Salam, 


Topik sempena Hari Bapa 2010.


Pagi tadi dalam perjalanan ke tempat kerja terdengar petikan berita mengenai Bapa di Malaysia bertaraf 5 bintang!
Aku bersetuju 100 % dengan penghargaan oleh Datuk Seri Shahrizat. Paradigma institusi keluarga kini sudah berada di satu tahap yang jauh berbeza di bandingkan dengan zaman ketika aku kecil-kecil dahulu. Ini berdasarkan pengalaman ketika aku kecil la kan. Jika dulu kebanyakan para suami keluar rumah mencari rezeki dan sang isteri sebagai pembantu sama ada membantu ikut ke kebun atau ladang atau duduk dirumah menguruskan anak-anak. Zaman aku kecil dahulu Abah mengerjakan ladang kelapa sawit (peneroka) dan emak kadangkala ikut sama ada bersihkan ladang atau pungut buai lerai. Oleh kerana kerja2 ladang adalah kerja yang banyak mengerah keringat makanya bila balik rumah barangkali para suami tidak betah lagi membantu para isteri di dapur dek kepenatan!


Teringat dulu walaupun Emak & Abah cuma hendak ke ladang, meraung-raung jugak aku tarik menarik pintu gara-gara nak ikut! Teringat pernah satu masa kami dapat tanah kebun di sekitar kawasan tanah yang di pacak tiang menara TNB di tepi2 jalan raya. Seronoknya sangat kalau dapat ikut Emak & Abah ke kebun.. ada pondok tempat berehat... boleh petik jagung segar dan bakar untuk di nikmati fresh!


Tak cukup itu, Emak juga kadang kala menjual sayur atau apa saja untuk mencari duit tepi dan siapa lagi yang jadi  tukang jual kalau tidak aku adik beradik! Paling tak lupa aku pernah jadi pengedar TUNGGAL "Kulit ayam sira sambal" kat sekolah..! Ha ha ! Alhamdulillah.. Abah juga akhirnya mula berniaga kecil-kecilan. Cukup lah untuk kami hidup dengan lebih selesa. Tapi kalau di perhati, urat belirat Abah lebih kental setara dengan titik peluh dan keringat yang mengalir demi membesarkan kami adik beradik!


Kini 20 tahun berlalu. Hari ini dek tuntutan taraf hidup yang semakin meningkat, kebanyakan pasangan suami isteri masing-masing turut keluar bekerja mencari rezeki untuk keluarga. Bila kerja makan gaji masing-masing dah terikat dengan waktu 8-5 ! Balik pun tak tentu masa... kalau dulu suami yang mencari nafkah, kini sang Isteri turut membantu apa yang termampu demi menyediakan kehidupan selesa untuk keluarga tercinta. Sokongan Isteri tetap padu.. sama seperti zaman aku kecil dahulu.. cuma dengan cara yang sedikit berbeza. Aku percaya kebanyakan Isteri langsung tidak berkira dengan rezeki yang di perolehi untuk di kongsi bersama keluarga tercinta tanpa perlu di pinta..!


Alhamdulillah.. sejajar itu juga, ku lihat dan dengar ramai juga para suami yang saling berkongsi tanggungjawab. Saling menghulur tangan membantu 'kerja rumah' mana yang termampu. Tidak lagi hairan jika para suami hari ini mampu berpencak silat dengan senduk dan sudip di dapur...! Sejujurnya aku kagum...!! Kagum dengan pengorbanan yang di berikan! Kerana itu aku juga memberi penghormatan 5 bintang untuk para BAPA di Malaysia terutamanya buat SUAMI & ABAH tersayang...!










Baca berita seterusnya ~ 


Sumber : Berita Harian


SEREMBAN: Bapa di Malaysia layak mendapat pengiktirafan lima bintang kerana mereka adalah yang terbaik, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. 

Beliau berkata, golongan bapa muda kini tidak malu membantu isteri mereka memasak di dapur, menjaga anak, mengemas rumah dan membasuh pakaian.
"Generasi saya (yang lama) susah hendak cari macam itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Bapa Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.
Shahrizat berkata, bapa di Malaysia masih layak mendapat penghargaan terbaik walaupun terdapat cerita mengenai lelaki tidak bertanggungjawab, buang anak atau seorang bapa yang tiba-tiba ghaib. 

