Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan dan Matahari
Ahai...

haaa... start blogging je aku dah tulis lirik yang ditujukan khas untuk Mak & Abah kat kampung. Lagu yang pernah dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman...

Tahun ni turn aku beraya kat Pahang then raya ke-3 plak my SIL nak bertunang so most probably raya ke-4 lah baru balik beraya ke Johor. Makanya cuti hari merdeka ni aku & Abang apply 1 hari lagi menjadikan 4 hari jugak le balik ke Johor sempena ramadhan...

Seawal pukul 9 pagi kami dah bertolak.... kira-kira petang pukul 4 lebih, termasuk singgah kat bandar Kluang beli barang dapur baru la sampai kampung.. lepas adegan salam peluk cium ngan semua ahli keluarga duduk la lepak kejappp.. lepas tu nampak daun kelapa muda yang dah diraut (tinggal part lidi)

Aku : ehh.. daun kelapa..? Nak buat apa nih
Emak & SIL aku dan sengih-sengihh
K.Ezah (SIL) : Adalaahh.. rahsiaaaaaaaaaa
Aku plak dah tersengih-sengih sebab tadi Kakak sulung aku yang tak leh simpan rahsia tu dah TER'sebut'
K.Ezah : Kenapa awak pun tersengih-sengih jugakk.. mesti dah tau nih! Ni mesti Mak Long (K.Ana) dah bagitau nihh..! Suspect K.Ezah.

Terus semua spot kat K.Ana. K.Ana pun dah tersengih2 macam orang bersalahh..
dan serentak tu terus menjawab sambil tangan buat gaya mcm orang tengah on phone
K.Ana : 'elo.. Izan dah sampai mana? Mak kat rumah tengah masak ketupat ni..
terus sambung sendiri 'Haaaa..??!! Emak buat ketupattt..???!!! Yeaaaaaaaaaahooooooooooooooooooooo.....!!!!!!!!!!!!! *buat suara aku dalam telefone tu'
He he he!
Aku : Ye kerrr.. ohhh cayalah Emakkk..! Ni yang nak balik selalu nihh!!
Terus aku ciummmmmmmmmm pipi Emak!!! Muahhhhh muahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!
Pergi belakang tengok ketupat & lepat kegemaran aku dalam periuk besar..
Uwahhhhhhhh.. terharunyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dengan ingatan Emak..uhuk! uhukk!

Masuk rumah aku ciummmm pipi emak sekali lagii.. terima kasih emakk!!!! Susah payah je anyam dan rebus ketupat siap buat rendang dan serunding kegemaran lagi..Terus teringat kat lagu Sudirman tuh... huhuhuhuhu! Terharu sangat-sangattt!!

Moralnya petang tu kitaorang sekeluarga berbuka dengan Ketupat, Lepat (pulut berudang, kacang & kelapa), rendang daging, sambal goreng, serunding daging and so on yang ala-ala raya... tersangat-sangatttt lah besttt nyerrrrr tahap langit ke-7...!!!!

Terharu dengan ingatan seorang ibu pada anak walaupun aku dah bergelar isteri & mak 'orang' TAPI tetap 'anak kecil' dimata Emak.....

Sayangggggggg sangat Emakk & Abahhhhhhhhhh.......!! Muaahhhhhhhhhhhhhhh!!!


Sempena ramadhan & lebaran yang mulia ni sama-samalah kita hayati lirik lagu ni ....

hargailah kedua orang tua kita selagi mereka masih ada didunia ini..

Ayah Dan Ibu
Artist: Sudirman
Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan danMatahari
Ahai...
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati
Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat


Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-52 kepada seluruh rakyat Malaysia...
semoga keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi hari ini akan
terus diwarisi oleh anak-anak dan generasi kita yang akan datang....
Malaysia boleh!
Selamat Hari Merdeka kepada semua!
Bersempena hari merdeka ni aku masuk lagi satu contest yang diberi nama
contest ni dianjurkan oleh
Untuk pengetahuan, ComfyBebe ialah butik online barangan keperluan bayi dan MOBS pula ialah direktori aka pusat sehenti butik-butik online barangan keperluan bayi. Dapatkan segala keperluan bayi anda disini dengan harga yang paling berpatutan! *wink*
************************************************************
Jom zoommm innnn..........!!
Nama pasangan adik beradik
Abang : Danish Aiman - 4 tahun
Adik : Dania Aliesya - 2 tahun

Aku suka sangat-sangat gambar ni sebab dalam gambar ni nampak Danish steady je peluk Dania dalam dakapan dia.... seolah-olah peluk & protect Dania sambil berkata-kata 'Ni adik saya ni.. jangan kacau!' he he he.

Ingat lagi masa Danish kecil-kecil dulu bila Danish main sorang-sorang kesian je tengok Danish tak ada kawan.. so tak lama tu lahirlah 'adik' Danish buat teman dia bermain. Ingat mula-mula masa Dania baru lahir Danish excited sangat dengan 'adik'nya tuuu.. selalu sangat panjat baby Cott Dania nak kiss lah and kadang2 duduk sekali main dalam tu.. ! layan & agah Dania main mainan dalam baby cott tuh! tapi biasala kadang-kadang ada gak mood dia menyakat atau dengar erti kata lain.. sakat-sakat manja gituhh!! Kalau tak tak meriah pulak rumah ..huhuhu!

Paling aku suka tengok bila datang part pujuk memujuk. Dania ni kadang-kadang bila ada orang buat ke main ada terjatuh ke pergi menangis kat Abang dia sambil mengadu '.... tu uat' (*** buat). Abangnya pandai pulak pujuk ' Dah dahh.. Dania jangan nangis. Abang Danish ada kat sini okay...' Sambil usap-usap kepala atau bahu Dania. Haaa.. kejap je Dania dah berehenti menangisss... macam 'abang' sangat je Danish pujuk adiknya.. hehehe

Apapun, aku sentiasa doakan semoga Danish & Dania terus membesar dengan penuh kasih sayang dan saling menyayangi... aminnnn

*********************************************************************

Ini adalah antara gambar2 yg pernah dirakamkan dalam proses Danish menjadi seorang 'Abang'.. gambar-gambar dari Norizane Fotopages *wink*