhaban, baca doa, bermaafan ngan tuan rumah, 
kasi duit raya kat cucu2 yang ikut..selesaii uhuhuh


Dadih 2 layer = Kopi, Jagung, Kopi + Jagung & isi jagung nyum nyum!



Air gas bikarbonat mesti ada time raya ekk.!
Dulu kecik2 nak tunggu raya sokmo sorok air gas dlm almari baju haha.
Dulu2 pakai botol lagi.. Abah mesti beli 6 tong = 24 dozen untuk ahahah.
Mana taknya... belum raya kadang suku dah habis..! 
Sekarang susah nak jumpa dahh.


Habis Marhaban lelaki.. Mama pulak gi beraya rumah jiran.. JOM!


Masa gi beraya umah jiran.. sempat lagi Mak Long amek gambar 2 beradik nih eheheh.
Danish cam biasala.. kejap je songkog & samping dah terbangg ha ha



Assalamualaikum..

Ahaa.. tak habis-habis citer pasal raya kann ehehhe.
Tak pe tak pe... korang citer la pasal Raya.. aku pun seronok je
nak baca gelagat2 menyambut Aidilfitri setahun sekali nih eheheheh.

Aku je belum masuk citer pasal Raya.. 
ni entry last citer hari TERAKHIR sebelum 1 Syawall ekekekeke.


Ni menu berbuka 2 hari terakhir menjelang Syawal. Hari Ahad tu 
pepagi dah pergi Kip Mart Kota Tinggi shopping barang dapur.
Menu berbuka hari ni ~ 
Nasi Tomato + Sotong Sumbat + cempedak goreng + kambing masak tomato


Sotong Sumbat ~ Ni air tangan Mak Long, kakak sulungku


Kambing Masak Tomato ~ Air tangan Mak Ngah, Kakak Iparku


Nasi Tomato ~ Air tangan Mak Uda @ diriKu auuww..!!! he he


Malamnya aktiviti menganyam ketupat ehehehhehe.
Semua cucu cucu nenek sibuk nak menyelit gak eheheh


Isnin petang baru start isi beras. Opss.. yang kat atas ni 
feveret aku ~ di panggil LEPAT yg di buat guna beras pulut.
Orang Johor je kot yg jumpa hidangan nihh.
LEPAT ni hidangan WAJIB aku kalo raya.. suka sangat sangatt..!!
Kalo aku tak raya Johor pun kadang balik bulan Posa Mak sanggup buatkan uhuhuhu.
Masa zaman-zaman belajar kat Jepun dulu pun Mak buatkan dan POS !
Guna bahan-bahan kering la.. so time Raya aku tetap 
dapat menyantap hidangan Peberet ku inih!! ehehehhe 


Tahun ni aku belajar buat.. sebelum ni pun dah banyak kali belajar asyik lupa je.
Kali ni aku berazam nak buh resepi dlm blog masakan aku..!
Tapi tu pun tak terupdate lagikk! uhuhuhu


Tu dia lepat & ketupat in the making.


Lepat ni kena ikat ngan tali kuat-kuat. Seb baik En Abang ada.. ehehehe


Isnin petang tu dah sibuk masak lauk raya..
Dalam kul 6 petang semua dah siap masakk..
Lepat, ketupat, serunding, Lodeh (masak lemak), daging masak kicap,
ayam masak pecel, sambal goreng ahaaa.. tahun ni Abah request tak yah buat rendang.
Tu yang buat Daging masak kicap tuh uhuhuhu


Okeh menjelang petang Cucu-cucu nenek bertebaran pergi hantar
juadah ke rumah jiran-jiran terdekat.. ada 10 buah rumah gak le di hantar 


Dan of course la jiran-jiran pun pakat hantar berkat jugak ke rumah..!
Penuh mejaa...!! macam-macam menu.. yg tak buat rendang pun dapat rendang..
sampai tak cukup pinggan nak bubuh.
So memang kebiasaan buka posa hari terakhir Ramadhan tu memang
dengan juadah raya laah..! he he


Yang dalam plastik terus masuk peti je ha ha. Banyak sangat..!


Lepas maghrib ada pengumuman raya oleh Penyimpan Mohor Besar.
Demi terishtiharnya Aidilfitri jatuh pada keesokan hari.. terus tiba-tiba
kejiranan berubah jadi ala-ala medan perang..! ha ha.
Kat sini malam raya memang bingit bunyi mercun..! Mercun roket tu jiran kiri-kanan
siap leh lawan-lawan lagii..! 


