Salam..

Dah 5 malam continuous Dinner dari minggu lepas
Jumaat ~ Farewell Dinner : Vendor
Sabtu ~ Company Annual Dinner *last*
Isnin  ~ Farewell Dinner : Japanese Speaker
Selasa ~ Farewell Dinner : Department

Rabu ~ Charity Dinner : 
Yayasan Sultanah Bahiyah (Malam ni)


Tak sempat lagi aku nak update cerita ceriti di sebalik tiap-tiap satu event... Kalau bekesempatan InsyaAllah.

Nampak nya spare tyre aku bertambah lagi satu ni....makan tak renti renti hu hu hu

 Harga minyak naik lagi.. korang guna ke RON 97..? aku biasa guna RON 95 type je.. cuma pernah la sekali beli minyakk... line penuh bebb.. jap lagi apsal ada satu pumpt kosong.. aku pun gi la park.. isi minyak. Sekali tengok harga.. mak aii RM2.15 ++  seliter.. tengok sign board atas.. PRIMAX 97. Laaaa.. patut la pump ni kosong tadi.. isk isk sikk

sumber : Malaysia kini


Harga petrol RON97 akan dinaikkan 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter berkuatkuasa 1 Disember ini, mengikut sumber.

Pengumuman rasmi dijangka akan dibuat lewat hari ini. Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.
Salam...

Akhirnya... setelah hampir 10 tahun, aku mengakhiri jua perjalanan ku di Nitto Denko.
Hari pertama, 12.06.2001 ~ 30.11.2010.
Hari ini hari terakhir aku di sini kali ini.

Keputusan yang amat sukarr... 
Kenangan sepanjang hayat. Suka duka.. jatuh bangun aku disini.

Dan untuk kesekian kalinya, aku abadi kan gambar2 tempat kerja dalam blog aku ni buat kenang-kenangan hu hu hu.

Terima kasih Nitto Denko di atas segala jasa dan bakti...

Ya Allah... permudahkan lah segala urusan ku... Aminnn

Office aku terletak dalam bangunan ni






Credit : panoramio