Salam..
Minggu ni exam week untuk Danish. Start semalam lagi.. ada 6 subject :
English, Maths, BM, General Knowledge, Art and Jawi.

Bilik Danish pun dah separa siap.. Danish pun dah seminggu lebih duduk 'bilik bujang'..!
So first time amek exam & buat revision kat biliknya tuhh..!! he he

Siap request nak buat revision sambil baring atas katill he he 

Khusyuk nampakk...


Semalam subject English. Dania pun  tumpang sekaki buat revision. Sampai terbaring-baring Danish gelakkan tengok gelagat Dania. Mama buat quiz English cari barang ikut dalam buku tu.. bila tunjuk 'TAP' berlari-lari Dania pergi toilet tunjuk kepala paip airr.. ! Excited sungguh.. macam dia plak nak amek examm.. ha ha

Hari ni subject Maths & General Knowledge plak.

 To Danish :
Mama, Papa & Dania wish you all the best. Good Luck dearr...!!

Salam..
Gambar-gambar yang mengerikan dan menyayat hati.. 
Ada yang putus tangan, putus kepala..
Dan ada 2 di antara mangsa yang sepatutnya melansungkan perkahwinan dalam masa terdekat terlantar di hospital kerana cedera parah dan koma...









 credit : Carigold.

Berikut ialah senarai penumpang yang maut dalam kemalangan tersebut.

sumber : Malaysia kini


Senarai nama korban kemalangan ngeri semalam
Berikut adalah nama 12 mangsa yang terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang semalam.

Polis melaporkan mereka terdiri daripada sembilan rakyat tempatan dan tiga warga Myanmar.

Mangsa tersebut ialah pemandu bas ekspres R. Ramachandra, 52, dari Kampung Tengah, Klebang Besar; penumpang bas ekspres Muhammad Farizuddin Talib, 19, dari Balai Panjang, Malim; Azizi Ajis, 19, dari Kampung Japis, Nyalas; Norazmi Abdul Karim, 24, dari Kampung Pondok Kempas, Selandar; Sharene Sofia Fadzry Tan, 18, dari Semabok Perdana; dan Nur Shafika Baba, 29, dari Pokok Mangga di Melaka.

Tiga lelaki warga Myanmar itu ialah Pau Khan Tual, 21; Kam Khaw Tual, 28; dan Cin Thawa Tuang, (umur tidak diketahui, kenderaan yang mereka naiki belum disahkan).

Pemandu van Goo Chuan Heng, 34, dari Taman Maju, Batu Pahat, Pang Shi Moei dari Taman Segar, Segamat, 57, dan Eng Sok Kuan dari Kuala Lumpur, 52 (belum disahkan kenderaan yang dinaiki).

- Bernama

Salam...
Dalam kemeriahan meraikan perkahwinan bersejarah Angkasawan Negara, tarikh 10-10-10 turut merakamkan detik tragis apabila negara di gemparkan dengan berita kemalangan ngeri melibatkan 2 buah bas, 2 buah van dan sebuah kereta.

Dalam berita malam tadi, berdasarkan siasatan, Bas Ekspress Delima yang menjadi punya kemalangan di katakan masih baru dan mempunyai rekod penyelenggaraan yang baik dan pemandunya yang berusia 52 tahun juga di katakan mempunyai rekod pemanduan yang baik dan tidak mempunyai sebarang rekod saman sedangkan ada saksi mengatakan 'BAS DI PANDU LAJU' . Lantas di mana silapnya nya...?

Bak kata Abang : Tukar je engine bas tu terus boleh bawak maximum 90km/h. Tulis cantik belakang bas ~ 80-90km/h tapi hakikatnya masih kelihatan Bas 'merempit' di lebuh raya..!

Apapun takziah kepada semua mangsa dan ahli keluarga mangsa yang terlibat...

Ikuti berita selanjutnya : Utusan Malaysia

12 maut tragedi lebuh raya

Salah sebuah kereta remuk setelah dihempap oleh bas ekspres dalam nahas ngeri di Kilometer 223 Lebuhraya Utara-Selatan, semalam.


SEREMBAN 10 Okt. – Seramai 12 orang maut, manakala lebih 40 lagi cedera termasuk parah apabila dua buah bas, dua buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang ini.
Nahas berlaku apabila sebuah bas ekspres Delima yang dipercayai dipandu laju dari arah selatan gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.
Bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur kemudian melanggar sebuah van dan kereta sebelum menghempap dua buah kereta lain dalam kejadian pada 6.50 petang itu.

Pada masa yang sama, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dinaiki ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) turut gagal mengelak dan melanggar bas ekspres itu.
Tragedi Oktober itu mengakibatkan puluhan ribu kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sehingga lewat malam ini apabila pihak berkuasa terpaksa menutup laluan di kedua-dua arah untuk kerja-kerja menyelamat.
Sehingga pukul 11 malam ini, pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mayat mangsa termasuk penumpang bas dan kenderaan yang dihempap oleh bas itu.
Difahamkan, mangsa yang maut adalah pemandu bas dan penumpang serta penumpang dua buah kereta yang terhimpit dihempap bas tersebut.

Pengarah Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, Dr. Jaafar Che Mat pada sidang akhbar lewat malam ini memaklumkan, pihaknya menerima 24 orang mangsa yang cedera terdiri daripada lapan lelaki dan 16 wanita, kesemuanya dewasa.
Katanya, seorang daripada mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Menurut beliau, kesemua mayat dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat, manakala mereka yang cedera menerima rawatan di HTJ.
Antara yang dilihat menerima rawatan termasuk seorang pelancong warga Jepun.
Berikutan kemalangan itu, pihak polis telah menutup laluan masuk ke lebuh raya arah selatan di Plaza Tol Pedas, Linggi di Rembau.

Kebanyakan kenderaan yang memasuki lebuh raya dinasihatkan oleh Plus Expressways Berhad (PLUS) untuk menggunakan laluan alternatif.
Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah ketika dihubungi malam ini mengesahkan kejadian tersebut dan menurutnya, ketika ini, identiti mangsa yang cedera dan meninggal dunia masih belum diketahui.

Operasi menyelamat masih dijalankan oleh pasukan bomba dan penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta bantuan pihak paramedik dari hospital yang berdekatan.
Dalam pada itu, salah seorang penumpang bas Ekspres Delima yang terselamat, Nur Najlaa Aqilah Mohd. Ghazali, 19, berkata, dia tiba-tiba terasa bas yang dinaikinya berpusing lalu menghempap sebuah kereta selepas melambung ke laluan bertentangan.

“Ketika kejadian, saya sedang tidur. Saya tersedar apabila bas itu berpusing dan menghempap kenderaan di laluan bertentangan. Tidak lama kemudian, bas yang kami naiki dirempuh beberapa kenderaan lain termasuk sebuah bas (membawa ahli PBTM),” kata pelajar Universiti Malaya itu yang kini dirawat di HTJ setelah mengalami kecederaan di tangan dan muka.

Difahamkan, bas JKM membawa peserta yang menghadiri Perhimpunan Raksasa PBTM, turut dinaiki Exco Kerajaan Melaka, Datuk Karim Sulaiman. Bagaimanapun, kesemua penumpang bas itu dilaporkan selamat.