Salam..
Akhirnya berbaloi segala tunjuk perasaan yang di lakukan oleh Rakyat Mesir.. sehingga kerajaan kita dan pihak-pihak yang terlibat pun sibuk berhempas pulas tak tidur malam katanya menguruskan penghantaran ribuan pelajar & rakyat negara kita kembali ke tanah air.
AKHIRNYA Hosni Mubarak pun meletakkan jawatan setelah jutaan rakyatnya melaksanakan
tunjuk perasaan dan mogok pada pemerintah.
Moralnya jadi lah pemerintah yang di segani.. bukan yang di benci..
Rakyat pun ada kuasa pada pemerintah..
So lepas ni kita tengok & lihat pula masa depan Mesir.. sejarah telah pun terlakarr..
adakah pemerintah baru akan mampu memberikan seperti apa yang di harapkan oleh rakyatt..?
Apapun aku setuju ngan kata-kata Presiden Iran,
"Bersihkan pemerintahan dari pengaruh US & Israel..!"
Pengumuman beliau meletakkan jawatan diumumkan oleh Naib Presiden, Omar Suleiman menerusi televisyen semalam.
"Dalam situasi yang sukar ini, Presiden Hosni Mubarak memutuskan untuk meninggalkan kedudukannya sebagai presiden," kata Omar.
Omar turut mengumumkan bahawa satu majlis ketenteraan akan mengendalikan hal ehwal negara tersebut.
Hosni telah memerintah Mesir hampir 30 tahun. Sebelum ini, stesen televisyen Al-Arabiya semalam melaporkan Hosni Mubarak, 82, dan semua ahli keluarganya telah meninggalkan Istana Presiden di sini ketika beliau masih memegang jawatan sebagai Presiden.
Hosni dan keluarganya itu menuju ke pusat peranginan Sharm el-Sheikh di Laut Merah.
Menurut saksi-saksi, sekurang-kurangnya dua buah helikopter dilihat berlepas dari istana tersebut.
Stesen televisyen Al-Arabiya mengesahkan ketibaan keluarga tersebut di Sharm el-Sheikh.
Berita itu timbul ketika penunjuk perasaan bergerak ke istana tersebut yang terletak di kawasan pinggir bandar Kaherah, Heliopolis.
Pergerakan penunjuk perasaan itu dibuat pertama kali sejak tunjuk perasaan berlangsung pada 25 Januari lalu.
Penunjuk perasaan berkumpul di tepi kawat duri yang mengelilingi istana.
Penunjuk perasaan bersorak sebaik sahaja mengetahui Hosni Mubarak meletak jawatan sebagai Presiden Mesir di Kaherah semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
Sementara itu, kereta-kereta kebal dan tentera elit yang bertanggungjawab ke atas keselamatan presiden berkawal di sekeliling istana.
"Tentera Penjaga Republik mengawal Istana Presiden," jelas satu sumber pasukan bersenjata.
Hosni sering menghabiskan masa di Sharm el-Sheikh yang merupakan destinasi pelancongan terkenal di Laut Merah dan bertemu dengan tetamu-tetamunya di sana.
Kelmarin, para penunjuk perasaan di Dataran Tahrir kecewa dan marah terhadap Hosni kerana beliau masih enggan meletakkan jawatan.
- Agensi