Assalamualaikum....

Ahaaaa.. semalam ada buat entry Lucky Draw. Senang jee nak join..
korang dah join belum..? Yang belum leh KLIK sini okehh!!


Anyway nak udpate aktivity weekend lepas. Pergi ke Taman Tasik Cyberjaya. Baru aku tau ada taman rekreasi siap ngan playground ngan budak2 kat sini. Kalau tak kitaorang rajin pergi ke 
Taman Rekreasi Bukit Jalil nuu....!!!!


Danish yang terlebih excited

Bulan lepas bawak ex-ofis mate yg duk setaman dia kata ada taman rekreasi bertasik gak kat sini.. tu yang terus kitaorang terjah tuh. Anyway ni 2nd time datang. Tengahari tu Dania memang dah merengek2 ajak gi jalan. petang tu lepas asar kitaorg dah ready dah nak kuar rumah. 1st pergi tu dah lewatt tak puas diaorang main so kali ni pergi awal skett huhu. Kali ni pergi bawak beskal diaorang.


TAPI..!! Sebaik keluar, tak sempat lagi keluar taman tengok hujan rintik-rintik sudah..!!! Tak lama tu makin lebatt..!!ohohohoho.. sian tengok Dania pun ikut mendung cam awan. Tapi perjalanan di teruskan.. sampai TTC tunggu jap gerimis still tak berenti.. last-last Abang ajak gi kedai Mamak ..! HA HA



Apa tah Papa cakap kat Danish


Tengah tunggu order sampai.. teh tarik satuuu..!!


Danish.. kalau bab makan memang sengehhh laaaa...!


Danish makan roti telur sorang licinn!!


Aku & Abang share makan Nan Cheese 

So melepak la kat kedai mamak sambil tunggu hujan berenti. Nak balik tak mungkin la
sebab budak2 pun dah excited angkut basikal masuk keta huhu. So selepas pekena teh tarik & roti nan... hujan pun reda... nasib baik. Terus la kitaorang pergi balik TTC. 
Kali ni diaorg excited berbasikal pulak.



Dania peaceee...!!!
Ahaaaa.. seb baik hujan reda. Ada rezeki diaorang nak main kat taman hari ni.



Tak ramai sangat orang hari ni sebab hujan.. kalau tak kat belakang tu 
pun ada seat utk piknik



Nampak tak jambatan tu..? orang2 duk berkumpul kasi makan ikan


Kat side kiri plak ada playground yang besarr.. memang puas la budak-budak ni main!


Aku & Abang..? main badminton kat tepi.. 
sape menang..? mesti la aku...!!! He he he.. *dalam mimpi laaa*


Ni area untuk kids < 4 years. Rendah sket. Risau aku tengok Danish sibuk main beskal kat area tu.


Dania main taman

Mamanya pun nak interframe he he he


Jap lagi.... ada plak orang jual eskremmm.... aisehmennnn. Dah la baru lepas hujan sejuk2 ni..


Dania kalau dah dapat eskremm.. tak ingat benda lain dahhh


Aku beli 2, Danish & Dania.. bagi RM5 dia pulang RM4.
Aku tanya balik.. eh betul ke baki ni..? Betul kak katanya,
Berapa satu? 50 sen..! terkejut aku.. ada lagi eskrem 50 senn...huhu.
tapi penjual tu rasanya Indon kot.


Penyudahnya bukan main tamann.. riadah makan ! Tadi kedai mamak, ni eskrem plak! isk isk


Hari pun dah makin gelapp.. ajak budak2 balik.. otw tu ada tempat excersice plak


Masing-masing cuba skill masing-masing


Yah Danish yok yok o jugakk ha ha



OK .. dah petanggg jom balikkk.. BEST jugak tempat ni..
dekat je pun dengna rumah. Lain kali boleh datang lagii..!!

Salam..

Wah diam -diam rupanya siap sudah Masjid Al-Khalidiah yang di bina di bawah Yayasan Nur Jiwa 
milik Dato' Siti & Datul K..! Alhamdulillah.. tumpang gembira.
Baru tengahari tadi tengok Rancangan Temu bual  'Siti' kat Astro Ria
dengan Tun Mahathir sebagai antara tetamu undangan.

Ingat, pesanan Tun untuk awet muda di usia 85 tahun, JANGAN MEROKOK..!
Jangan minum arakk..! Dan buat apapun buat lah secara sederhana.. dari segi makan, bersukan 
dan sebagainya.. 

