Salam..
dapat foward E-mail dari Aleyn,
so sape2 yg nak makan Kenny Rogers FREE - buy 1 FREE 1 silalah
pakai baju kaler MERAH 12hb January (Rabu) depan yerr...!



Kesalahan penyanyi disifatkan serius . sumber : Berita Harian

BANDUNG: Pegawai pendakwa perbicaraan vokalis kumpulan Peterpan Nazriel ‘Ariel’ Irham, meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan denda 250 juta rupiah (RM85,255) dalam kes skandal video lucah penyanyi itu semalam.

Pegawai pendakwa berkenaan, Rusmanto ketika ditemui wartawan selepas perbicaraan tertutup di Mahkamah Daerah Bandung berkata, permintaan dibuat di bawah fasal 29 Undang-Undang Pemindahan dan Transaksi Elektronik Nombor 4 2008, dan fasal 56 ke-2, Kitab Undang-Undang Hukum Pidana (KUHP) atau Kanun Acara Jenayah. “Kami juga meminta dia dikenakan tambahan hukuman penjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda,” katanya. Dakwaan dikenakan membabitkan pita video seks yang didakwa dilakonkan penyanyi itu bersama aktres Cut Tari dan Luna Maya.

Rusmanto berkata perbuatan Ariel dianggap sebagai penyebab keresahan masyarakat dan satu isu negara.
“Video perbuatan tidak bermoral itu tersebar melalui internet sehingga boleh ditonton oleh masyarakat dan lebih buruk lagi, Ariel terbukti sebagai pelaku video lucah itu,” katanya.

Ariel berdepan hukuman 12 tahun penjara dan denda 6 bilion rupiah (RM2.95 juta) jika sabit kesalahan. Ariel ketika ditemui wartawan berkata dia akan mempertahankan diri dan menghadapi tuntutan hukuman penjara.

“Saya sudah bersedia kerana itulah satu-satunya pilihan saya. Saya tidak mahu ia ditangguhkan lagi,” katanya ketika menunggu untuk masuk ke kamar mahkamah.

Permintaan pegawai pendakwa itu nampaknya tidak seperti apa yang diingini Ariel, kerana dia dikatakan berharap diberi keringanan.

“Saya berharap mendapat tuntutan paling ringan,” katanya.

Peguam Ariel, OC Kaligis pula berkata berdasarkan perbicaraan yang sudah berjalan selama dua bulan, tidak ada fakta yang membebankan Ariel.

“Kami sudah bersiap sedia untuk pembelaan kerana fakta persidangan dan bahan bukti sudah jelas,” katanya.

Di luar mahkamah beratus-ratus orang mengadakan tunjuk perasaan membantah perbuatan Ariel, termasuk anggota Barisan Pertahanan islam (FPI), Pergerakan Rakyat Bagi Menggantung Penzina (Gergaji) dan Pakatan Rakyat Menentang pornografi (Ampibi).

Bagaimanapun, kekasih Ariel, Luna Maya, tidak kelihatan pada perbicaraan itu seperti sebelum ini. – Agensi

NOTE : Bagaimanapun blog beautiful nara mengatakan Airel sudah pun di jatuhkan hukuman semalam
salam...


Cuaca hari ni sejukkk.... mana taknya.. pagi tadi hujan lebat....!
Rasa yang nak ngantor anak gi sekolah pun haru biru..!


Aku pun HARU BIRU gak hari nih..! Gi kerja nak dekat 3 jam baru sampai ofis wehhh!!! Tak kematu...?! Perrghhhh.. perjalanan 3 jam ni sama macam nak balik kampung En. Hubby..! Aduhaiii camni ke gaya kerja kat Damansara nih... jammed gillerrrrrrrrr...!!

Aku keluar pagi kul 7 hantar Dania gi umah baby sitter. Sempat balik jap amek HP terus gerak. Konon-konon takut LDP jammed *sure punyelah!*
 ikut le Elite Highway - > NKVE keluar TOL Damansara.

Yang paling besttt.. bila nak keluar susur TOL Damansara je dah jammedddddddddd... uwaaaaaaaaaAAAaaaAAAaa..! Sia-sia aku bayar tol mahall... Dah la memang bawak slow je dek hujan... jammed plak kat TOL nih. Adehhhh.. aku rasa dekat TOL DAMANSARA je 1 JAM lebihh...!!! Tak gerak-gerak wehhhh..... Aku rasa nak sampai ke balai TOL yang 200m tu pun dah nak sejammm..! adoiii.. parahh betulll. Kat Radio berapa kali announce jalan-jalan yang sesak dek gara-gara hujan lebat pagi tadi huhu. Dalam hati " ye ye.. aku ade kat situu.. kat jalan2 yg di sebutkan tuh!! " sadis!


Lalu kat lorong Smart TAG tu pun sempat statik jap kat bawah scanner SmartTAG. Punya la statik.. sampai aku pun sempat le snap gambar scanner STag tu huhu. Bukan senang nak amek gambar kat sini hi hihi. Pas tu bising ST aku teet tottt teettttt tottttttt sebab scanner duk bace...suspen aku.. kang sedar2 habis lak credit TNG aku kangg huhu... sempat undur balik lagi.. mesti org belakang cuakk ingat ST problem plak.. dah la jammed2 nih.. ngeh ngeh ngehh..!

Dalam pada tu aku sempat call office lama aku.. sempat buat panggilan sana sini duk melayan jammed tuh.. aduhaiiii.... Sempat lagi tengok TV dalam keter hujan-hujan ni.. seb baik la ada gak area yg clear dengan cuaca yang cam ni huhu..
                                                         nampak sangat tak de kerja

         TV3 ade kartun..



TV9 ada dranm Indon plak.. layan je lahhh..

Semalam balik kerja pun hujan... keluar pukul 6 pun kul 8 lebih baru sampai rumahh..! uhukkk..!!!
Tu lom citer bab parking me-marking kat Damansara nihhh..
Mencabar minda, poket & fizikal betul kerja kat area2 Damansara nih..
hari-hari aku menghitung hari.. hari pindah ke Cyberjaya..
another 3 B D...!!

THREE BUSINESS DAY...!!

Uwaaaaaaaaaaaa.. cepat lah minggu depannnnnnnn.. tak sabar sangat dah nihh!! huhu