Salam...

Ni satu lagi kisah pelik kat dunia... budak-budak sekarang makin advance... 
5 tahun dah pandai bercinta...!

Anyway.. pasangan bercinta terlalu muda macam kat bawah ni agak-agak berapa 
tahun bleh bertahan..? Aku rasa si gadis cilik 3 tahun tu belum gi sekolah tadika pun lagi.. 
nak kata matang jauh sekali!!  isk isk isk

sumber : HMetro



HALA melihat cincin di jarinya yang disarungkan Khalid.
DUBAI: Dua kanak-kanak Syria yang berusia tiga dan lima tahun mungkin menjadi
pasangan termuda di dunia yang ditunangkan atas persetujuan masing-masing.
Ibu bapa Hala, 3, dan tunangnya Khalid, 5, mendakwa kanak-kanak terbabit bersetuju
untuk dijodohkan.
Kisah mereka disiarkan laman web tempatan Syria, Akes Alser dan menjadi perbualan rakyat.
Kedua-dua keluarga kanak-kanak itu yang menetap di Homs, kira-kira 180 kilometer di utara
 Damsyik turut menerima ucapan tahniah daripada orang ramai.

Bapa Khalid, Juma memberitahu Gulf News, anaknya itu waris tunggal daripada
perkahwinannya sejak lebih 25 tahun lalu.
“Saya dan isteri mendapat Khalid selepas 20 tahun berkahwin melalui kehamilan yang rumit.
Sekiranya dia anak lelaki, saya berjanji akan mengikat tali pertunangan untuknya ketika
dia berusia lima tahun dan akan mengahwinkannya dengan perempuan pilihannya pada
usianya mencecah 15 tahun,” kata Juma.

“Hari berlalu hinggalah Khalid terpikat dengan seorang kanak-kanak perempuan
berusia tiga tahun yang ditemuinya ketika lawatan keluarga ke bandar pinggir laut
di Lattakia,” tambah Juma. Menurut Juma, perkahwinan kedua-duanya mungkin akan
menjejaskan persekolahan mereka.
"Saya akan menanggung perbelanjaan pendidikan mereka hingga ke peringkat
universiti,” tutur Juma.

Khalid dikatakan merindui kekasihnya itu selepas pulang semula ke Homs.
Dia juga enggan pergi ke kelas bimbingan kanak-kanak sekiranya Hala tidak pergi
bersamanya. "Khalid memberitahu saya dan ibunya dia mahu tinggal bersama Hala atau
membawa gadis cilik itu ke rumah mereka di Homs. Bakal pengantin perempuan itu
nampaknya memang sangat luhur,” kata Juma.

“Kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan hinggalah isteri saya menelefon ibu Hala dan
meminta pandangannya. Ibu Hala berkata, anaknya juga mengalami tanda-tanda kesepian
dan mereka amat gembira jika anak mereka ditunangkan.”
“Detik itu saya teringat janji yang saya buat sebelum Khalid lahir dan memutuskan untuk
membeli cincin untuk mereka. Kami pergi semula ke Lattakia dan meraikan pertunangan
anak kami,” kata Juma lagi. - Agensi
Salam..

Hari ni balik kerja dapat parcel dari MAXIS !
PANTAS gillerr...! Baru kelmarin Maxis CS call aku tanya nak tambah supplementary line ke tak.
Aku plak since adik aku baru belikan HP baru untuk Abah.. cuma pakai ON OFF ON OFF je sebab everytime nak pakai kena reload prepaid and so on. 

So kebetulan plak MAXIS call offer add on Supplementary line cuma RM 10 monthly 
terus la aku OK jek.
Kiranya monthly fixed charge minimum RM 10 so kalau lebih bayar la lebih gitu.
Kelmarin Maxis CS called, semalam aku confirm, hari ni dah sampai..!! 
Memang EXPRESS betul nihh!!

  
Sebenarnya bawah nama aku pun dah ada 2 supplementary. Abang & Emak. Bill Emak memang aku bayarkan bulan-bulan. Min charge RM 30 tu pun Emak selalu tak habis pakai pun. So lepas ni masuk satu bill lagi untuk aku bayarkan bulan-bulan. Keempat-empat nombor kitaorang ni semua bermula dengan 3 digit pertama dan 4 digit terakhir yang SAMA..!!
So senang la aku nak ingat no HP semua orangg..!! hu hu


Yang paling best dapat FREE USB Pendrive. Semalam tak de plak dia mentioned. 
Walaupun capacity cuma 2 GB.. siapa nak bagi free beb! Metal cover tuuuu..!!


Haa.. ni dia surat penghargaan ' Thank  you for your continued support!' from Maxis. 
Bagus baguss....! Service baek kalu.. loyal la aku.. kalau takkk .. SORI naik LORI laaa.. he he
Salam..

Haaa.. akhirnya berjaya jugak aku nak buat entry WRAP UP RAYA PART 2 ni setelah sekian lama tertangguh! Maklum laa.. ada beberapa session.. gambar sepah2.. pas tu nak compile setempat dah payah. Dah la amek pun sikit je sekadar buat syaratt... jenuh carik! Ha ha

Anyway.. ni entry terakhir aku pasal raya 2010 he he. Jangan mare yee..

