Salam,

Terkejut hari ni bila sorang member yg duk kat Japan tanya ada baca tak paper pasal kes kematian kat Jepun gara-gara suhu panas yang terlampau. Terkezut aku dengar sebab masa aku kat sane dulu tak de la dengar kes-kes orang mati di sebabkan cuaca 4 musim tu. Kalau sebab ribut taufan dan gempa bumi tu pernah la dengar. 

Anyway kalau baca berita ni, nak ikutkan suhu sama je macam kat Malaysia. Tapi bukan nak kata apa.. kat sana bila musim panas, dia punya panas memang tahap bahang semacam. Kalau kat Malaysia ni panas-panas gak tapi still bleh rasa angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.. kalau kat sana panas dia semacam..hmmm.. camne nak cakapp.. panas kalau kipas peluh pun tak berapa nak rasa sejukk... haa lebih kurang cam tu laa.. salah satu sebab nya kerana tahap humidity yg agak tinggi. Sebab tu bila tiba musim panas ramai Japanese suka melancong keluar Japan.. cari tempat yg sejuk sikit hu hu.

Sumber : Berita Harian

TOKYO: Sekurang-kurangnya 66 orang maut manakala 15,000 lagi dirawat di hospital kerana tidak tahan dengan cuaca panas sejak dua bulan lalu di Jepun. 

Suhu luar biasa tinggi bermula sejak berakhirnya musim hujan awal bulan ini dengan suhu mencapai 35 darjah Celcius atau lebih tinggi di 90 peratus daripada 920 kawasan yang dipantau pihak berkuasa. Laporan itu disiarkan oleh Agensi Kaji Cuaca Jepun mengenai kesan kepanasan melampau sehingga Ahad lalu.



Sakurajima.. antara 'mercu tanda' teragung kat tempat aku dulu. Kalau kena time ribut pasir dari gunung berapi gunung Sakura  tu perrghh... kalau bawak beskal gi tempat buat part time memang tahap tak leh bukak mata laaa.. sedar2 bila sampai habuk dan penuh kat tudung ha ha!


Sehingga hujung minggu lalu, 9,436 orang di seluruh negara itu dibawa ke hospital dan 57 daripada mereka disahkan maut kerana tidak tahan cuaca tinggi, kata Agensi Pengurusan Bencana dan Kebakaran. 

Sebahagian lagi yang terkorban disebabkan kemalangan berkaitan dengan penggunaan air hingga ada yang lemas. 

Agensi Kaji Cuaca meramalkan suhu tahun ini akan mencapai tahap tertinggi dalam tempoh 100 tahun. Kepanasan yang paling teruk juga menyebabkan jualan air minuman dan alat penghawa dingin melonjak. 
Kadar bekalan elektrik juga meningkat kerana penggunaan peralatan penghawa dingin di seluruh negara, menurut laporan. 

Syarikat Tokyo Electric Power Co yang membekalkan tenaga kepada lebih 28 juta pelanggan di ibu kota serta wilayah sekitar merekodkan kadar penggunaan tertinggi di Tokyo sebanyak 59,990 megawatt pada 23 Julai lalu, 
tertinggi tahun ini, kata firma berkenaan. 

Kawasan mencatat suhu tertinggi ialah daerah Tajimi di wilayah Gifu dengan 38.1 darjah Celcius diikuti Sakuma di wilayah Shizuoka (37.9 darjah Celcius). 

Secara rasminya, suhu tertinggi pada bulan Julai direkodkan di Okazaki, wilayah Aichi dengan 37.7 darjah Celcius dan Kyotanabe di wilayah Kyoto, 37.3 Celcius. 

