Salam Aidilfitri buat semuaaa....!

Wah wah wahhh.. raya cuti sakan, naik cuti masuk kerja baru la sempat nak hapdet..huhuhuh.
Tahun ni tema baju raya - Kuning kecoklatan..! Dan turn raya tahun ni ialah di Pahang... Jumaat lepas berbuka, lepas collect 'frame 5th anniversarry' dari Min, Pretty Peektures baru la kami bertolak ke Pahang. Boleh tahan jammed jugak malam tu. Bertolak kul 10 malam nak dekat pukul 2 pagi baru sampai kampung!
Sessi bersalaman di pagi raya..
Me & hubby.. Gambar semua cousin Danish & Dania kat Pahang.
Tahun ni 1st Raya utk hensem boy- Fahim *Baju melayu biru*!!
Ada la geng 'boy' Danish kat Pahang.. heheheh

Antara juadah di pagi raya... rendang, lodeh, lemang, ketupat, sup tulang, sup ayam, mee hoon, soto, Ungkep ayam, ayam masak merah, kuah kacang & Satay! Satay tu pun buat sendiri.. peram, cucuk & bakar sendiri! huuhuh



Keriangan di pagi raya & pesta main bunga api malam raya...

Moralnya Raya ni seronok sangat Danish jumpa sepupu sepapat kat kampung.... since my SIL, Ijah nak bertunang maka kitaorg pun sibuk gak le dgn persiapan nak buat kenduri. Raya pertama beraya kat rumah jiran-jiran .. Raya ke-2 gi beraya rumah sedara mara & siapkan pelamin bertunang.. raya ke-3 sibuk persiapan kenduri my SIL yg nak bertunang.. Danish pulak bila jumpa sepupu sepapat sampai lupa makan, lupa mandi, lupa tidur.. lupa segala! Calar balar kat badan jangan cakap laa.. luka sana luka sini.. sedar-sedar raya ke-3 tu lepas kenduri dia terlelap, bangun merengek cakap pening kepala... tengok2 badan panasss! Belikan Cortall.. petang tu gi beraya rumah sedara seb baik la sedar tu staff nurse.. dia cek kan body temperature Danish 39.5 degree! Terus mandikan Danish dan bagi ubat demam. Malam tu berkejar jugak le ke Bandar pusat cari klinik tak ada yg buka.. sampai ke Temerloh pun tak jumpa gak Klinik..! Last2 beli syrup Panadol je untuk Danish & Cool fever. Malam tu Danish demam, muntah-muntah, cirit birit sampai habis semua baju..! Tapi Danish tetap mantain cergasss..! The Next morning sebelum bertolak ke Johor, pergi Poliklinik berdekatan.. Dapat Ubat Demam & antibiotik...
nasib baik suhu badan Danish turun sket.. haiiiii.. main tak ingat dunia sampai demam-demam!
Majlish Pertunangan Ijah
Dalam kemeriah menyambut syawal, kami terima kegembiraan berganda dengan pertunang adik ipar aku , Ijah dengan Man dengan bertemakan kaler purple & pink. Tahniah to both of you! Semoga bersabar dengan semua dugaan dan semoga segala yang dirancangkan berjalan lancar.. Insya Allah...




Haa... tu dia Mak Andam celup.. ekekekekkeke. Pelamin hasil kerja tangan aku & K.Su... hua hua huaaa.. agak2 leh bukan bisnes andaman takk.. kuwangg kuwangg kuwangggg!

