Salam..
Baru balik dari kampung. 2 hari tak blogging.. hu hu. Emak buat kenduri sket sempena nak sambut puasa... aku pun last minute gak decide nak balik hujung2 bulan nih.. hu hu. Gerak kul 7 pagi.. seb baik sempat sampai sebelum kenduri start he he.
 Tuan rumah busy... tak sempat nak snap gambar masa orang bertahlil dan baca yasin.. bila dah start makan baru terhinggat nak snap hu hu.



 Muka letih lepas kenduri

Malamnya sempat sambut bufday Faiq, anak sedara sulung ku.  

 Tahun ni amek UPSR.. dah la exam lepas raya...moga dapat 5A!
Belajar rerajin yekkk...

Hari Ahad ajak Mak & Abah gi KT.. cari baju raya sekali. Dapat baju Melayu Abah... baju2 lain banyak yg dah di shopping lebih awall..! Emak pun leh tahan shoppping sakan tahun ni. So tinggal hantar ke rumah tukang jahit je.. Harap2 siapppp sebelum raya..! 

Sempat beli bahan2 basah sektt.. beli durian & jagung manis. 
Balik tu singgah gi makan satayyy plak... budak2 tinggal kat umah. Aku & Abang dating ngan Mak & Abah je hu hu.

Ni model baju raya tahun ni..okehh.. baju tak siap lagi.. cuma test baju2 sepupunya untuk buat ukurann.

 Ada playground baru siap kat kampung aku nihh... lepas hantar tempah baju pagi tadi sempat bawak diaorang gi main taman.
Taman permainan ni sebelah je dengan Sekolah Agama masa aku kecik2 dulu. Memang port lepakkk kalau waktu rehatt.. nampak tak gelongsor purba kat sebelah tuu..? ha tu la gelongor pujaan kampung aku satu masa dahulu ha ha!  Masih ada sampai sekarang.. tapi macam dah jadi bahan artifak jee hu hu.

Yang kelakarnya sampai je playground Dania lebih excited nampak ayam..!! 
Maklum le kat umah dah hari-hari main 'taman' dan jarang2 nampak ayam.. so lagi jakun nampak ayam dari nampak tamann permainan ha ha! *sian anak aku!*

 Sekolah agama terselindung sebalik pokok.. tapi banyak gak kenangan taman permainan
ni masa aku kecik2 duluu.. hu hu



 Selain tu aktiviti masak memasakk... hari ni, hari terakhir  7 menu! Siakap Stim (aku),
Sup tulang + mee sup (aku), sayur campur tauhu jepun (aku), Sambal bilik (SIL), Peria tumis telur (SIL), Ayam goreng (SIL), Kupang lemak cili padi (Emak).. ma kaseh gak pada Abang & Mak Long yg tukang sponsor bahan mentahh he he.

Lepas zuhur bertolak balikk.. cam biasa.. kalau balik mesti tapau lauk pauk yg masak kat umah dan lepak plak makan kat mana2 wakaf RNR dalam perjalanan balikk..... Emak memang tak sah kalau tak tapaukan laukk. Sayang Emakk.... muahhhhh!!

Lepas magrib baru sampai rumah... esok kerja cam biasa okeh! Adiosss!
.

sumber : Utusan Malaysia

NOTE : Aku minat Maya Karin. Suka dengan personality dan reputasi dia... lebih-lebih lagi dengan keanggunan dan bakat yang dia miliki..! 

credit : kosmo

Oleh SUWARNI MOKHTAR

KUALA LUMPUR 16 Julai - Pelakon, Maya Karin dan suaminya, Steven David Shorthose sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.
Pengesahan cerai secara baik itu dibuat oleh Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zain ketika kes itu disebut di kamar beliau hari ini.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada terdapat persetujuan antara pasangan itu mengenai tuntutan nafkah idah, mutaah dan lain-lain perkara berbangkit selepas perceraian.
Permohonan perceraian tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Perceraian Maya atau nama penuhnya, Maya Karin Roelcke, 31, dan Steven, 41, atau nama Islamnya Mohamed Ali Abdullah tersebut berlaku genap 10 hari perkahwinan mereka disahkan di Mahkamah Rendah Syariah di sini.
Ia juga berlaku kurang sebulan daripada ulang tahun ketiga perkahwinan pasangan tersebut.
Pada 7 Julai lalu, Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan pernikahan pelakon Anak Halal itu dan guru matematik di sebuah sekolah antarabangsa pada 14 Ogos 2008 di Vila La Corte del Lago, Tasik Como, Bellagio, Itali sah dari segi hukum syarak.

Kedua-dua mereka ketika itu dinikahkan oleh Imam Abdullah yang didatangkan khas dari Algeria.
Permohonan pengesahan pernikahan itu dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Pada prosiding terdahulu, Maya diwakili peguam syarie, Norhusniah Husin manakala Steven tidak diwakili peguam syarie.

p/s: Kadang-kadang tengok insan2 yang di kurniakan dengan rupa paras menawan ni banyak pula di berikan dugaan... Sesungguhnya Tuhan tu memang Maha Adil dan dia tak akan menguji hambanya di luar kemampuan hamba2nya sendiri. Maka bersyukurlah kita sebagai insan biasa ni dengan apa yang kita miliki hari ini...  Semoga Maya juga akan menemui kebahagiaan hatinya nanti..
Sumber : Malaysia Kini



Harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.
Tidak jelas berapa kenaikan harga RON 97. Tetapi difahamkan harganya naik 5 sen dan akan diselaraskan seterusnya kemudian.
Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram
Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pengumumanmalam ini.
Menurut perdana menteri, penyelarasan semula harga barangan tersebut akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.
Ia merupakan langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat mulai esok.


Bagaimanapun, tambanya, kerajaan masih membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion untuk subsidi bahan api dan gula pada 2010. 


Harga bahan api dan gula di Malaysia, tegas Najib, masih antara yang terendah di rantau ini.
Berikut adalah harga baru:
  • Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
  • Diesel - RM1.75 seliter.
  • Gula - RM1.70 sekilogram
  • Gas LPG - RM1.85 sekilogram
Berikut adalah harga baru gas:
  • Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
  • Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
  • Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)
Sementara itu, Berita Harian online memetik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.
Najib berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kuala Kedah di Alor Star, petang ini. 


Beliau yang juga menteri kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.
Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.
Pada 27 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dilaporkan berkata, Malaysia akan muflis pada 2019 jika kerajaan tidak memotong subsidi dan bergantung kepada pinjaman.


Katanya, hutang Malaysia akan meningkat kepada 100 peratus daripada GDP pada 2019 d- daripada 54 peratus sekarang jika subsidi tidak dipotong.

p/s : Nampaknyer increment bulan 6 ni sekadar nak menampung kenaikan minyak dan gula je...? keciwa betullll.....