Aha...! Jejak Cameron Highland for 2nd time...!! 
Bila sebut Cameron Highland aku tak leh lupa 
KEENAKAN DAN KEMANISAN JAGUNG MANIS CAMERON!! 
Itu lah RATU MANIS!! Memang terhinggat tahap bertahun-tahun lah especially aku yang memang ANTU JAGUNG..!!! Ha ha



1st spot. Rich floral & strawberry centre. Mesti singgah sini pekena jagung rebus manis dulu!! Memang peberet sangat-sangat makan jagung cameron nih...! Sampai-sampai je aku sorang habis 3 cup!! Ha ha ha! Pas tu beli aiskrim mesia perisa Strawberi + cendawan goreng. Memang super duper marvellousss! tertarik mengancam kau memang kadabom laa...!!




Hari kitaorang pergi tu memang jalan menghala ke arah Ipoh jammed giler giler. Kebetulan hari tu ada Hari Perasmian Kampung Pertama orang asli di rasmikan pulak oleh Timbalan Menteri. Apa lagi, jalan yang sekangkang tungau tu pun cepat je la jammed. Nasib baik kitaorang menghala bertentang arah. Tapi confirm la tak leh U-turn kalau tak masak la kena tempuh jammed! Pasar pun tak dapat nak singgah sebab parking penuh & over crowded hu hu.Tak singgah pasar kitaorang gi Strawberry centre.. cari buah tangan sket. 




Saner sini strawberi nyumm nyumm!!


 Lepas tu cari farm yang boleh gi plucking strawberry. Seb baik jumpa tempat plucking tuh! hu hu. So sempat la merayau kejap kat ladang gi petik buah strawberi hu hu. Dania la exciteddd.. dia ni memang pecinta alam sekitar skett hu hu





Habis plucking aku dah cemas nak cari Jagung manis mentah nak bawak balik. Mana cukup makan 3 cup! Entah bila lagi nak sampai sinih wehh! Dah la pasar dah terlepass.. nak U-turn tak sanggup lak nak menempuh Jammed! Seb baik la ada gerai-gerai tepi jalan jual jagung & buah-buahan. Datang aku habis aku borong semuaa! Tinggal 2 longgok plus yang dia gantung2. Semua turunkan aku perabeh borongg ha ha. Orang lepas aku sampai gigit jari laa.. sorry ye kak! kui kui kui


Dapat beli jagung 3 longgok lega dah. Memang kat Mesia ni Jagung Cameron lah yang TERBAEK! Walaupun rupe tak seindah kabar, tapi kalau rebus jagung ni sekali ngapp! Tu diaa... sekaki jauh dia punya percikk juss diaa.. perrghhhhhhhhhhh!! Seriess nih.. aku siap ukur lagii ha ha. 
So dah dapat borong jagung terakhir kat gerai tu, senyum pun dah terlebih paras terlingaa..  terus la balik.
On the way balik tu sempat singgah Cameron Bharat Tea plantation.
Singgah ambil gambar sambil menikmati udara nyaman di ladang teh yang serba menghijau!





Lepas ronda ladang  teh sambil posing gedikss terus la balik rumah. Pukul 10 malam gak sampai.. boleh tahan jugak letihh!! hu hu


Opsss.. SEBENARNYA.........
bila rewind balik cerita sebenarnya Vacation ni tak terancang during labour day Holiday hari tuh. 1hb tu Abang ada bowling tournament ngan customer kat Ipoh (sikit punya jauhhhh daaaa..). Dah alang-alang gi Ipoh sia-sia lah kalau tak singgah Cameron cari Jagung manis kan! ha ha. Masa tu dah last minit. Nak cari Hotel kat CH memang of course la dah full booked. Last2 malam sebelum bertolak tu dapat gak la book Impiana Hotel kat Ipoh. Tu pun thru international travel agency nya website (Travelocity). Masa booked pun rate dalam USD. Kalau call hotel memang rata-rata full booked dah sebab public holiday la katakan. Seb baik dapat gak booked last minute!

 Geng-geng baju hijau group comp Abang & customer

Slot penyampaian hadiah

So 1st day tu lepas subuh dh bertolak dan jam 9 dah tercegat kat Ipoh Parade hu hu. Lepas habis bowling tournament lunch kat Restoran Laksamana Cheng Ho (Amy~ search nyer). Sedap gak makan kat situ.
Lepas lunch bersurai dan kitaorang pun terus la check in hotel.