Angka korban tertinggi cuaca panas sebelum ini dicatat pada 2008 ketika kali pertama data mengenainya disimpan apabila 47 terbunuh pada bulan Julai dan Ogos. 
Tahun lalu, 16 orang terbunuh kerana kepanasan melampau juga dalam tempoh dua bulan berkenaan. Agensi 


Time musim panas ni makanan yang paling glamer ialah Unagi atau nama manjernya 'Belut Panggang' ha ha.! Unagi ni di percayai mampu membekalkan tenaga untuk mengatasi badan yang tidak bermaya dan keletihan ketika musim panas. Harga dia boleh tahan. Paling murah boleh di dapati kira-kira RM30 satu hidangan.. tu yg paling murah. Kalau yang mahal lagi.. ganda je lah sendiri hu hu!

credit : Washoku food

Teringat aku dulu... first time jejak je bumi Kagoshima, Kyushu selepas tamat tempoh orientation seminggu oleh JPA di Tokyo, senior-senior menunjukkan tahap keperihatinan terlampau menjemput aku di Airport. Time tu sakura baru berkembangg..! Memang cantek & saiko giller! Sampai-sampai ngam2 pulak waktu makan tengahari. Apalagi terus di bawaknya aku gi lunch. Dah la tu.. siap berambik, makan pun siap di oderkan.. tak sempat aku nak pilih menu ha ha!

Bila mengadap.. pergghhhhh bleh tahan gak menu ni..! Sedapp hingga menjilat jari..! Lain kali boleh order lagi ! He he!


Bila dah kekenyangan dan sedawa baru la aku tanya kat senior-senior aku yang sangat baik hati tuh
Aku : Fuhh.. boleh tahan sedap jugak menu ni. Ni ikan apa yer  ?
Senior : Ohh.. bagus laaa kalau sedap. Kalau nak tau itu lah "BELUT" !!!
Aku : Haaa.. BELUT ??!!!!! OHOK OHOK OHOKK!!!!
Dalam ati Apaaa...??????? Tersentap jantung jap. Ce ulang sekali lagi kot-kot salah dengar. Betul ke B.E.L.U.T ??!!!
Terus terbayang belut hidup berlengkor-lengkor dalam kolamm... adusssssssss!! Rasa macam nak uweekk uwekkk dan uwekkkk! 

Tapi lepas tu terus pandai pulun.. jauh di sudut hatii... "Eleh Sedap jekkk!" Hati kering betul! ha ha ha

 Salam,
Last week dapat sampul surat dari Japan.Kawan baik aku, KUMI Chan telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya! Majlis bertempat di salah sebuah hotel Sekitar Kusyu pada hujung bulan May yang lepas. Pada waktu tu Abang pulak di tugaskan ke Hangzou, China,  kira-kira seminggu, makanya aku dan family tidak dapat hadir ke Majlis perkahwinan Kumi. Cuma sempat berkirim salam dan hantar hadiah je uhuk uhuk!

Anyway, gambar-gambar perkahwinan kawan baik aku, KUMI Chan.






Menyorot kembali kali pertama aku dan Kumi berkenalan, kira-kira 13 tahun lepas! Masih ingatla sekitar tahun 1997 di dewan Kuliah. Aku di Fakulti kejuruteraan dan Kumi pula Fakulti Perikanan tapi ada beberapa subjek teras yang membuatkan kami bertemu di kuliah yang sama. Tak silap aku Kuliah Sejarah Dunia.
Pada satu hari Kumi meninggalkan nota di atas meja aku... masih aku simpan Nota yang berusia 13 tahun ni sehingga hari ni...



Maksudnya lebih kurang begini :
Nama saya Soejima Kumi. Teman-teman rapat panggil saya KUMI sahaja. Norizan pun boleh panggil saya KUMI juga. Apakah panggilan mesra Norizan di kalangan teman2 rapat Norizan pula..? Saya pun akan panggil Norizan dengan panggilan mesra juga. Ada banyak lagi perkara yang saya ingin pelajari dan tahu dari Norizan. Saya harap Norizan dapat meluangkan masa bersama saya.. waktu habis Kuliah pun tak kisah...