Ramadhan semakin tiba ke penghujungnya... di kesempatan ini, kami sekeluarga :-
Izan, Sham, Danish & Dania
ingin mengucapkan
Selamat menyambut Aidlifitri yang mulia
Mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki...
tersilap bahasa, tersilap komen.. tersilap terjah he he he
semoga Aidilfitri tahun ini lebih bermakna kepada semua
Tak lupa juga
berhati-hati di jalan raya,
pandu cermat jiwa selamat
Selamat menjamu lemang dan ketupat!
p/s: Kami sekeluarga akan pulang ke kampung selepas magrib hari ini (sebab masih kerja hingga ke saat-saat akhir -18hb ) dan akan bercuti hingga 27hb Sept ...
Kek bufday yg superb marvellous di taja oleh Mak Long.. ma kasehh daun keladii..hehehehhe
Lately terasa busy plak.. seb baik tak sempat naik sawang..huhuu. This entry mama nak update 2nd bufday celebration Dania on early Ramadhan hari tu.. Bufday Dania was on 1st september 09, sehari selepas Malaysia menyambut kemerdekaan ke-50! Hari tu Mama dah bisik kat Dania suh Dania keluar je hari Merdeka tu tapi nampaknya Dania memalu kucing penyudah nyer keesokan pagi kul 5:30 pagi baru mama terasa sakit contraction, Sempat mandi solat sarapan, pukul 8:10 pagi bertolak dari rumah ke Hospital Putrajaya. Pukul 8:30 pagi sampai hospital, pukul 8:45 pagi masuk labor room since dah buka 5cm... then tepat pukul 9:25 pagi lahir lah puteri mama bernama Dania Aliesya ke dunia ini...! Alhamdulillah!!Sambutan hari jadi Dania di sambut sekali dengan sepupu kembar bulannya Nurin Auni kat kampung masa balik menyambut ramadhan hari tu.. Dania 1st Sept, Auni 21st Sept. Teringat masa dalam pantang tu, aku & kakak ipar aku dua-dua pantang kat KT. Kesian kat Emak, tak cukup tangan nak jagakan 2 orang baby dalam hari masa tu.. besar sungguh jasa Emak.. dan itu yang membuatkan aku berazam kalau Dania ada adik nanti pantang kat Puchong je lahh.. huhuhuDania ni aku perasan penakut api...! Suh tiup liling tengok muka dah cemikkk siap mengundur ke belakang lagii.. sama la bila main bunga api! Bila tengok aku keluarkan bunga api berebut nak, bila start bakar je dia dah menyorok jauh-jauh takutt! Moralnya bunga api tu beli Danish sorang je yang main.. wakakakakka
Bufday Celebration di Puchong
Since masa balik kampung hari tu tak sempat beli present, just sempat belikan dress sepasang for both bufday girl je di tambah pulak Dania tak sempat tiup lilin, makanya buat la lagi celebration kat umah plakk.. just simple je potong kek, beli belon & kasi hadiah.. since buka puasa pun dah ada menu dari bazaar ramadhan.. heheheheh. Ingatkan buat kali ke-2 ni ada can la Dania tiup lilin.. ruper tidakkk.. last-last Danish jugak le yg tolong tiup lilinnnn.. iskk iskk iskk
Tang potong kek baru la Dania excited skett... hehehehhe
Abang hadiahkan Cooking set, Aku belikan baby care set *itu tak termasuk tricyle yg belikan sebab tricyle dania kena rembat orangg uhuk!* & Mak Tehnya belikan Fairy Tales CD.. Ma kaseh mak tehhh..

Excited dapat baby.. bila baby nangis je cepat-cepat dia bagi botol susu sambil pujukk baby.. huhuhuh!



Nak citer sket.. Dania ni sebelum ni pun dah ada cooking set tapi yang simple punya... asal dapat air segelas mesti dia pun mula la 'memasak' dengan cooking set dia nih... bila dapat yang set yang Abang belikan lagi lah rancak dia 'memasak'... di bantu pulak oleh chef assistant tu! moralnya memang cooking set Dania masuk singki.. bibik kena basuh cam basuh pinggan sebab Dania suka makan/minum guna cooking set dia tuh! huhuhuh
Buat Dania,
Mama & Papa sentiasa doakan semoga Dania akan terus membesar penuh ceria dan sihat dengan limpahan kasih sayang serta menjadi puteri yang sentiasa menggembirakan hati mama & papa.. we luvvvvvv you so muchhhhhhhhhhhhhhh!!!