Salam..
Mungking ramai yang dah beli tiket balik kampung sempena Aidilfitri tahun ni dah berangan-angan dapat naik bas dengan lebih selesa di stesen Puduraya baru tapi nampaknya hasrat tu tak kesampaian tahun ni... hu hu. Apa nak buat, kontraktor 'tersalah anggar' pulak dah...


credit : google


Cerita pasal Stesen Puduraya ni, aku pun ada gak 'tragedi Raya' kat stesen nih ha ha. Tak silap aku Aidilfitri tahun 1996. Waktu tu aku masih belajar di AAJ, UM.Seingat aku Tiket yang di beli lebih kurang bertarikh 23hb Disember, jam 1 pagi (tak silap di tulis jam 25:00). Makanya sepatutnya aku naik bas pukul 1 pagi  semalam tapi aku datang keesokan malamnyer...!! Dek konfius dengan waktu yang tertera di tiket bas, yang ke'konfius'an tu HANYA di sedari keesokan malamnya bila tersedar yang bas aku dah berlepas malam semalamnyer lagi...!! Adoiiiiiiiiiiiiii...!! Panik kejap aku bila sampai2 stesen bas cek dengan kaunter kata bas tu malam semalam punya. Dah la musim-musim raya ni tiket confirm la dah habis licin semuaa.. siap ada bas tambahan lagi. Aku dah tepon Mak kat kampung... nampak gayanya beraya kat UM je la tahun tu... Dah 'terbayang' dah suasana pagi raya di dewan makan kolej.......uuuuwWwwwaaaaaaaaaaAaaaAaa!!!!!!!!


Apapun aku cuba juga merayu dengan pemandu bas yg di jadualkan bertolak ke destinasi yang sama nak aku tuju malam tu. Aku kata tak kisah, berdiri sepanjang perjalanan pun takpe la janji aku boleh tumpang balik naik bas tu. janji boleh sampai kampung sebelum raya.. bukan aku tak beli tiket... tapi tersilap tengok tarikh dan waktu perjalanan...!!! uhukk uhukkk...!


Masa tu pemandu bas suh aku tunggu kalau-kalau ada penumpang yg tak datang or kansel etc. Maka aku menunggu dengan penuh neves dan paniknya kat tepi platform waktu tu.. duppp dappp duppp dapppp duppp dappppppppppppppppppp jantung aku bergetarrr......!!


Tiba waktu perjalanan, driver kata ada satu seat kosongg..! Alhamdulillahh...!!! syukurr  sangat-sangatttt dapat naik bas balik kampung malam tu..!! Terima kasih bebanyak sangat kat driver bas tu.. Transnasional tak silap. Dah la tu Raya terakhir sebelum aku berangkat ke bumi sakura tahun depannyaa.. kalau dah kat seberang laut tak dapat balik beraya tu faham la kann.. di kalau kat tanahair sendiri pun tak dapat balik beraya memang HARU BIRU la wehh..!! iskk iskk iskk


Sekian kisah 'Tragedi Raya di Puduraya' ku he he he.




************************************************************************


sumber :Malaysia kini


Salah anggaran terhadap struktur binaan tingkat bawah stesen Puduraya menjadi punca projek naik taraf stesen bas itu tidak dapat disiapkan lebih awal, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

NONEBeliau berkata, setelah projek itu bermula, kontraktor yang dilantik oleh UDA Holdings mendapati struktur binaan itu perlu mengambil masa yang lama untuk disiapkan bagi memastikan ia dapat memenuhi keperluan dan keselesaan pengguna.

"UDA Holdings memang ada janji bahawa projek naik taraf ini akan siap dan boleh digunakan seminggu sebelum Hari Raya. Malangnya dua minggu lepas, saya terima pangilan daripada UDA (Holdings) yang mengatakan ia tidak dapat siap seperti yang dijanjikan sebab struktur itu perlu diolah bagi menempatkan lif dan beberapa kemudahan lain," katanya.