Okehh.. kita mulakann..

1st session

Firstly gi beraya rumah member satu batch aku. Cik Noora@Cik Ume.
Ahaa.. tahun ni Noora di paksa rela untuk di terjah oleh aku & kawan-kawann he he.

Rusma, Cik Noora, Izan (aku la tu) & Zalie

1 shot sebelum kuar beraya

Yang ralit bermain

 Kaum bapa punya corner

Para Ibu he he

Menu umah Cik Noora - MEE HAILAM & SPAGETHI, Kek, Buah, Dadih & Olong Cha.
Ahaa.. 2-2 main menu tu bukan kategori menu ruji raya tuhh! 

2nd session
Beraya rumah adik iparku. Diaorang baru pindah rumah baru..  he he.
Sampai  paling awal, terus tolong hidang-hidang laukk.. dah lupa nak snap gambar. 
Menu kategori Lauk Ruji Raya ~ Nasi tomato, Soto, Rendang & Lemang. 
Sempat bergambar adik beradik je hu hu

Posing maut 2 beradik ni sebelum keluar beraya

 Adik beradik belah Abang. Mak & Ayah mertua dah tak ada ( Al-fatihah )

3rd Session
Beraya ke rumah Safuah. Kat sini langsung tak teringat nak amek gambarr dok mengadap Laksa Penang & Nasi Lemak Ayam berempah! Ayam berempah dia memang mantapp..!!!


Gambar tuan rumah pun cilok dari blog tuan rumah he he.

4th Session
Ahaaa.. balik dari rumah Saffuah terus singgah rumah Ujen. Sebenarnya Ujen ni kira ahli tetap OPEN HOUSE. Tiap-tiap tahun buat..! Tahun ni katanya nak surrender gara-gara ada anak kecil.. tapi demi BFF terchenta..  di buatnya juga Open Table Hi-Tea Raya! He he

Gelagat Dania & Danish dalam kereta

Haaa... ni antara menu special gak yang aku jumpa Raya 2010 nih. 


Hiasan ala-ala hotel.. Bertema kan Hi-tea sbb baru balik lunch kat rumah Safuah tadi.. so rumah Ujen di sediakan Choc Moist Cake,Fruit Cake, Mini Cream puff, Agar-agar, Muffin, Bubur tepung, Nasi impit dan mee goreng yang di hidang atas kuali..! Memang kelassssssssssss..!!



Semua ambik!! Rugi kalau tak rasa...!! Paling aku suka Mini Cream Puff yang comelll tuhh!!!!


Yang sempat beramah mesra. Zarina, Ujen (tuan rumah), Anie, Rusma.. Masa ni zalie belum sampai duk pekena kopi panas kat rumah bos hubbynye!

5th Session
Ahaa.. ni beraya malam. Rumah ex-office mate aku yang duk dekattt je ngan umah. Kat rumah ni menu special ~ Nasi Air. Ahaa.. aku pun first time makan Nasi Air ni masa open house rumah diaorang gak 4 tahun lepas..! 

Tuan rumah terselit sebelah aku tu ha

Ex-office mate, Saffuan. Gambar cilok dari FB depa.. he he

Habis mainan tuan rumah kena selongkarr.. ha ha

Kali ni guna SUP TULANG lagii.. kelassssssssssssss

6th Session
Ni trip terakhir....... Menu yang lagiiiiiiiii speciall...! Terjahan ke rumah  Zalie.
Menu Ruji Raya ~ Satay & Lemang ( beli la tuhh)
MENU SPECIAL ~ SOBA & Macaroni Cheesse...!!!!
Pencuci mulut  ~ Cocktail & Puding


Abang mesti terjah Menu Ruji dulu.. bila aku tanya tak try ke makan Soba.. 
jawabnya "Kita beraya kat Mesia dulu baru terbang gi Jepun!" he he. 
Tapi habis gak semangkuk soba tu En Hubby makan sorang..! hu hu


ZooOoOOoommm skett...!! Ahaaaa.. ni lah rupa SOBA..! Sejenis sajian Jepun
Aku makan 3 mangkuk sorang..! ha ha. 
Memang besttt giller la Zalie..!!! Lain kali bleh request lagi! Ha ha ha

Ni rombongan Cik Kiah ~ Zalie, Hada, Cik Noora, Ujen, Rusma & aku

Terima kasih tak terhingga atas semua jemputan Raya..!! Ada gak rumah yang di terjah tapi lansung lupa nak snap gambar so tak de entry kat sinih. Ada jugak yang jemput tapi tak dapat/sempat singgah..
 sorry sangat-sangatt..! Jangan serik jempuk, kalau ada kelapangan memang InsyaAllah sampai!

Anyway kepada yang selamat di terjah, OPEN TABLE korang tahun ni memang best-bestt..!! 
SAIKO@BEST GILLERR.!!! 

Terima kasih daun keladi di ucapkan kepada semuaa.. tahun depan jemput lagi!! HI HI HI