Salam..
Sambungan testimoni Pak Li Kopitiam @ Ole Ole seksyen 18, Shah Alam.
Haaa.... ni antara Kopitiam yang aku rajin@suka gak pergi. Maklumla dekat ngan Ofis aku kat Shah Alam nuu....!


Ni menu diaaa... gambar Laksa Katong. Memang menu glamer dia gakk


Kedai dia ada 2 side. Open air & Aircond. Kat Balconi@Open Air tu ada Water Fountain decoration.. so kalau duduk kat side ni leh la dengar bunyi air mengalir gituu hu hu


Kitaorang duduk kat area open air kat balconinyer.


Ni kat area yg beraircond. Nampak tak ada tag 'Jalan-jalan Cari Makan' kat pintu masuk nya tu.. memang agak cozyy je tempatnya tuu.. kalau aku pergi sentiasa je ramai orangg.. hu hu


Penglipurlara tumpang interframe gakk.. si Dania tu buat terkejut apa plak tengok Mamanyaa..? 
Suker no berlakun..!


Ni air yang Papa Order.. pink tu air tembikai. Hijau tu Jus kedondon dengan asam boi..! Memang marvellouss..! Wajib cubaaa okehh!


Ni favourite menu aku.. Nasi Ayam Lemon. Memang bestt gilerrr...!! Danish cam biasa.. 24 jam nasi lemak! so order Nasi lemak rendang untuk Danish tapi tak terambik gambar plakk.

Menu-menu lain yang aku suka kat sini termasuklah Mee Udang diaaa! So kalau korang singgah sini make sure try dia punya Nasi Ayam Lemon @ Kantong Laksa @ Mee Udang okeh!

Nak tengok menu lain ?

Nak tahu lebih lanjut.. leh layari 


Salam...

Akhirnyaaa..akhirnyaaa.. AKHIRNYAAA...!! Setelah beberapa kali cubaan gagal... akhirnya Dania nak jugak sarung Dress BLACK & WHITE nih!!!!
Dress ni aku beli masa bulan posa hari tu untuk Raya.. tapi EVERYTIME bila tunjuk kat Dania suh pakai terus dia geleng tak nak dan terus cari baju lain..! Puas pujuk.. tak makan saman gakkk... siap nak nangis2 kalau suh pakai gak. 
Aku rasa berkali-kali cuba nak pakaikan tapi TETAP TAK BERJAYA...!!! Maklum le Dania ni agak fanatik PINK kalerr...Dan Dress tu akhirnya 
TAK JADI BAJU RAYA PUN!
Dah la beli tak berapa nak murahh... keciwaaa betulll akuuuu di buatnyaaa..hu huuuuuuu!
Nyaris2 dah nak "LELONG" gaun yg tak pernah di sarung dek Dania tu kat websiteee..!


Akhirnya minggu lepasss... nak keluar weekenddd.. tengok Dania turun tangga dah pakai dress tu..! ternganga aku.. Abang pandang aku ngan muka 'kerek' dengan sign 'tengok terror tak Papa pujuk Dania'
he he he. Tabikk aaa Papa...!!


Dania ni satu je perangai diaaa.. kalau Bab apa-apa yang dia dapat dia tak kan lupa Abang diaa..
Mesti dia akan request satu jugak untuk Abang Danish. Kalau belikan mainan dia dia akan request jugak mainan untuk Abang diaa.. kalau beli makanan untuk dia, dia akan request gak untuk Abang diaa.. hatta bila orang puji dia dia siap tanya.. 'Abang..?'... maksudnyaa Abang tak di puji jugak kerr..? haaa camtu sekali!


TAPI..!! Haaa... ada TAPINYA.. tapi KALAU Abang dia USIK barang diaaa.. siaplaa.. memang mau berkeriau dan berebut-rebut dibuatnyaa...!! Dania ni walaupun apa2 INGAT kat Abang TAPI jangan la barang-barang dia ABANG USIK..! Memang meraung satu rumah..!! Memang agak KEDEK skett! ha ha ha


 So moralnyaa.. selepas Papa pujuk kalau Dania tak nak pakai Dress tu Papa nak suruh Abang Danish pakai terus Dania berebut nak pakai..! HA HA HA..!!  Aku pun terpikir... errr aku tak de buat ke taktik ni masa Raya dulu..? heheheheh



So setelah Dania dapat pujian menggunung pakai Dress ni harap-harap dia nak le pakai lagii.. 
kalau tak tak berbaloi aku beliii pakai duit Papa hu hu hu

 Kasi can layan mainan








Singgah EMPIRE SHOPPING MALL kat SUBANG for the first timee.. saje ronda-rondaaa.. rupanya duduk belakang Parkson tu jeee..


Ada pulak la keretapi kat hiasan untuk Krismass... RM2 per ride / person...
Danish & Dania tak senang duduk dah tengok budak lain naik.. so kasi can la 2-2 naikk





Habis ronda-ronda Empiree.. pergi Shah Alam plakk.. Aku pun tak lama dah duk kat Shah Alamm..
Abang ajak pi Ole-Ole seksyen 18 lepak kat Kopitiam Pak Li.

Bersambunggg.....

sumber : Harian Metro

AMPANG: Penyanyi dan pelakon, Elyana selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihannya, Khairul Anuar Hussin, 35, dalam upacara akad nikah yang berlangsung meriah di Duchess Place, di sini, malam tadi.

Dengan sekali lafaz, pasangan berkenaan selamat diijabkabulkan oleh bapanya, Emrizal Shamsuddin pada jam 9.30 malam. Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 23, menerima mas kahwin RM80 dan hantaran RM22,000.

Dia kelihatan anggun mengenakan baju kurung moden biru Tiffany sedondon dengan pasangannya hasil sentuhan pereka tersohor, Hatta Dolmat.

Elyana juga menerima tujuh dulang hantaran antaranya tepak sirih, sebentuk cincin berlian, jam tangan, beg dan dompet, set haruman penjagaan badan dan coklat.

Pengantin perempuan turut membalas tujuh dulang hantaran termasuk jam tangan, sepatu, dompet, set haruman dan buah-buahan.

Pasangan berkenaan mengikat tali pertunangan pada 11 Julai 2009.

Majlis persandingan pasangan itu berlangsung di Duchess Place malam ini dan majlis di rumah pengantin lelaki akan diadakan di Mentakab, Pahang, minggu depan.

Elyana, popular dengan lagu Tak Tercapai Akalmu serta Kalis Rindu selain berlakon dalam filem seram, Seriau serta Gong dan komedi remaja, Dunia Baru.