Welcome drink upon check in


Siap posing ala-ala pengantin baru yang tak tahan tuu... ha ha ha


 Ni yang paling best... Multipurpose chair. Malam leh jadi katil Danish.. kemain posingg ala I'm da boss!


 Petang tu jalan-jalan kat Ipoh parade lagi sambil cari swimming suit Danish & Dania yg terlupa nak bawakk.. Tak pasal2 kena beli baru...adoiiiiii!


Jadi playground dalam bilik

Tu dia punya nyenyak tidur... ZZzzZZzZZz


The next morning lepas breakfast apa lagi.. masa utk terjun pool la budak2 nih. Yang best nyer leh plak terserempak ngan senior kat tepi pool tu. Punya la kecik dunia ni hu hu.





Lepas puas layan budak2 ni mandi kolam, terus siap-siap dan check out. Barulah  gerak ke Cameron Highland.. yesssssssssssss!! On the way tu sempat lagi singgah beli limau bali kat Jalan Tambun. Bleh tahan mahal! Sebijik bleh cecah RM25 ! Padahal dulu kecik-kecik dekat laman rumah aku ada sepohon pokok limau bali besar yang sampai tak termakan dah buatnya! hu hu


Yang bestnya ade cerita di sebalik Limau Bali Tambun ni... dah balik cuti baru tau... Tapi kontroversi sket.. so tak leh lah aku nak citer kat open public ni.. takut kena saman lak... Nak tau apa citernya, bleh la tanya orang-orang Melayu Perakk..! hu hu hu

Sekian la percutian IPOH vs Cameron Highland kami.. adiosss!
Adoiii... nak citer pasal template blog galeri masakan aku nihh.. sebenarnya dari mula guna template ni memang rasa ada je yang tak kena. Adjust sana, sini senget, adjust situ sane hilagg...iskk..! Tapi tengok template ORI memang jatuh cinta pandang pertama di buatnya. Berapa kali cari template lain tapi tetap hati ni berkenan kat template lama tu jugak..

RUPA ASAL



RUPA tengah BLACK OUT!


Lebih teruk lagi hari ni langsung blogku yang comey putih berseri backgroundnya tu tetiba bertukar hitam! Lorrr.. ingatkan rumah je bleh black out, ni blog aku pun nak black out jugakk..?! Adoiii.. tensen makcik. Dah le baru setahunbulan jagung, kalau 'lampu' pun blackout camne la kengkawan nak singgah sini ye dak..? Tambah pulak hari ni K.Hana report kata comment box aku tu susah lak nak submit.. isk isk iskkk... Lepas tu dapat E-mail dari Mama Fiza pun mention benda yang sama..  terus pikir panjang tak berapa nak panjang.. amek je template baru... zasssssssssssssss!!! Puh kiri puhh kanann.....!! Taraaaaaaaaaa...........!!


Harap-harap takde masalah tengah template baru nih. Kalau ada nampak macam dinding tak abes cat, lantai tak abes simen tu buat-buat pejam mata je la yekk... tuan rumah pun baru nak godeh godeh he he he.

Kalau kengkawan pun terhingin nak tukar template bleh la singgah 


Banyak template best-best kat sini...! Try la tengok!

Kenapa ? Tak percaya...??? 
Percaya lahhhhhh...!! *ikut ton lagu Dato CT*. Dalam SALE ada SUPER SALE!! Kalau ada yang dah dapat duit Bonus, atau dah nampak bayang-bayang Bonus atau memang duit berlumut tak tau nak buat apa.. bleh la terjah-terjah Jualan Gudang Jusco Bukit Raja, Klang dari 4hb sehingga 6hb Jun 2010 (Jumaat ~ Ahad)

Macam biasa, belanja >RM 100 dapat Jusco Voucher Free lagi RM 5, lepas tu dapat kumpul mata ganjaran Jusco yg boleh di redeem dengan Voucher Jusco pulak setiap hujung tahun! Tu la yang aku sukerrr sangatt pergi Jusco Day Card atau SUPER SALE cam nih. Potongan sehingga 70% beb! Kalau lucky kena happy hour mau up lagi sampai 80%!! Tak ke berbaloi baloi..! Anyway aku pun tak la selalu pergi, setahun sekali dapat terjah pun OK apa buat lepas-lepas rindu hu hu hu.

Anyway silalah cek 'wajah' aku betul-betul dlm blog nih.. plan gak nak terjah Sabtu pagi-pagi limun ni. Kot-kot terserempak ngan geng2 blogger jangan segan-segan tegur no! he he. Jom pi shopping...!!