Dah 31 haribulan! Hari ni last day untuk redeem FREE Birthday Coupon Treat movie ticket sempena bufday aku bulan ni.. from GSC and exclusive for GSC website members only! he he *wink!* Siang tadi keluar pergi wedding ofis mate Abang n balik tu sempat bawak budak2 gi Mines.
Since hari ni dah last day of oct so planned ngan Abang nak tengok movie malam nanti. Lepas maghrib elok tengah bersiap-siap nak keluar tetiba Abang dapat call dari jiran belakang rumah ajak ke open house rumah diaorang.. memula rasa heran gak nak kata open house raya, raya pun dah habis anyway since dah bersiap-siap terus la kitaorang singgah rumah jiran tu terus.. Danish & Dania dah 'dikaburi' dengan DVD Upin & Ipin - Geng the movie kat dlm 'mini entertaiment room' ... aku & Abang lak keluar rumah ikut pintu belakangg.. hehehehehhehe.

Kul 8 kitaorg dah sampai kat rumah jiran belakang.. rupernya open house sempena keluarga dia yg datang ke selangor so alang2 dia jemput jiran2 terdekat. Ada nasi lemak, bihun singapore, rojak buah, ayam + ikan + kerang bakar dan koktail. Sedar2 setengah jam gak lepak kat rumah jiran tuuu.. dah kul 8:30pm! terus la kitaorang gerak ke GSC IOI puchong. Sampai sana nak dekat kul 9:00mlm... mak aiii malam minggu, ramai betul orang queue beli ticket. Since aku bawak coupon free tu Abang pun sarankan aku pergi terus ke kaunter redemtion & reservation.
So terus la aku ke kaunter redeemtion & reservation sambil Abang queue just in case kalau kena queue jugak. Counter salesgirl pun explain kat aku macamana nak redeem ticket GSC tu.. Yang aku tau dalam T & C kater boleh guna kat semua GSC, untuk movie bertanda * sahaja (of course not including new movie yang baru masuk panggung), lepas tu only 1 ticket redeemtion per year. Sebelum keluar aku dah cek kat website file apa yg bertanda * mlm ni kat IOI Puchong - Terminator salvation & Jangan pandang belakang - CONGKAK. Tengah aku berkira-kira nak tengok movie mana tetiba ada satu couple datang kat sebelah aku sambil dengan nada marah nyer bercakap dengan counter salesgirl tu.. yg pasti nya both couple and salesgirl tu bukan mim lam alif ya wau kita...

Unknown couple : Can you proceed with my ticket first because I'm queing *grrrrrrrr!*
Counter salesgirl : Oh.. but this is reservation counter
Unknown couple : So...?!!!
Aku : It's Ok. Please proceed with their ticket first.. *malas nak kecoh-kecoh*
Counter salesgirl : Terus settlekan ticket for the couple sambil aku tunggu kat sebelah.
Unknown couple tu lak memang communicate dengan nada marah.. nak bayar pun aku tengok dia campak je duit tu kat counter salesgirl tuhh..
Counter salesgirl :' Haiii.. diaorang ni kadang-kadang tak faham bahasa!' rungut salesgirl tuh
Aku : Hmm.. biasalah tu...

Anyway aku pun terus la pilih movie mana nak tengok.. since Abang baru beli DVD terminator Salvation last2 kitaorang setuju nak tengok Jangan Pandang belakang- CONGKAK! Dalam kepala aku 1 ticket je free 1 ticket kena bayar.. tengah nak keluarkan duit tu..
Counter salesgirl : It's OK. This is FREE ticket.
Aku : For 2 ...?
Counter Salesgirl : Yesss..!
Aku : Oh Ok. Thank you very muchhhh! *Wah ni dah cukuppp baekkk!*

