Assalamualaikum...
Dah hari Isnin... kejapnya la hujung minggu berlalu.
Korang kemana sempena hari Ibu semalam..?
Ahaaa.. aku pun tak kemana-mana.
Hari Sabtu tu dah keluar sehari suntuk.
Lunch kat rumah kawan Abang yg buat house warming.
Baliknya terus ke Nilai 3 cuci mata uhuhuhu.
Okeh.. promote dulu gambar tajuk entry :
Bot Enjin
Pernah tengok takk..? ahaa.. nanti aku citer.. ehhehehe
Anyway hari ni di mulakan dengan sarapan pagi..
Air tangan aku... nampaknya air tangan aku lebih di hargai dan didambakan
walaupun di hari yang berbahagia ni terhingin gak nak jadi
tetamu kedai kat luar uhuhuhu!
*Sebenarnya almost everyday sarap kat kedai sebelum masuk ofis..haihh!*
Menu Bihun Goreng Singapore @ Bihun Putih.
Laris gak ni.. tak dan tengahari dah licin! uhuhuhu
Danish dan Dania bangun je terus request nak mandi kolam..!
Nak mandi kolam kat luar tengah serik gak ni lepas diaorang
masuk wad hari tu uhuhuhu. So berendam kat rumah je lah....
Kitaorang pun breakfast kat luar sambil perati derang main air.
Sambil berendam sambil sarapann..
Wah wah wahh.. bahagianya hidup...!!
Keluar masuk kolam 2 beradik nihh
Riang ria 2 beradik...
Lepas siap breakfast aku dengar Abang start menggergaji kat tepi rumah.
Aik menukang apa pulak pepagi ni kann...
Eleh.. lari plakk.. malu konon hehe.
*sila abaikan semak samun tepi rumah. Pokok pisang tu pun
seb baik Mak & Abah Abang tolong tanam.. kalau harapkan aku
nak mantain pokok dalam pasu pun belum tentu hidup! he he*
Setelah mengodeh dan menjalan kan beberapa sessi uji kaji..
ni lah hasilnya..!
Tengok-tengok tu dia...! 'Bot enjin'!
Sebatang kayu lebar di apit dengan paip PVC yg dah belah dua
lepas tu di ikat dengan getah. Pas tu ada satu lagi bahagian 'kipas'
nya utk di pintal dengan getah belakang sebagai kipas penolak bot!
Woww..!! Kreatif nyerr..! kagum gak aku tengok.
Aku " Papa belajar mana buat ni?"
Papa "Mainan masa kecik2 dulu la"
Aku "Ye kerrr...?? tak tau pun ?"
Papa "Memang la.. teknologi ni sampai ke Pahang je..."
Cesssssssssss..! LOL
Test power bot masing-masing
Ni hasil sebenarnya... haaa.. kalau kipas belakang tu dah di pulas2
bila lepaskan bot tu agak tertolak ke depan.
Danish la paling excited..! Wowww ! Wo ho!!!
Komen Danish " Papa tersangat excellent!!" hehe
Siap main langar-langar lagii.. uhuhu.
Bagus ni.. nak buat pun senang je sebenarnya.
Korang pernah ke main benda alah ni kecik2..?
aku memang tak pernah jumpa lah.. agak2 nyer
boys je kot main uhuhuhu. Danish pun sibuk ajak kawan2nyer
datang main bot ni kat umah.
Lunch masak cam biasa. Abang pulak kena gi ofis hantar
visitor ke KLIA. Tak aci betull.. isk isk isk
Petang nyer baru Abang ajak pekena Mee Hoon Sup Utara
kat satu gerai tepi 'tasik' @bekas lombong kat taman PP ni.
Permandangan waktu petang...
Dania "Hmmpp.. Yummmyyy!"
Dania pun habis sepiring
Me & Hubby. Terima kasih Abang..
Rajin2 la ajak gi sini yekk... sempoi tapi BEST..! Sukerrr aaaa...!
Suasana gerai dari jauh
Antara yang datang memancing..
Suka gak datang sini.. dekat pun ngan rumah.
Yang best suasananya santai.
Ada 2 menu, Bihun Sup Utara & Laksa Penang.
Sedap boleh tahan..!
Yang nak try gi sini, leh cari Pusat Pameran SSL kat dalam
Taman PP tu. Sebelum sampai SSL tu lalu gerai ni.
Petang-petang baru ada tau. Tak silap hari Isnin tutup huhu.
NOTE: Entry ni autopublish kul 8:00 pagi tadi.
Sedang aku dalam perjalanan gi ofis tetiba dapat SMS,
"Pokok pisang tu abg yg tanam. Sampainya hati mu...."
Waakakakakaka...!! Tergelak aku sorang-sorang dalam kereta.
Eh yer ker Abang tanam..? tak perasan pun eekekekeke.
Baru teringat memang betul anak pisang tu bawak balik dari
kampung. Kat sini Abang yang tanam.. siap bagi sket
anak pisang kat rumah Along.. ngeh ngeh ngeh..!
Dah buat correction ya Abangg.. ampunkanlah dinda..
silap info plak. Kalau tak betulkan ni kang takut tak de
can dapat makan mee hun sup utara tepi tasik @lombong ni lagi nih.. eheheheh