Okeh lari topik pulak. Anyway Masjid Al-Khalidiah di di bina di Kedah dan 
di rasmikan oleh Sultan Kedah, DYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Shah.
Opss.. teringat pulak majlis yang pernah aku hadiri, 
naungan YTM Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz, Puteri Sultan kedah.
Pada waktu tu mahlis turut di hadiri oleh 
Dato Siti & Datuk K , TUN Mahathir serta turut mencemar duli 
DYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Shah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman.
Semua nama-nama dalam entry ni ada pada majlis tu..
diaorang ni memang macam ada chemistry gituu..! huhuhu

Okeh ikuti berita lanjut di mystar
Gambar dari twitter Dato' Siti




 Apapun.. tercapai dah Impian Dato Siti membina masjid.. semoga lepas ni di murahkan rezeki pula untuk menimang cahaya mata..! Aminnnnn...! 
Salamm..

Dalam pada kesusah payahan menghadapi banjir ada jugak rezeki 
yang di limpahkan kepada mangsanya...
Udang Galah gred A RM50/kg...!! Senang-senang je bleh dapat, dalam kebun getah pulak tu!
Kelakar pun ada.. jeles pun ada.. kalau aku tau aku pun gi gak tangkap udang kat situu!! He he


Ehhh copp..! Lupa pulakk.. hari Ahad lepas masa aku balik kampung. Abang Nuar cam biasa la mesti gi mancingg.. kali ni gi mancing Udang kat Sg Kota.. balik dapat gak le udang galah cam dalam gambar tuhhh.
Gred berapa tak tau laa.. kakak ipar aku buat goreng kunyitt je tapi memang besttt!
Kejap je licin!! ha ha


Ni la rupanya hasil udang tangkapan Abang aku... he he he

Baca article penuh. Sumber Utusan Malaysia


MUAR 15 Feb. - Setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya.Begitu juga dengan kejadian banjir besar yang melanda beberapa daerah di negeri ini.

Dalam kesibukan penduduk membersihkan rumah dan premis mereka yang ditenggelami air banjir, kini orang ramai di Muar, Ledang dan Segamat diberi 'rahmat' dan memberi 'hasil lumayan' apabila kebun kelapa sawit dan getah yang ditenggelami air menjadi 'kolam' udang galah.

Udang galah itu dipercayai dibawa arus deras semasa banjir melanda kawasan berkenaan dan kini 'terperangkap' di kebun kelapa sawit dan getah yang masih ditenggelami air.

Sejak dua hari lalu, air di kawasan kebun kelapa sawit dan getah yang mula surut menjadi tumpuan penduduk kampung yang menggunakan jaring dan pancing bagi menangkap undang galah berkenaan untuk hidangan keluarga, malah ada yang menjualnya dengan harga kira-kira RM50 sekilogram.

Menurut Ketua Kampung Durian Chondong, Anuar Hamdan, kawasan kebun kelapa sawit dan getah di sekitar Kundang Hulu serta Bukit Kepong ibarat seperti pesta setiap petang apabila orang ramai menangkap udang galah.
"Ada yang menggunakan serampang dan ada juga menggunakan jaring. Walaupun tidakdapat menoreh, kawasan yang dilanda banjir ini rupanya masih beri hasil," katanya kepadaUtusan Malaysia.
Menurutnya, situasi serupa pernah berlaku semasa banjir besar pada 2006 dan 2007 apabila kawasan itu menjadi tumpuan penduduk untuk menangkap udang galah.

"Kalau kita memancing di sungai pun, dalam sehari pun belum tentu boleh dapat tiga kilogram tetapi disebabkan kesan banjir ini, ada seorang kawan saya boleh dapat sehingga 10 kilogram," katanya.
Seorang pengusaha restoran yang juga peraih, Asiah Ismail, 45, memberitahu, saiz udang galah yang ditangkap penduduk itu adalah gred A yang harganya RM50 sekilogram atau lebih.

"Bukan sahaja orang kampung, orang luar dari Melaka dan Gemas, Negeri Sembilan pun tidak ketinggalan untuk menangkap udang galah di kawasan kebun dan keadaan memang macam pesta," katanya.
Katanya, sekilogram tangkapan tersebut boleh merangkumi kira-kira lima atau enam ekor udang galah

NOTE: Teringat kisah sorang ex-ofis mate. Belakang rumah sungaii.. 
setakat udang galah ni memang buh dalam Maggi jee....!!!  Memang TAK PATUT..! Isk isk iskk