Salam..

Malam semalam Farewell Dinner dengan kawan-kawan satu department.
Makanan yang sedap.. tempat makan yang sangat bestt.. cuaca yang nyamannn yang sekali sekala di serikan dengan desiran 'hujan'.. hu hu hu

Malam tu aku balik dengan cenderahati dari ofismate. Sangat-sangat terharu dengan pemberian mereka...


Sejambak bunga Ros dari Azah, ofis mate, merangkap PA, merangkap member, merangkap mak andam.. macam-macam laaa dia nihh.. serba boleh. 10 tahun aku 'membesar' dengan dia kat Nitto ni... hu hu hu


Purse Charles & Keith. Cam tahu-tahu je purse aku dan hampir2 lunyaii.. hu hu hu. Terima kasih banyak-banyak sangatttt..!! Warna coklat yang sememangnya kaler kegemaran aku dulu kini dan selamanyaa..! hu hu


Kain Ela dari Gulatis... bunga kaler coklat lagii.. terharunya. Nanti aku buat baju buat gi kerja tempat baru yekkk...


Aksesori porch dari Dilla. Ma kasehhh daun keladi.. tak dan esok dah buh aksesory bawak balik kampung he he


Tak lupa greeting card. 

Sweet wishes dari ofis mate.. tqvm! sampai sudah aku tak paham tulisan tonggang terbalik campur jepun tuu... kan tak leh baca.. tak paham maksud HA HA HA!


Yang tak boleh 'blah'.. *bahse org2 muda zaman sekarangg isk isk isk* greeting ni. SQL script dari leader process group... si Firdaus. Kalau dah nama MIS ( Management Infomation System)... ucapan pun nak di programmingkann hu hu hu.

Anyway terima kasih sangat-sangat pada semua. Greeting card tu nanti ku simpan di ofis baru yekkk...
Geng-geng MIS memang sokmo best-bestt & tak kan ku lupakan dari kamus hidup..! Printedd...!!
Salam..

Dah 5 malam continuous Dinner dari minggu lepas
Jumaat ~ Farewell Dinner : Vendor
Sabtu ~ Company Annual Dinner *last*
Isnin  ~ Farewell Dinner : Japanese Speaker
Selasa ~ Farewell Dinner : Department

Rabu ~ Charity Dinner : 
Yayasan Sultanah Bahiyah (Malam ni)


Tak sempat lagi aku nak update cerita ceriti di sebalik tiap-tiap satu event... Kalau bekesempatan InsyaAllah.

Nampak nya spare tyre aku bertambah lagi satu ni....makan tak renti renti hu hu hu

 Harga minyak naik lagi.. korang guna ke RON 97..? aku biasa guna RON 95 type je.. cuma pernah la sekali beli minyakk... line penuh bebb.. jap lagi apsal ada satu pumpt kosong.. aku pun gi la park.. isi minyak. Sekali tengok harga.. mak aii RM2.15 ++  seliter.. tengok sign board atas.. PRIMAX 97. Laaaa.. patut la pump ni kosong tadi.. isk isk sikk

sumber : Malaysia kini


Harga petrol RON97 akan dinaikkan 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter berkuatkuasa 1 Disember ini, mengikut sumber.

Pengumuman rasmi dijangka akan dibuat lewat hari ini. Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.