Salam Raya..
Yaaa.. minggu ni ramai yang dah mula kembali bertugas nampak nyer.. welkam back all.!! Semoga penuh ceria bila mula merenung kerja-kerja yg perlu di bereskan okeh...!
Ahaa.. baru nak hapdet kisah pagi raya kitaorang..
Tahun ni tema kaler OREN + COKLAT. OREN disaran oleh warga Johor.. COKLAT di saran oleh Abang..jadi terhasilkan tema ala duo-kaler hu hu.
Tahun ni raya pun kitaorang tak ber-kamera. Tumpang kamera my Sis & jugak Hand Phone kitaorang je laaa.. huhu. Gambar-gambar kat sini pun ada yg diedit dramatikkan saje cover kamera yg tak berapa nak clear tu ha ha. So Pagi raya kalau kat Johor macam biasa seawal pukul 8 pagi tu dah start pergi sembahyang Raya. Balik semula dalam pukul 9 lebih.. makan sket then terus la orang-orang lelaki sambung Marhaban dari rumah ke rumah habis satu blok.
Dania pun ikut Papa dan sepupunya pergi marhaban.
Lepas selesai marhaban sambung gi sembahyang Jumaat pulak.. balik tu barulah kitaorang boleh 'Salam Raya' dan bergambar satu family... hu hu. Raya tahun ni pun tak cukup korum. Maklum la masing-masing ada giliran masing-masing so yang mana ada je.
Aha haa.. Dania ni kalau di ajak bergambarr memang ikut mood... tengok la kat gambar atas tuhh.. dia dok berguling-guling ala citer hindustan plakk.. sebenarnya Mama & bergambar ngan Papa.. Danish plak sporting nak join.. Dania tak abeh2 dok bergulingg.. redahh je laaa.. ha ha
Me and kids..
Dania ngan Triple Peace.. ha ha
Me.. auwwwwwwwwwww...!!
Daniaaa...
Al galls in the house ha ha.. *tengok la Dania yg tak habeh2 berguling2 tuu*
Team OREN
Tiba sessi bersalaman... Tengok la gaya anak bujang aku tuhh.. siap duduk bersimpuh lagi salam Atuk.. orang lain duduk melutut..!! Ha ha ha..
Danish : Selamat Hari Raya nekk.. maaf zahir batin..
Nenek : Selamat Hari Raya.. Sopan betul cucu nenek sorang nihh...
Dania pun bersalam jugakk ngan papa nya.. tu pun kena guide sebab dia tak reti dok diamm ha ha
Last sekali Nenek bersalam ngan Atuk.. nenek asyik tergelakk jee.. apa ntah yang di gelihatikan sangat tuhh he he
So 1st Raya tu itaorang lepak kat rumah je tunggu orang bertandang sambil dok perabih lauk raya.. ha ha.
To be continue....!