"Jumlah itu, bagaimanapun, kecil berbanding sikap bertanggungjawab dan jiwa pengasih yang ditunjukkan majoriti golongan bapa di negara ini," katanya. 

Shahrizat berkata, sambutan Hari Bapa tahun ini memfokus kepada generasi muda kerana daripada sejumlah tujuh juta keluarga di negara ini, 42 peratus terdiri daripada golongan bapa muda. 

Beliau berkata, cabaran seorang bapa semakin hebat kerana kebanyakan sistem keluarga kini hanya terdiri daripada seorang ayah, ibu serta anak berbanding dahulu yang turut membabitkan penyertaan datuk atau nenek. 
"Ibu terpaksa keluar bekerja, bapa bekerja...kerana itu, bapa hari ini harus menyediakan diri mereka untuk bertanggungjawab, bersedia untuk berinteraksi dan sentiasa cuba menghadirkan diri bersama keluarga," katanya. - BERNAMA 
End May hari tu balik Johor. Ada kenduri kawen jiran dan pengantin perempuan bersanggar kat rumah kitaorang. Kira jiran rapat dan 'orang kuat' kenduri kendara gak le. So adik beradik aku pun pakat balik kampung berkumpul ramai-ramai.. 



Bila dah berkumpul semua mula la 'tercetus' idea lain. Sambil2 sibuk rewang sempat gak gi berjalan petang2 ngan Mak & Abah. Lokasi yang di tuju dekatttt je ngan rumah ~ sempat pergi Kota Johor lama yang terletak di Telok Sengat



Kitaorang sampai dah lewat, maklum la sibuk gi 'rewang' *tolong kenduri*. Sampai2 Muzium ni pun dah tutup... dapat ronda2 kat luar Muzium je ~ Kubu & Makam lama. Habis ronda kawasan Muzium kat Johor lama tu gi singgah makan kat gerai-gerai tepi laut *itu acara utamanyer he he*



Menu special ~ Mee bandung dan Rojak ketam !


 Tu dia pekena ABC tepi laut  petang-petang !


Sempat lagi budak-budak ni terjah taman permainan !

Bakar-bakar @ 2 in 1 Mothers Day & Fathers Day


The next day dah habis majlis kenduri rumah sebelah kitaorang plak sambung buat 'kenduri' kat rumah. Buat bakar-bakar sket. 


Ketika sessi membeli belah barang-barang basah kat Kip Mart KT.


Tu dia wajah-wajah yg dah kelaparan.. he he




         

    
Antara menu yang tersedia

Sessi bacaan doa. OK. yang baca Atuk tapi orang lain yg di candid ngeh ngeh ngeh


sessi terjah bermula


Di sebabkan organizer busy sediakan juadah dan busy nak makan, amek gambar pun semua candid jekk.. hu hu.


To Emak & Abah, 
We love you so muchhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!

Sekian laporan dari Johor.. peaceee...!
Happy Father's Day..!!

Happy Father's Day to my beloved Hubby, En. Sham. Terima kasih atas kasih sayang, kesabaran dan pengorbanan terhadap Mama & anak-anak selama ini. Doa Mama & anak-anak, semoga Papa terus menjadi "Our Great Papa !". We love you so muchh!! Tanpa Papa siapalah kami... uhuk..!

Tak lupa jugak buat Ayahanda tercinta, terima kasih yang tak terhingga di atas jasa-jasa dan pengorbanan Abah sejak aku kecil sehingga ke hari ini. Hingga ke hujung nyawa pun belum tentu dapat aku balas jasa yang telah Abah taburkan.  Dan juga kepada semua lelaki yang bergelar 'Ayah' terutamanya ahli2 keluarga ku, ipar-iparku, doaku  semoga kalian sentiasa di limpahi rahmat dan kebaikan yang tidak terhingga dari Nya.


