Sumber : Kosmo

KUALA LUMPUR - Hampir 800,000 pengguna di beberapa kawasan kediaman dan komersial penting di sekitar Lembah Klang terputus bekalan air selama 48 jam bermula pagi ini hingga pagi Jumaat ekoran kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor.
Penutupan loji yang terletak di Bukit Badong, Ijok itu dijangka menjejaskan beberapa kawasan di pinggir ibu negara, Daerah Petaling, Gombak dan Hulu Selangor.
Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Halem Mat Som berkata, penutupan loji tersebut dilakukan ekoran kerja-kerja penggantian injap Sluice Valve di rumah pam air bersih dan pencucian kolam imbangan.
"Ini adalah kerja-kerja penyelenggaraan biasa, sebab itu kita telah keluarkan notis lebih awal bagi membolehkan orang ramai bersiap sedia.
"Kita menjangkakan sebanyak 139,000 akaun akan terjejas dengan gangguan bekalan ini," katanya ketika dihubungi semalam.

NOTE : Naseb baik kawasan Puchong tak terjejas.... worst case mandi kat bilik mandi Multi Purpose hall kat office ler.. uhuhuhu
Assalamualaikum....

Semalam dapat bungkusan dari Mak Long.
Buah delima dari Mekah..!
Masa diaorang balik Umrah hari tu ada satu luggage
diaorang yg di tahan dan di hantar dengan kargo berasingan...
Diaorang pun tak paham kenapa kena tahan...
padahal isinya just buah kurma dan delima.. uhuhuhu

Anyway setelah dapat bungkusan tu Mak Long dengan gigihnya
poskan kat kami... adik beradik aku ada 2 orang yang tengah berbadan dua ni.
Aku dan adik aku uhuhuhuhu.


Masa diaorang balik tu ada gak bawak buah delima.. tapi lain 
kualitinya. Yang ini Emak kata sekilo (dalam 3 buiji) RM20 riyal uhuhuuh.
Nasib baik walaupun dah kena tahan seminggu, campur pos laju beberapa hari
dapat kat aku masih elok dan merah isinya. 
Alhamdulilllah.. dapat jugak rasa.. terima kasih banyak2 semuaa.. muah muahh!



Dan bila ku kaji-kaji, rupanya banyak betul khasiat buah delima ni. tapi kat Mesia ni susah sket nak dapat kan. Masa pregnant dulu-dulu ada orang kata makan buah delima time ngandung nanti dapat anak cantik.. entah iye entah tidakk..Maklumlah pepatah mengatakan, bibir merah bak delima merekah! Ahahaha
Tu pun masa mengandungkan Dania dapat lah sebiji buah delima makan ramai2
dengan ibu mengandung kat pantry ofiss.. semua makan macam nak lepas mengidam ha ha.

Rupanya bila check antara khasiat buah delima untuk ibu mengandung adalah kandungan asid folik (penting untuk pertumbuhan saraf bayi) dan zat besi (utk pembentukan darah). Bagus ni.. meh aku share kan kat sini ya. Antara lainnya menyebut :


Dalam kajian Pediatrics mendapati bahawa minum jus delima selama kehamilan dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus buah delima juga boleh membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun yang lalu, doktor mengesahkan bahawa asid folik tidak cukup (folat) boleh menyebabkan kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.

Itulah sebabnya American Medical Association mengesyorkan bahawa semua wanita hamil untuk mengambil suplemen asid folik setiap hari. Jus buah delima membekalkan asid folik yang tinggi. Selain itu, jus delima yang baik mengandungi potassium yang dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil pada malam hari.

Okeh kalau nak tau lebih lanjut khasiat buah delima boleh layari :
Khasiat Buah Delima (1) 


Khasiat Buah Delima (2) 
Assalamualaikum...
Wah terkezut gak dengar berita semalam yang mengatakan golongan adam di Pahang
menghadapi saingan untuk mendapatkan pasangan dan pekerjaan..?
Saingan versus warga asing pulak tuh..! Owhh.. ni kes berat nih.. 

Nisbah wanita pun di katakan lebih rendahh di Pahang. Bagus juga macam tu,
harapnya kurang lah wanita yang jadi mangsa polilgami di sebabkan kekurangan
nisbah wanita tu sendiri ;P



Apapun ikuti ulasan lanjut dari Utusan Malaysia :

Lelaki Pahang hadapi saingan cari pasangan pekerjaan

KUANTAN 20 Jun - Golongan lelaki di Pahang kini berhadapan saingan dengan warga asing untuk mendapatkan pekerjaan dan pasangan hidup berdasarkan penemuan awal banci penduduk dan perumahan Malaysia yang terbaru.
Dalam banci yang dilakukan pada tahun lepas itu, nisbah lelaki tempatan berbanding lelaki warga asing di Pahang adalah 13:1 iaitu bagi setiap 13 lelaki tempatan terdapat seorang lelaki warga asing.

Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman berkata, bilangan warga asing memberi implikasi daripada segi persaingan lelaki di Pahang untuk mendapatkan pasangan mahupun pekerjaan sekali gus memberi kesan terhadap institusi kekeluargaan.

Katanya, ia ditambah pula dengan bilangan lelaki dalam umur perkahwinan iaitu 20 hingga 34 tahun di negeri itu ialah 198,600 orang berbanding 188,900 wanita.

"Bancian yang dijalankan tahun lepas juga menunjukkan lelaki di Pahang melebihi wanita pada nisbah 113:100 iaitu satu angka yang melebihi paras nasional pada 105:100. Berdasarkan bilangan sebenar, terdapat 759,587 orang lelaki dan 683,778 wanita di Pahang," katanya selepas menyampaikan taklimat Dasar Keluarga Negara dan Pelan Tindakan Dasar Keluarga Negara di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Mohammad Safian Ismail.
Menurut Aminah, sekiranya nisbah bilangan jantina tidak seimbang, ia boleh menimbulkan masalah kekurangan bilangan penduduk antara jantina dalam kumpulan umur perkahwinan tertentu untuk dijadikan pasangan hidup.
"Senario ini mungkin berlaku selepas penghijrahan keluar wanita muda dari negeri ini dan ia menyebabkan golongan lelaki terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan pasangan dan boleh menyumbang kepada isu kahwin lewat," katanya.
Beliau berharap Dasar Keluarga Negara dapat membantu kerajaan negeri mengambil kira perspektif keluarga dalam setiap perancangan dan pembangunan negeri.

"Perkara itu termasuk mengkaji semula dasar dan peraturan yang tidak mesra keluarga di tempat kerja di samping memberi khidmat sokongan keluarga yang lebih komprehensif bagi membantu golongan produktif itu membina kehidupan lebih stabil," ujarnya.