Silalah hunbungi saya bila-bila je. Kalau ada apa-apa masalah jangan segan beritahu dan kongsikan dengan saya. Saya berbesar hati kalau dapat membantu. Tak lupa jemput la datang ke bilik(rumah) saya. Saya pun teringin nak pergi bilik (rumah) Izan.

Berapa lama Izan akan ada di Jepun ? Tentu sunyi dan sekali sekali mesti balik Malaysia kan? Saya berminat sangat dengan Malaysia dan teringin jugak nak ke sana. Nanti ceritalah lagi macam-macam pasal Malaysia ye.
Kat Jepun pun mesti Norizan akan harungi macam-macam pengalaman. Kampung saya di Osaka, dekat sahaja dengan Tokyo. Nanti bila-bila kita ke sana yer!

Haaa.. macam tu la lebih kurang 'surat cinta' pertama dari Kumi he he. Ayat-ayat remaja berusia 18 tahun he he. Sejak tu aku jadi akrab dengan Kumi Chan dan AI Chan (teman rapat Kumi gak). Kadang-kadang diaorang lepak bilik (rumah) aku, kekadang aku lepak rumah diaorang. Pergi Karaoke sama-sama... kadang gi jalan sama-sama. 

Kumi Chan & AI Chan memang sangat-sangat baik hati dan banyak membantu kehidupan aku jugak di sana. Diaorang pun pernah beberapa kali datang Malaysia. Pernah lepak kat kampung aku kat Johor. 

Aku pun pernah lepak ngan family diaorang kat Osaka... Mak & ayah nyer pun pernah bawa aku jalan-jalan. Dah jadi macam keluarga angkat aku gak.

Tahun 2004, beberapa bulan selepas Majlis perkahwinan aku,  Kumi & Family sekali lagi datang Malaysia. Tidur kat rumah aku.. dan ronda-ronda sekitar KL ngan aku dan Abang.
Kini Kumi pun dah ada Family. Semoga ikatan persahabatan ini terus mekar selamanya dan semoga mahligai yang di bina beliau akan terus berkekalan dan bahagia sehingga ke akhir hayat...

久美へ、
13年前、初めてあってからいろいろお世話になりました。嬉しいことや、悲しいことや、悩みことや、いろいろ相談相手になって、いろんあことを一生にすごしました。
本当の本当にいろいろお世話になりました。

今組みも家族ができて、私に本当にうれしいなことです。
これからも、久美も旦那さんもずっとずっと幸せでいられるように祈ってます。
それから、早く可愛い赤ちゃんを作らなきゃ!ふふ!
またマレーシャへ遊びに来てくださいね!

イザンより


Salam.
.
Hit Entry Nisfu Syaaban semalam mencecah HIT tertinggi sekitar 220 hit sehari walaupun entry tu aku upload kan pukul 8 malam..!


Kalau tengok statistic by hour, tengah malam semalam masih ramai yg surf pasal nisfu syaaban.

 Kalau tengok statistik keyword pun, perkataan 'Malam Nisfu Syaaban 2010' mencecah hit tertinggi.

Alhamdulillahh... masih ramai internet surfer di luar sana yang tidak lupa dengan keberkatan Malam Nisfu Syaaban.

Yang paling penting, mudahnya dengan dunia Internet.. nak cari segala maklumat, tidak kira apa topik cuma
'taip'kan sahaha di Google.


credit : mounthira
Nak cari surah-surah yang berkaitan pun boleh taipkan sahaja di Internet. Tak sampai berapa saat dah keluar Surah tu siap dengan Maksud, bacaan rumi dan audio jika mahu.

Sangat bagus jika semua orang menggunakan ICT ke jalan keberkatann... Bak kata kerajaan, 'Mudah Dengan ICT".

Selamat menghabiskan bulan Syaaban yang penuh keberberkatan, sapa yang belum habis ganti cepat-cepat le catch up yek. Dan selamat  menyambut Ramadhan yang tak lama lagi pada semua...!