Father's Day celebrate 1 hari awal.. since 20th Ahad dan last day cuti sekolah so ingatkan Ahad duk umah 'simpan' tenaga je  hu hu. 19th pagi-pagi celik mata je both kiddies terus wish Papanya. Danish plak sebelum cuti sekolah hari tu dah standby 'Father's Day card' untuk Papanya. Aku nyorokkan supaya boleh bagi hari nih.. he he. Okeyy.. sebenarnya Mamanye angkara la sesuka hati tukar tarikh dari 20hb ke 19 hb hehe.


Lepas sarap terus pergi IOI. Nak gi tengok Toy Story 3 la konon. Since tak booking so kenalah gi awal. Sampai sana kul 11 lebih.. Orang ramai dah berkerumun depan GSC.. dalam kul 11:20 pagi baru la ada sorang mamat ni ngan seluar bermuda muka cam baru bangun tidur bukak kunci pintu masuk GSC. Mesti kes lambat bangun ni.. adoiiiiii. Sekali pintu terbuka macam citer Ali baba, tak sempat pun 'pintu gua' terbuka habis, org ramai berkejar masuk queue kaunter beli tiket..! Termasuklah I yang dapat beratur agak baris depan gak lerrr.. ngeh ngeh ngeh!


Seb baik la aku pun dapat depan gak.. kalau tak memang tahap terkeluar GSC la beratur! Anyway dapat ticket Toy Story 3 kul 12:30 tghri. Masa tu jam baru kul 11:30 am. Terus gi cari port makan. Hari ni special day so aku ngan excitednya treat Abang ;D.


We decided to having lunch kat Papa's John yang mottonyer Better Ingredients, Better Pizza chewah!  First time gak masuk sini, selalu tengok dari jauh jek. Main menu, Pizza, chicken http://disney.go.com/toystory/wing & pasta. Amek set & plus ala-carte.Pizza dia OK laa.. sedap gak lerr kira tak le tebal sangat so tak le muak sangat. Apa yang di rencahkan bila makan rasala.. tak de la rasa tepung je!







Organizer pun sibuk gak nak interframe.

Lepas makan dah nak dekat kul 12:30pm dah! Terus bergegas ke GSC. Sempat lagi Danish & Dania posing kat manumen Father's Day yang di sediakan oleh pihak IOI. Laaa.. Papanyer maner..? ade ke patut duk belakang HP camera... isk isk isk


Toy Story 3

click pic to enter Toy Story 3 official site


Alamak.... sape yang belum tonton lagi citer ni pergilah tengok..!!! Nama je citer kartun, tapi ntah camner leh lak mata aku leh sampai 'merah-merah' seh..!Biar betulll ?! Jenuh nak jawab Danish tanya "Mama.. apsal tadi mata mama merah tengok citer kartun tuh ?' Adoiii...Haru betul !  Aku yang 'over' acting ke atau pun memang script citer ni memang dahsat ! Seriously citer ni memang really worth it! Aku malas la nak citer lelebih sebab aku pun tak suka kalu orang lain suka citer jalan citer citer yang aku belum tengok *apa punya ayat neh ?* lepas tu excited nak citer dengan dia punya ending sekali! Lengkap! Rasa macam nak karate sekali je! ha ha . TAPI kalau nak tengok dia punya Official Teaser Trailer leh la KLIK SINI. Aku cuma leh simpulkan dalam 4 perkataan - Appreciation, humor. loyal & courage. Ha apa lagi ? Pergi la beli tiket!

Habis menonton GSC terus gi USJ cari wedding present untuk my Japanese fren. Tak dapat nak gi wedding dia last May ari tuh.. jauh sangat beribu batu, cuti pun paras hidung. So carikan Hadiah je dan kirim kat ex-office mate yg tgh balik bercuti ke Mesia ni.


Dan yang paling best lagi... dalam pada celebrate Father's Day hari ni... kami di kurniakan lagi dengan 2 . . . ( di baca sebagai DUA dot dot dot ). Maka dengan itu bertambahlah tanggungjawab En Hubby sebagai Papa..

Apa dia dot dot dot tu..? tunggu next entry yerrr..........................!!!!!!!!!!!!!!!!!