Alhamdulillah..
Hidup lebih teratur sekarang. Syukur kepada yang Esa kerana di beri 
kenikmatan untuk menikmati kehidupan sekarang.

Assembly sebelum masuk kelas.
Nyanyi lagu sekolah. 

Walaupun tanpa Bibik, pagi masih sempat menyediakan 'sarapan ekspress' Danish.
Selesai sarapan sempat hantar Danish ke skool. Kadang2 boleh stay tengok
aktivity Danish during assembly sebelum masuk kelas. 
Kadang-kadang sempat berbual dengan guru-guru Danish atau parent lain 
yang menghantar anak mereka ke skool jugak. Kadang2 boleh bawak Dania sekali 
hantar Abangnya ke skool.

Danish practise baca Ikrar Sukan untuk Hari Sukan Krista.
Cikgu kata ~ Danish badan kecik tapi suara BESAR! he he

Assembly kira-kira 10 minit. Nyanyi lagu Krista, spelling days of week,
and words from few other flash cards.

Dan kalau hantar Danish terus balik pun masih sempat singgah 
bersarapan di kedai kalau mahu.. dan itu pun masih sempat 
sampai ke Ofis mengikut waktu yang di tetap kan. Alhamdulillahh..
jiwa begitu tenangg sekarangg.. tak perlu nak berebut2.
Pergi balik kerja jauh dari kesesakan.
Smart tag pun tak perlu nak di Top up dahh untuk kegunaan sehari-hari..!

Lagi-lagi musim-musim hujan macam ni..
Kalau dulu memang 'bercinta' nak pergi/balik kerja time2 hujan ni..
terbayang kesesakan di sepanjang LDP, Hicom - Proton..urgghhhh....!
Dah tau dah.. kalau hujan mula menyimbah bumi, boleh sampai
2 jam pegang strereng.. kena pulak  balik kerja especially hari jumaat
memang kadang boleh tersengguk2 gak sambil drive...! uhuhuhu.

Apapun semuanya dah berlalu..
Sesungguhnya aku benar-benar bersyukur atas anugerah
& nikmat Mu ini Ya Allah...!!

Assalamualaikum....

Ahaa.. kepada ibu2 yang dah mula rajin nak buatkan bekal utk
anak2 ke sekolah boleh la tambah menu@ aksesori cam kat bawah nih..
kreastif, comel, menarik & sihat!

Kiriman E-mail : Aleyn
 Assalamualaikum..
Masih ingat lagi tragedi malang kematian 2 orang pelajar kolej perubatan yang
 di hempap kereta yang tersasar masuk dari parking lot melalui lubang angin 
ketika berada di eskalator KB Mall tahun 2009 dulu..? 
Pemilik kenderaan telah di bicarakan dan di jatuhkan hukuman.
setahun penjara di sebabkan kecuaian...
Al-fatihah kepada mangsa


Berita lanjut : Malaysia Kini
Seorang penjaga burung layang-layang dijatuhi hukuman penjara setahun kerana cuai sehingga menyebabkan kematian dua penuntut kolej kejururawatan selepas keretanya menjunam di Kompleks Membeli belah KB Mall pada 2009. 

NONEMasjistret Norhaslinda Che Seman menjatuhi hukuman itu setelah Mohd Sabri Jusoh, 29, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan disabitkan bersalah.

Dia dituduh menyebabkan kematian dengan cuai terhadap Siti Amira Shamsudin, 19, dan Siti Nur Dianah Azman, 23, di kawasan Kompleks Membeli Belah KB Mall, pada 5.10 petang, 6 Disember 2009.

Mohd Sabri didakwa mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Media sebelum ini melaporkan, dua penuntut kejururawatan Kolej Masterskill Kota Bharu meninggal dunia, manakala seorang rakan mereka cedera parah ditimpa kereta Ford Laser yang terjunam dan menimpa mangsa dari tempat letak kereta di tingkat tiga KB Mall itu selepas merempuh dinding lubang angin di situ.

Siti Amira, dari Gua Musang, mati di tempat kejadian manakala rakannya, Siti Nur Dianah, dari Wakaf Bharu, Tumpat, meninggal dunia ketika dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII). 

Rakan kolej mereka, Rashidah Ahmad Lotfi, 24, dari Jerteh, Terengganu dan pemandu kereta, Nor Ain Said, 19, yang cedera parah pada kepala, telah dirawat di hospital yang sama. 

- Bernama