Petang hujung minggu, week end pertama cuti sekolah ni Abang Danish dah kena kidnap dek Mak Longnyer awal-awal. Tinggal la Dania sorang dapat layanan 120% dari Mama, Papa & Bibik ! Payah la nak dengar Dania 'meraung' sepanjang 5 hari tu.. maklumla tak de geng nak ber'perang'.


Petang tengok Papanya jogging dia pun sibuk nak ikut jogging..! Excited terlebih...! Kasut yang di pakainya BUKAN kasut sukan atau kasut joging.. kasut jalan. Habis di belasah buat jogging.. adoi..jahanammm la kasut tu.. hu hu hu!


 Tu dia dia punya semangat dan excited ...!
One way jogging ~ tersengih sengih sambil belari.
Bila tanya penat tak?
Tak enat pun..! katernyer



Lari lagi... lari lagi! Yah yah yahh..!!! 
Mamanyer dalam hati " Mamanya serupa macam tak jogging cam nehh!"


Jap lagi bila pusing balik... dah sibuk suh pimpin tangan sebab takut kena tinggal...
Papanyer pun... ni nak jogging ke nak jalan-jalan ..?
Habis pusing balik Mamanyer tanya "nak jogging lagi tak ?"
Dania ~ "Tak nak.. enat ama. Jom alik umah "(Tak nak. Penat dah Mama. Jom balik rumah)
sambil geleng kepala dan buat jelir lidah kepenatan.

Yok yo o jekk...!
Salam..

" Hari ini 12 th June 2010. Ada 3 peristiwa penting pada tarikh ini dalam hidup saya
12th June 0*' ~ En Hubby masuk kerja buat kali pertama
12th June 0*' ~ Saya pula masuk kerja buat kali pertama
12th June 03' ~ Allahyarham Bapa Mertua meninggal dunia. 
Al-fatihah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham "


Baru-baru ni ada kawan-kawan rapat tanya macamana rupa Earning Account dalam Nuffnang.
So hari ni saya paparkan sedikit 'rupa bentuk'nya.
Of course saya pun masih baru berjinak-jinak dan beramah mesra dengan En Nuffnang jadi setakat ni performance pun masih ciput macam kat bawah ni hu hu. 
Tapi takper, bak kata orang tua-tua .. never too late to learn.. betul tak  ?


Kalau tengok dalam list ni ada 3 kategori,
Buffered Earning, Metered Earning & Campaign.
InsyaAllah next entry saya akan update 'Cara-cara berkenalan dengan En. Nuffnang'.
Tapi scope untuk beginner je la itu pun atas permintaan rakan saya.... stay tune....!
salam..

Hari ni Perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 akan bermula...! Acara pembukaan yang berlangsung di Soccer City, Johannesburg Afrika Selatan  baru saja selesai.  Kepada kaki-kaki bola nampaknya akan mula mengalami simptom-simptom 'bulan ramadhan' awal tahun ni sebab akan mula bangun awal pagi bukan nak mengadap santapan untuk bersahur tapi nak mengadap BOLA dalam skrin TV..! Ha ha

Anyway nak share main INFO untuk FIFA WORLD CUP 2010 kali ni. 

FIFA WORLD CUP 2010 LIVE MATCH SCHEDULE

 credit to soccer station

FIFA WORLD CUP 2010 DRAW


FIFA WORLD CUP 2010 STADIUM LOCATIONS



Nak tahu lebih lanjut..? Layari :-


PIALA DUNIA FIFA 2010






Selamat menonton ya..!


Lagi satu kalau korang dah mula merasai simptom-simptom pelik seperti badan dah mula di penuhi bulu... cepat-cepat dapatkan rawatan doktor sebelum korang bertukar menjadi Burung Hantu..! 
menyengettttt jeee haaa.. Eeeeeee.........!!