Aku pun tak pernah redeem birthday treat coupon ni.. anyway semua benda berlaku ada hikmahnyerrr.. aku rasa T&C kata FREE 1 ticket ONLY tapi dapat 2 FREE ticket plakk.. rezekii.. huhuhu. Dah la nak pergi tadi planning sampai nak dinner dulu ngan Abang tapi since dah 'dinner' kat open house rumah orang.. perut pun dah kenyangg terus la kitaorg masuk panggunggg..kira Dating kali ni di taja penuh cuma bayar parking RM 1 je hehehehe..Lepas ni nak suh Abang lak sign GSC members kot2 dapat ticket FREE lagi Dec nih.. huhuhuh
Jangan Pandang Belakang- CONGKAK ialah filem genre komedi seram... memang tengok audience pun tergelak-gelak la dlm panggung. Komen aku - best gak citer nih & dah lama pun ditayangkan di pawagam tapi since free ticket belasah je la. Walaupun filem komedi tapi kualiti gambar dan 'hantu' memang real abesss.. Filem melayu dah makin maju sekaranggg.. sokonglah filem tempatan kitaa.. heheheheh!
Dalam 10:30 pm movie tamat.. GSC IOI Puchong pun nak extended to new wing.. dah makin besar. Kitaorng pun dapat duk hall baru hari ni.. keluar-keluar terus nampak Red-BOX. Teringat aku dapat SMS last 2 days - Red Box IOI FREE Head Charge Voucher. Terus pergi kaunter and redeem FREE Voucher. FREE lagii... best bestt! huhuhuhuhu
Lagi update kisah raya...hahahahhaha! Sori yekkk.. minggu ni la baru dapat merasa hujung minggu dapat nak melepak kat umah... so baru la berkesempatan nak hapdet.. banyak nak citer tapi tak sempat sampai nak basi dah citer2 tuh.. huhuhhu. Anyway kenangan tetap kenangannnkan.. so aku paparkan jugak kat sini.. heheheh Ni gambar2 mini gath minggu ke-3 raya hari tuh... since minggu terakhir raya yg sekali ngan cuti deepavali tu aku kena kerja berturut2 maka 3rd week raya tu aku buat ler masak2 skettt.. ajak la kenkawan terdekat, jiran-jiran & ofis mate. Buat kecil-kecilan je punn.. huhuhuh



Antara menu yang sempat aku masak lontong ( Nasi impit, lodeh & sambal tumis ikan bilis), steamboat -menu wajib, pecal (sayur2 celur ngan kuah pecal kacang) and bihun singapore. Pas tu ada la goreng2 sket ngan lemang 'tunjuk'. Macam tu pun kelam kabut gak le aku masak walopon di bantu bibik.. huhuh.

Nak ikutkan start kul 3 tapi seawal jam 12 tengahari dah ada saudara terdekat datangg... lagi la aku kelam kabut last2 ngan sedara2 aku tolong sekali .. huhuu. ma kaseh bebanyak la kat K.Noi yekkk... ado ko tetamu pun tulong tuan umahh... ehehehhehe




Antara tetamu yang datang sessi petang - jiran2 dan ofis mate aku & Abang.
Port bebudak kat 'mini entertainment room'.. huhuh. Memasing tak berganjak layan PS2.




