Salam...
SPM dah start hari ni rupanya. Good Luck kepada semua calon-calon peperiksaan..!!
Aku ada gak kenangan SPM... Exam start hari Jumaat tak silap.
Pagi Paper BM I & BM II.
Petang Paper Sejarah. Boleh bila nak seat untuk Paper Sejarah tu tengok-tengok
IC aku tak dekk...????
Biar betik...!! tengah nak SPM ni wehhhh...!
Kalau korang camnerr..? ha ha. Puas la aku cari kat Toilet & Surau tempat2 yg aku singgah masa lunch tapi tak jumpa. Penyudahnya masa Exam Paper Sejarah dah start, tatkala pelajar lain dah mula menyelak kertas soalan dan menjawab soalan kat dewan peperiksaan, aku masih kat Bilik Guru mintak surat pengesahan pelajar. Seb baik la time tu aku leh gak bertenang dan control panic dan menganggap semuanya adalah dugaannn dan percaya setiap yang berlaku tu ada hikmah... *ayat control emosi diri* hu hu.
Esoknya pagi-pagi pihak asrama hantar pergi balai polis buat report.. moralnya sepanjang Exam tu aku pakai IC sementara, kertas kaler Biru. Sokmo la pegawai pemeriksa datang check IC aku yg 'lain macam' tuh.. ha ha. AKu sampai sekarang musykil camne IC tu leh cicir...
nak kata jatuh bawah meja dah tentula nampak dek deretan meja exam yg serba clear tu kan. Kekadang terasa cam IC aku terikut kat paper BM II yang jawab berhelai2 kertas kajang tuh. Sebab masa subjek BM II tu aku masih sibuk angkat tangan mintak kertas tambahan di saat2 akhir masa nak tamat. Memang agak panik nak habis menjawabb.. memang dugaan sungguh..!
Seb baik la dalam panik2 coverline tu paper BM & Sejarah on that day dapat gak score.
hu hu hu
*************************************************
Lebih Setengah Juta Pelajar Mula Duduki SPM Dan STPM
credit : mystar online
KUALA LUMPUR: Lebih setengah juta pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) hari ini.
Bagi SPM yang akan berakhir 20 Disember, seramai 467,970 calon menduduki peperiksaan berkenaan di 3,594 pusat peperiksaan, kata seorang jurucakap Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Seramai 53,504 calon pula menduduki STPM di 760 pusat peperiksaan di seluruh negara. Peperiksaan itu berakhir 16 Disember.
Majlis Peperiksaan Malaysia telah membuka bilik gerakan yang boleh dihubungi di talian 03- 61302666/61303606/61352035/61352390/61352316.
Bilik gerakan itu beroperasi dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang dari Isnin hingga Jumaat.-BERNAMA