Akhirnya.. setelah 3 malam Celcom broadband speed macam hampeh, speed yang tak sampai pun 5 kbps ( ??!), kebetulan pulak lately asal malam je hujan.. akhirnya malam semalam barulah dapat berVIDEO CALL dengan Abang untuk pertama kalinya !
Streamyx yang Abang apply 13th Dec pun nak dekat 2 minggu baru settle phone line activation! Padahal rumah kitaorang dah 3 tahun ada phone line dan baru je terminate 2 bulan lepas.. Meaning cabling semua dah ready tapi still took 2 weeks to reactivate the line! Tu tak termasuk another 3-7 days untuk streamyx installation pulak (..????!!). Nak dekat sebulan baru bleh settle kerr..? bleh di terima dek akal kerr..? Penat aku follow up & complaint tapi kalau dah servicenye lembap tu lembapp le jugakkk.. Moralnye no wonder kalau semakin ramai pengguna 'POTONG' walaupun aku baru je nak 'SAMBUNG'... tu pun nyaris2 rasa cam nak terminate balik....isk!
Anyway, malam semalam utk pertama kalinya berjaya bervideo call ngan Abang setelah aku install Skype and create new Skype account dalam PC lain and try communicate from Master bedroom instead of communicate from mini entertainment room (chewahh!) kat bawah. Dari MB barulah broadband speed improve sket(kebetulan cuaca cerah mlm semalam) and dapat la aku & Danish (Dania dah tergolek tidur) bervideo call ngan Abang selama lebih setengah jam! Tak sia-sia tungu Abang online sampai lewat malam. Abang lak ada dinner semalam suh dapat online nak dekat kul 1 pagi! Maklum ler waktu kat India 2 jam setengah lebih awal dari kat Malaysia. Kalau aku kul 1 pagi Abang baru kul 10:30 mlm..iskk iskkk
Danish dalam standby mode... tunggu Papa online jekk
Test video... clear ke takk
Danish ngan yang tak duk diam time online.. kejap duduk, kejap baring.. hehe
Lepas cakap bye bye ngan Papanye, tengok papanyer offline je tak semena-mena menangis lakkk.. tu lah dah rindu sangatttt!

Anyway, kepada yang berminat menggunakan Skype untuk Phone Call/Video Call secara percuma melalui internet, boleh layari.
http://www.skype.com/intl/en/download/skype/windows/?c=101

Just download, then install (took about 30 minutes!). During installation akan kena create account. Then add contact.. mesti type name exactly seperti yg dah diregisterkan and send message. Then bila both party online (green sign) dah boleh start call or video call!
P/S : Sambil aku blogging ni sibuk Danish suruh call Papa...
'Mama.. call la papa.. Danishhh rinduuuuu.....!' dengan muka sedihh sambil peluk mamanyer.
Aku balas, Papa tengah kerja.. malam nanti baru boleh online.. Danish dah berguling kat tepi nih.. sedih... alamakkk.. dah start menangis rindu kat papa pulakk..!!. hu hu! Menangis-nangis sebut 'Danish rindu Papa... Papa ni lambat sangattt balikkk...!' Alaa..ciannyer nyer anak bujang mama nihh... aku pujuk2 nangis gak last2 hantar sms kat Abang suh call balik...
bila Abang call balik.. dengar suara Abang... ngan Mamanyer sekali 'hujan'... uhukkk!
Abang outstation ke Mumbai malam ni bersama 2 lagi rakan sekerja.. flight pukul 8 dari KLIA. Kali ni Abang akan pergi 8 hari sampai Isnin depan. Aku dan anak2 bersama BIL pergi hantar Abang ke airport petang tadi...

Seb baik makan kat KFC.. kalau makan Prosperity Burger kat Mc D mau ada adegan
'Papa pergi seminggu je la mama... Adik pun rindu papa jugakk! " hua hua hua

Danish macam biasa 'kenyang' main dari makan
Kira-kira pukul 7:00 ++ Abang masuk ke balai berlepas. Danish dari mula bila bagitau
Abang 'Papa work lama tau tak balik'
Danish siap merungut 'Papa ni asyik worrkkk je..'
Isteri2 dan anak2 yang kena tinggal... uhuk!
Dania pulak bila Abang turun je lif kat gate perlepasan antarabangsa terus la meraunggg.. 'Papaaaaa...!!! UuuUuuwaaaAaaAaAaa !!'
Kalau 2 tahun lepas hantar Abang gi KLIA, Danish yang meraung tak sudahh.. on the way balik pun nampak flight je meraunggg lagi panggil papa..! Kali ni Dania pulak meraunggg tak sudahhh.. sedih tak dapat ikutt!! Chiaannyeerrrrr bucukk mama nih.. huhuhu

Anyway semoga segala urusan berjalan lancar.. selamat pergi dan selamat kembali Abang...
We miss you so muchhh!
Malam ni Abang pergi Outsation ke Mumbai, India seminggu ! Isnin minggu depan baru balik.. uhuk! uhuk!!

Malam semalam Abang ajak gi makan seafood kat Bagan Lalang! Wahhh.. teruja gak sebab aku pun tak pernah gi makan seafood kat Bagan Lalang ni huhuhhu!. So malam semalam, lepas maghrib kami bertolak dari rumah. Since tak pernah pergi Abang pun just snap peta dari
internet jek.

Perjalanan hampir melewati sejam.. tapi kitaorang belum sampai! Perrghhh bleh tahan jugak jauhnyer. Last-last dah suspen guna gak le Garmin sebagai penunjuk arah. Seb baik ada Garmin - tolong sebut jarak & arah, mana nak belok etc. Dah la first time pergi, malam plak tu confident pakai redah jekkk.. seb baik tak terlajak sampai ke Morib! Kui kui kuii..!

Anyway dalam kul 9:00mlm kitaorang sampai. Sampai-sampai memang agak sesak jugak tempat tu.. selain restoran2 tepi pantai, ada gak jualan bazaar yg serba meriah dan beberapa group yang buat perkhemahan tepi pantai..!

Akhirnya kami singgah di sebuah restoran Bayu Malam. Sebenarnye tengah2 survey restoran tetiba Danish dah sibuk nak 'membuang' terus la singgah kat restoran berdekatan, Bayu Malam tuh.. huhuhu

Basically konsepnyer camnih,
i) Memula pilih seafood untuk di timbang

ii) Pas tu order la nak masak apa seafood yang dah dipilih tu...
Dania yang dah tak sabar tunggu hidangan siap di masak
Antara yang di order
Udang goreng kunyit
Ikan bakar cicah sambal kicap (perrghhh!!!)
Masakan pedas
Sotong goreng tepung

Kerapu sweet sour
Tomyam
Masa untuk nyum! nyum!!
Wajah ceria orang yang 'dibelanja' hua hua hua.

Antara banyak-banyak tu yang special kupang yang panjang2 tuh.. apatah namanyerr. Sotong goreng tepung pun sedapp.. udang tu Dania belasah sorang jee... kerapu pun not bad and yang paling best sambal kicap cecah dia lah..! Pekat dan cukup rasaa.. aku belek2 juga apa ramuannyerr.. hmmmmmmmm...

Semua yang di atas tu termasuk nasi & air minuman untuk 5 orangg.. kachinnnn! RM92. Terima kasih banyak-banyak Abang.. lain kali bleh datang lagi.....!

Ni plak interfram masakan tengahari tadi... ngam-ngam je siap masak gas dapur pun habis... seb baik sempat settle semua especially sambal goreng untuk bekalan Abang nanti.. ! Muaahhhhh
Okehh.. nak siap-siap dah gi hantar Abang ke KLIA....