Salam...
1st Aug nak gi hantar Iwan masuk ke ALAM (Akademi Laut Malaysia).
So semalam Along ajak buat makan-makan sket sebelum Iwan berangkat (bukan jauh pun he he).
Plan nak masak masakan kampung je.. so hari Sabtu tu sempat la aku masak Udang masak lemak cili padi dan buat dadih strawberi. Lepas masak siap-siap terus keluar. Jumpa ajen kejap. Lepas tu terus gerak gi umah Along. Sampai-sampai.. tu diaa..... dah penuh menu atas meja... hu hu hu

  Ni yang paling bestt..! Ketam goreng berempah. Harus belajar resepi ni nanti! he he

 Posing lagi.. ni air tangan Iwan. Sebab dia yang goreng.. he he

 Dalam banyak2 tu Udang masak lemak cili padi & Dadih strawberi je air tangan aku ... hu hu. Tu pun dadih tak sempat snap la plakk he he

 Mak Long kata... sambal udang tu 'khas' untuk Danish ha ha. Memang sungguh! Danish makan 2 pinggan bertambah2 sambal udangnyerr!

 Tauhu sumbat ngan kuah kacang. Ada lagi ala2 pecal gituu. bahan tengah potongg..

 Daging black pepper.

 Fruit salad..yummy!


Udang, sotong & kentang goreng 

dari sudut lain plak

Bila dah buh dressing


 Acara bermula.. jemput! he he

Yang sampai lambatt.. ehhh  silap.. yang tambah 2-3 pinggannn

Kepada adik-adik iparku yang tak dapat hadir.. sila lah 'menjamu mata' he he he. Bertuah betul badan dapat kakak ipar yang terror masak tahap petik jari jerr.. banyak resepi bleh ku tuntut !
Sekarang ni pun kakak ipar aku pun dah mula buat catering sbb minat terlampaunya tuh. Kalau siapa-siapa berminat bleh contact aku okehh!! opsss iklan plakkk he he
Salam...

Weekend 2 minggu lepas gi bawak budak-budak 'beramah mesra' ngan Arnab2 kat Taman Arnab yang terletak berdekatan dengan Taman PP dan Bukit Puchong 2. 
Macam biasa bayaran masuk RM3 seorang.


Time kitaorang sampai tu tak ramai sangat orang.. so agaknya tak ramai orang bagi makan arnab 
apalagi bila kitaorang sampai, hulur makanan memang berebut2 la arnab2 tu berkerumun kat kitaorang.
Makanan sepeket RM1 hu hu.

 Memang jinak-jinak arnab ni.









Puas ler berkejar-kejaran dengan arnab-arnab yang jinak ni.








Lebih setengah jam jugak kasi can budak2 ni lepak sini.. tu pun nyaris2 nak nangis bila di ajak balikkk ha ha.
Takpe dekat je ngan rumah. Esok-esok leh datang lagii hu hu

See also :
Our First Rabbit farm Visit
 Malam ni acara kemuncak, Program Realiti Imam Muda di Astro Oasis. Program yang telah berlangsung selama 10 minggu itu akhirnya menobat kan ASHRAF sebagai IMAM MUDA UNGGUL musim yang pertama...!!

ASYRAF

NAMA PENUH: MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD RIDZUAN
ASAL: Pulau Pinang
UMUR: 26 Tahun
TARIKH LAHIR: 12 Februari 1984
STATUS: Berkahwin
PEKERJAAN: Imam
PENDIDIKAN TERTINGGI: Ijazah Sarjana Muda Usuluddin & Fiqh, Universiti Malaya


HIZBUR
NAMA PENUH: HIZBUR RAHMAN BIN OMAR ZUHDI
ASAL: Baling, Kedah
UMUR: 27 Tahun
TARIKH LAHIR: 01 April 1983
STATUS: Berkahwin
PEKERJAAN: Guru Tahfiz
PENDIDIKAN TERTINGGI: Sarjana Muda Syariah (Tahun Akhir),Universiti Al-Azhar Mesir


Sememangnya rancangan Realiti ini benar-benar membawa satu feel, impak dan kelainan di antara rancangan2 realiti yang bersepah di kaca TV hari ini.

Program malam ini memaparkan beberapa sudutan dari aktiviti yang di laksanakan oleh kedua-dua finalis, Ashraf dan Hizbur di kampung halaman masing-masing. Kepulangan keduanya si sambut meriah oleh kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Kedua-duanya kemudian di tugaskan mengendalikan Qiamulail, Aktiviti gotong royong di masjid dan kawasan perkuburan. Seterusnya di kehendaki membaca kuthbah dan juga sessi beramah mesra dengan masyarakat. Ashraf membawa pendekatan bersukan iaitu bermain futsal dan memberi penekanan untuk bersolat (jemaah) apabila masuk waktu tanpa mengira tempat (di padang futsal) dan keadaan pada waktu itu (berpeluh). Yang di tekankan ialah kepentingan menunaikan solat itu sendiri.

Manakala Hizbur pula mendekati masyarakat dengan mengunjungi golongan susah/ibu tunggal dan memberikan sumbangan makanan asas.


Hadiah-hadiah untuk Juara dan Naib Juara begitu banyak sekali tajaannya! Termasuk Proton Exora, Pakej Umrah, Pakej bercuti ke Indonesia 4D3N, set perabot jati, Wang tunai RM20K dan RM15K, Laptop Macintosh, iPhone, sijil2 bertauliah yang berkaitan dan yang paling menarik, biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke salah sebuat University di Mekah! Dan sebagai kejutan, biasiswa bukan sahaja di berikan kepada pemenang utama, malah kesemua peserta Imam Muda turut di tawarkan biasiswa ke University yang sama..! Memang sungguh murah rezeki mereka! Penonton yang menonton pun tumpang gembira...!

Di gelanggang Astro, acara di teruskan dengan persembahan Tazkirah kemudian di ikuti oleh sessi soal jawab oleh Pengetua Hj Hasan Mahmud untuk menguji kecekapan berhujah kedua peserta. Dan akhir sekali alunan merdu bacaan hafazan ayat suci Al-Quran, surah Al-taubah secara bergilir.

Apapun pada aku kedua-dua finalis sama hebat. Cuma Ashraf punya lebih personality, lebih ada humor sense, mesra 'alam' dan untuk lebih mudah di dekati oleh masyarakat manakala Hizbur membawa personality yang lebih matured.

Apapun tahniah kepada Pemenang Utama dan kesemua yang terlibat termasuk krew Astro Oasis kerana berjaya membawakan sebuah rancangan yang begitu mengkagumkan sehingga mendapat perhatian di mata dunia dan sudah punya 50,000 pengikut di facebook..! Syabas..!! Baru betul Malaysia bolehh!