Ni permandangan dari veranda rumah. Ni bukan mercun biasa dahh..
mercun festival nih... bleh main 2-3 jamm sampai tengah malam..!
Bayangkanlah dia punya meriah..! dan biasa ada 2-3 spot org main mercun
cenggini punya besar yg boleh nampak dekat dari rumah aku nih uhuhuhu


Dah reda main bunga api sibuk tolong isi kuih raya plak eheheheh.


Semangat betul cucu cucu nenek ni tolong preparation raya tauu!
Semua nak di tolong...!



Aku plak sempat lagi buatkan Dadih sebelum tidurr..
Buat 2 layer.. kopi + jagung + isi jagung.
Ni untuk hidangan baraan @ marhaban lelaki lepas solat Raya


Mak Long, Kakak aku plak sempat lagi nak buat Cheese Tart malam-malam raya tuh..!
Apa lagi budak-budak ni pun sibuk laaa nak 'tolong buat' jugakk! ha ha.
Penyudahnya TERTIDUR2 sambil tunggu Mak Long uli tepung! ha ha..!


Dania yang masih terang bijik mata..! Jenuh pujuk ajak tidur tak nak..
Mak Long kata dia tidur nak dekat kul 2 pagi malam raya tu gara-gara nak temankan 
Mak Long buat kuih!! sabor je laa.. bayangkan la pagi raya tu camna punya liat dia
nak bangun!! Uhuhuhuh..!!

Camna persiapan raya korang kat kampung..? he he

Assalamualaikum...

Ahaa.. mesti ramai lagi yg masih mood beraya ni ehehehe.
Ni pun wat short update perjalanan balik kampung sebelum raya..

Kitaorg gerak Sabtu pagi dari rumah.. elok je kuar rumah
Abang perasan tayar keta cam tak bestt.. huhu.
Gi kedai berdekatan tetengok ada paku melekat kat tayar uhuhuhuhu.
Aku sedap je lenjan sehari sebelum nya.. tak perasan la plakk ha ha


Terus pomen tampal.. so perjalanan di teruskan...


Dania suka sangat buat pose nih.


Dalam keta tak duk diam.. sibuk nak mengetest baju raya hua hua hua


Nak kasi dia diam kena la pasang DVD Kartun. Standby la banyak-banyakk..
Yg ni je confirm leh kasi diam ni . beratus-ratus kali ulang tayang sampai nak muntah uhuhuhu


Kerusi tengah kosong di bantainye melekap atas barang2 dan
bag balik kampung kat belakang.. sabor je laa..


Seb baik perjalanan smooth je walopon gerak dah kul 9 am ++.

Keluar TOL Kulai singgah TESCO masuk balik Senai Utara,
try highway yang baru siap nih ~ Senai  - Desaru Expressway.
Tak banyak kereta lalu sini... kira terus merentas sungai Johor
dan Teluk Sengat tuh.. tak yah lalu Kota Tinggi sudah.



Wah lepas ni naik la area2 Desaru & Penawar..
Aku tengok Restoran Fast Food pun dah start buka kat sana uhuhuh.
Oh ya.. kat Bandar Mas ni ada satu kedai kerepek.
Banyak gak variasi nya. Dulu kalo nak beli kerepek on the way balik singgah Parit Raja.
Sekarang ni beli kat Bandar Mas tu jek.. uhuhu



Yang best nya.. ada la beberapa KM highway ni 2 way.. dan bukan sehala..!
La... macam jalan negeri plakk.. Abang kata ni la satu2nya highway
yang dia pernah jumpa 2 lane, 2 hala.. uhuhuhu


Seb baik nak naik bridge tu dah buat 4 lane balik.
So consider bila2 bila keta dah banyak lalu sini derang leh la tambah
lane kat part yg 2 lane 2 way tu tadi uhuhuh.


Dari Kulai kena RM 11 jugak la keluar kat Bandar Penawar.
So lepas ni ada la alternatif lain kalo tak nak harung jem..

Kul 5 petang kitaorang dah sampai.
Mak & kakak ipar ku sedang shopping di KT.

Sempat aku buatkan DORIA seperti yg di request ehehehe.
Gara-gara aku yg mengidam DORIA ni masa bulan posa dan post kat FB 
hasil air tangan pertama ha ha!
Juadah berbuka posa eheheheh


Buat satu bekas besar..


Licin..!! Ahahahaha..! okeh lain kali leh buat lagii. 
Sekian update perjalanan balik kampung sempena raya eheheh