Justeru, beliau berkata isu projek tidak siap mengikut jadual juga tidak timbul memandangkan kontrak UDA Holdings bagi menyelesaikan pembinaan itu adalah sehingga hujung tahun ini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan wang tunai RM300 dan kurma kepada 400 orang daripada keluarga berpendapatan rendah yang berdaftar dengan Pusat Rahmat dan e-kasih, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial DBKL bagi meringankan perbelanjaan menghadapi Hari Raya.

NONE"Memang kalau mengikut kontrak, UDA Holdings perlu menyiapkan pembinaan itu menjelang hujung tahun ini, cuma pada mulanya mereka beranggapan struktur di tingkat bawah itu dapat disiapkan lebih awal untuk pengguna, tapi disebabkan kesulitan yang dinyatakan, ia tetap tak boleh digunakan lagi," katanya.

Sebelum ini Pengerusi UDA Holdings, Datuk Nur Jazlan Mohamed, mengakui kerja pengubahsuaian hentian bas Puduraya tidak sempat disiapkan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Beliau berkata, ia berlaku atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan menyebabkan Puduraya hanya boleh beroperasi semula hujung tahun ini.

puduraya bus station 260908 01Ketika ditanya pemberita mengenai penjualan mercun dan bunga api secara terbuka di bazar Ramadan sekitar Lembah Klang, Raja Nong Chik berkata Dewan Bandaya Kuala Lumpur (DBKL) tidak pernah mengeluarkan lesen bagi menjual bahan itu.

"DBKL tidak pernah mengeluarkan lesen untuk menjual mercun dan bunga api dan seperti yang pihak kami maklum, penjualan mercun dan bunga api adalah perkara di bawah kawalan polis.

"Mungkin ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dan menjualnya di tempat terbuka, tetapi hanya polis yang boleh mengambil tindakan dan saya minta jika ada dijual, laporkan segera kepada polis," katanya. 

- Bernama
Salam Ramadhan..
Dan masuk minggu ke-2 dah berpuasa. Suasana Aidilfitri mula terasa.. lagu-lagu raya dah start diputarkan di radio, ringtone etc. Danish pun dah mula menagih dibelikan bunga api..!!



 So inilah sessi pertama Danish & Dania bermain bunga api tahun ni he he. Tapi bunga api sekarang ni, makin kecik, makin sikit dan makin pendek berbanding dengan harganya. Lepas nyalakan api tak sempat lari seround dah padam dah apinyaa. Sampai budak-budak ni pun komen " Dah habis dah... kita baru nak main kan!" . Isk isk iskk...

Nak share sket. Sekarang ni musim panas kat Japan. Masuk musim panas memang meriahlah dengan pek-pek jualan bunga api termasuk la jadual pertandingan Bunga Api besar-besaran. Bunga api di jual merata-rata.. di convenient store, supermarket.. hypermarket..


Biasa di jual dalam pek-pek dan package tertentu dan ada yang mencecah sehingga ratusan ringgit...! Masuk musim panas biasanya aku dan geng-geng pun tak lepaskan peluang bermain bunga api.

Saiz satu pek 


Kalau convert ke Rm dalam RM200 ++ lebih harga pek kat atas nih.


Yang pastinya kenapa rakyat Jepun boleh bermain bunga api dan mercun dengan selamat ialah kerana sejak dari kecil lagi iaitu di sekolah tadika, mereka telah di ajar dan di demonstrasikan cara-cara bermain bunga api dengan betul dan selamat..! Sebab itu di Jepun bila masuk je musim panas, pek bunga api pun laris di jual macam goreng pisang panas tapi jarang pula kedengaran insiden insiden yang tidak di ingini..!

Agak-agak Malaysia boleh laksanakan tak macam ni..? maklum la kita ni tak di berikan sylibus yg betul bab2 main bunga api ni sebab tu masing-masing 'buat sylibus sendiri'! hu hu
Salam..


Pagi-pagi lagi bacer paper dah terpampang berita yang tak sedap di dengar. Berita 'biasa' bila tiba bulan ramadhan. Seingat aku masa kat Jepun dulu bila tiba musim panas bunga apa dan mercun di jual merata-rata... dekat convinient store macam 7-Eleven pun ada. Dalam pack dia tu macam-macam jenis, siap di sediakan plastik sampah, bekas isi air utk matikan mancis etc. Diaoran pun meriah gak main bunga api & mercun time musim panass.. tapi tak ada la sampai punah ranah terbakar sana sini...