Sessi malam ngan geng2 ojosama...masing-masing bawak baby kecikk.. tu aku belum tunjuk lagi yang tengah 'berisi' termasuk la yang baru dapat baby tapi dah 'berisi' kembali... he he he..sebab tu la tahun ni aku bermurah hati buat mini gathering sebab geng2 aku yang lain ni ramai yang ada anak kecik & berbadan dua tahun ni.... tahun depan dah cop aku lak nak terjah umah diaorangg.. hua hua huaaa!
Antara wajah-wajah baru yang pertama kali sampai ke rumah tahun ni... Cik Noora & noname + En Zaaba.... Lepak kat luar sambil layan steamboat panas-panas.. fuhhh!!
Port kanak-kanak yang riuh rendah main kat playground.... kejap2 ada la yang berlari masuk rumah menangiss.. heheheheheh.. meriah! hahahahah
Terima kasih pada semua yang telah sudi datangggg... jumpa lagi tahun depannnnnn....
Syawal dah sampai ke penghujungnyaaa... baru sempat nak hapdet... kuwang kuwang kuwangggg... aku pun kira dapat beraya 3 hujung minggu je . Cuti deepavali lepas 3 hari berturut kerja dek system upgrade punyer project... hari-hari balik matahari dah terbenam tu tak termasuk kalau bawak jepun-jepun dari HQ pi dinner plakk... moralnya aku belum ber'cuti' lagi dari last week...huhuhu. Anyway, tema ke-2 Raya tahun ni - Putih Merah.. sempat snap sebelum keluar beraya umah. Pi beraya ke rumah kenkawan sekitar KL & sempat terjah IKEA.. ehhehhe
Port Dania dalam kereta.. suka sangat duk depan aku...
Tema ke-3 baju raya... hijau pucuk pisannggg.. heheheheh... I likeeeeeeeeeeeeee..... hari ni gi beraya ke-rumah sedara mara....
Melayan Danish & Dania mail 'remote control'... diaorang tekan remote sambil sebut 'Stop! - Go! - Slow - Fast! - Sing a song!" pas tu aku la yg jadi mangsa kena buat aksi2 tuh! melekek2 ketawa 2 beradik ni dalam kereta kesukaan..! huhuhu
Port Danish dalam keter... dari kecik sampai sekarang.. jenuh suh duk belakang jap lagi boleh merajuk ' Mama tu dengan Dania je.. Danish je dengan bibik... tak nak kawan..' Dushhh!!
Bila dah habis beraya nak ajak balik.. especially dari umah Mak Long nyer yg ramai ada sepupu2nyerr.. ni laaaaa rupernyee... menangis-nangis tak nak balikk!!! Tak puas main ngan sepupu2nyerrr..iskk iskk iskkk
*********************************************************************************
KEMERIAHAN BERAYA di JOHOR
1 shot sebelum berkonvoi raya ke rumah sedara-mara..

Since raya ke-4 baru bertolak balik Johor.. maka sempat la aku join Marhaban Perempuan yang berlangsung selama 3 hari kat kampung.. 1 blok 25 rumah, 1 hari 8 rumah.. hari-hari Menu memang pelabagai di sediakan dek tuan ruamh. Danish & Dania pun tak lepas peluang join... seronok budak-budak ni - dapat kuih raya... makan.. dapat 'jajan'... berkonvoi reramaii- memang excited sangat.. aku pun excited tengok! huhuh

Tema sedondon.. di taja oleh Mak Usu.. Biru!
Habis marhaban.. kat rumah masing2 keluarkan 'hasil' dalam beg masing-masingg.. tu diaaa!

Jap lagi... ada lak yang bukak kedaiii... jual balik 'jajan' tadi. Habis la daun pokok nenek jadi mangsa 'mata wang' nyerr.. huhuhuh

Tu dia peniaga ngan pelanggann.... seronokkk tengok diaorang nihhh..
Danish : 'Dua singgit dua singgit!!!! *Mail - Upin & Ipin *

Marhaban hari ke-3.. tengok Dania lengkap! Dengan bag duit raya.. sampul duit raya.. mana nak makan lagi.. dengan air kotakknyerr.. serba meriah! hahahahhahaah!
Danish mengadap ayam gorennn.. habis berapa ketul ntahh!

Dah habis marhaban tahun ni.. tunggu tahun depan pulakk... bestttnyerrr!!!!!!!

Dania yang jakun tengok ayammm.. pagi-pagi mesti merengek suh bawak dia gi tengok ayam belakang rumah atukk.. penyudahnyer Atuk amek ayam buh dalam bakulll.. letak dalam rumah bagi Dania mainn.. kemain ceriaaa Dania dapat main ngan anak2 ayam tuh!! huhuhuh