Tu la.. rakyat negara kita ni 'kreatif' terlebih. Suker 'oter' itu ini.. tu yang dari bunga api leh jadi meriam tu sampai terpaksa pulak di'haram'kan.. penyudahnya jadi la kes-kes macam ni.. sorok sana sorok sini punya pasall. isk isk iskk.


kisah selanjutnya : Sumber utusan Malaysia.

Budak maut stor mercun meletup





Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat memeriksa rumah yang rosak teruk akibat letupan di Kampung Makam Lama, Chabang Tiga, Kuala Terengganu, semalam.



KUALA TERENGGANU 22 Ogos - Sebuah rumah lama yang dijadikan stor menyimpan mercun dan bunga api di Kampung Seberang Baruh Cabang Tiga, di sini hari ini, meletup dan mengorbankan seorang budak lelaki berusia enam tahun yang tercampak dan melambung di atas pokok sejauh kira-kira 15 meter.
Letupan dahsyat pada pukul 12.30 tengah hari itu mengakibatkan mayat mangsa, Khairil Arif Ayub terlekat di celah dahan pokok berhampiran rumah tersebut selain sebahagian kepalanya berkecai.
Dua lagi mangsa berusia 19 dan 20 tahun cedera parah dengan kaki salah seorang daripadanya hancur.
Kedua-duanya yang belum dikenal pasti identiti masing-masing ditemui bergelimpangan di depan halaman rumah itu dalam keadaan berlumuran darah.
Mayat kanak-kanak malang itu hanya dapat dibawa turun oleh penduduk kampung kira-kira setengah jam selepas kejadian.
Mangsa-mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan kecemasan.
Mayat mangsa yang merupakan anak tunggal kepada pasangan peniaga, Ayub Abd. Rahman, 28, dan Kamariah Suffian, 25, itu turut dibawa ke HSNZ untuk bedah siasat.
Tinjauan Utusan Malaysia di tempat kejadian hari ini mendapati, keadaan bahagian depan dan anjung rumah tinggal berkenaan musnah akibat letupan tersebut.
Seorang saksi, Nurshefli Azhar, 36, berkata, letupan itu mengejutkan dirinya yang ketika itu sedang berehat di rumahnya tidak jauh dari tempat kejadian.
Katanya, gegaran itu turut dirasainya dan dia yang menjengah ke luar rumah melihat asap tebal dari arah rumah tinggal terbabit.
Dia terus bergegas ke lokasi kejadian lalu mendapati dua remaja lelaki bergelimpangan di atas tanah di halaman rumah.
"Saya tak pernah dengar bunyi letupan sekuat ini dan saya terus ke tempat kejadian dan terlihat dua remaja cedera parah," katanya.
Katanya, seorang daripadanya, tidak sedarkan diri dengan sebahagian kakinya hancur manakala seorang lagi di bawah timbunan kayu.
"Pemuda yang cedera itu sempat beritahu saya ada seorang lagi budak jadi mangsa lalu saya naik ke atas rumah untuk mencarinya sehinggalah saya jumpa mangsa (Khairil Arif) terlekat di atas pokok dalam keadaan mengerikan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Dalam pada itu, Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan ketika ditemui pemberita di tempat kejadian hari ini menyifatkannya sebagai kejadian paling dahsyat di negeri ini yang membabitkan mercun.
Beliau memberi jaminan polis sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk pemilik bahan-bahan berkenaan.
Katanya, pihaknya menubuhkan pasukan khas berhubung kejadian itu agar siasatan terperinci dapat dilakukan.
"Kita juga minta bantuan Unit Forensik daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk bantu kita jalankan siasatan mengenai kejadian ini.
"Kita harap orang ramai jangan terlalu ghairah mencari keuntungan dengan menjual bahan terlarang dan membiarkan anak-anak bermain mercun," ujarnya.