Wahhh... hari ni first Ramadhann.. tengahari lepas masakkan & suapkan makan tengahari Danish & Dania, aku & Abang keluar ke Mines. Keluar pun ikut pintu dapur gara-gara tak berani nak bawak Danish & Dania keluar ke tempat awam musim-musim H1N1 yg tengah menular nihh... iskk iskk. Temankan Abang pergi Mines ambik spec mata sambil cari langsir.. blind curtain aku yang dah rabak kat rumah tu gara-gara dibuat 'tali tarzan' dek Danish.. iskk iskk iskkk.. Selesai urusan terus balik since Abang pun ada hal petang nih. Pukul 3:30pm kitaorang dah terpacak dekat Bazaar Ramadhan Putrajaya he he he. Ramai gak peniaga yang masih bersiap dengan bahan jualan... ronda punya ronda dapat la beberapa bungkus juadah berbuka puasa dari gerai-gerai yg dah mula berjual... since lauk makan malam aku masak so cuma beli kuih muih jelah untuk berbuka.. macam ni je pun dah RM17! Rasa cam tak nampak apa pun..huhuhuh . Ada gak yg aku tergezuttt ngan harganya contoh :
1. Kuih tepung pelita 4 biji - RM2!!
2. Kuih acar berlauk yg bersaiz comel lote pun 3 biji - RM1/ 6 biji - RM2
3. Bubur lambuk Kg Baru RM-2
4. Air mata kucing RM2
5. Roti BOM RM2
6. Murtabak RM2 *opsss dah kena bedal dgn Danish awal2 lagikk*
And yang special Roti John yg ada branch kat Taman warisan tuh
-Panjang RM3.70! Yang ni memang best giller lahhh
Yang lelain tu byk peniaga tgh setting gerai la and so on.. so ni jelah juadah yg di bawak balikkk... Rata-rata semua dah buh rege RM2 yekk...hmmmmmm Sampai waktu berbuka semua pun apa lagi.. terus ngappppp & nyum! nyum! nyum!!!.. tengah asyikk berbuka puasa tiba-tiba tersedar anak dara ku sorang ...
Tengah bukak 'spa' dengan air mata kucinggg!!! Boleh nyer dia celup tangan dalam gelas air mata kucing tu lepas tu sapu kat lengan kanan.. jap lagi ambik sapu kat lengan kiri berulang2.. macam orang ambik wudu' pun iye jugakkk.. bila orang tegur dia sengih2 keseronokann.. tak peduli pun.. heiii.. anak dara ni pantang dapat 'air'... ada je akalnyerrrr nak buat 'kerja' dgn air tuhh!!!! Tu air minumm laaa... ADOIIIIIIIIIIII!!!!
Selamat menjalankan ibadah puasa kepada semua..!
Yaaa... kempen sempena bulan 'low cholesthrol' masih berterusann dirumah aku heheheh.
Menu diatas ialah menu minggu-minggu terakhir sebelum puasa..
Kali ni aku nak menurunkan resepi sambal belacan khawww yang aku belajar dari tukang masak veteran kat kampung Abangg kalau ada kenduri kendara.. jom kita tengok resepinya!

Resepi Sambal Belacan KHAWWW!!
(Sukatan utk satu mangkuk kecil - 2-3 kali makan he he)
1. Belacan -1 inci
2. Bawang merah besar - setengah biji
3. Lada besar - 1/2 biji
4. Cili padi - 20 biji
5. Air asam jawa - 4 sudu
6. Gula/garam secukup rasa
7. Limau nipis/kasturi

Cara-cara :
1. Gorengkan belacan & bawang besar dgn minyak sedikit dalam kuali hingga naik bau.
Toskan minyak *Boleh jugak goreng sekali semua lada/cili padi kalau suka*
2. Tumbukkan lada besar & cili padi yang sudah dihiris hingga agak halus. Masukkan
belacan & bawang yg sudah layu tadi. Di tumbuk.
3. Masukkan gula & garam secukup rasa
4. Selesai ditumbuk alihkan ke mangkuk dan masukkan air asam jawa dan kacau.
5. Picitkan sedikit perahan limau nipis/limau kasturi.
Siap untuk dihidangg!
Sambal belacan sepatutnya ada rasa pedas... cukup rasa masam,masin & manis.. perrrghhhh!

p/s: Kalau Abang pekena ulam sambal belacan ni.. memang berpeluh2 makann.. macam lari 2 padangg! hahhahaha
Komen Abang : Mama punya sambal belacan memang powerrrrr...!!! *winkkkk! He he*
Contest again! Hahahahahha..
Sila jangan hantuk kepala kat dinding tengok entry aku nih.. wahahahahah!
Seronok nak memeriahkan contest :P
Tema contest kali ni:

This time by Yatie who lives in Fukuoka, Japan yang balik bercuti ke Malaysia
sempena natsu yasumi ( cuti musim panas ). Untunglah cuti musim panas kali ni jatuh bulan Ramadhan, boleh jugak merasa berbuka & bersahur dengan keluarga tercinta di tanah air dengan juadah berbuka yang pelbagai dari terkulat2 berbuka puasa kat negara orang yang tak tentu masa dengan jadual kuliah dan sebagainya.. silap-silap berbuka pun telan gula-gula je sebab waktu berbuka kuliah pun tak habis lagikkk hehehehehhe. Kalau Yatie balik bercuti sebulan alamat sempat menyambut Aidilfitri di Malaysia jugak lah kan!
Alangkah seronokknyerrr!!!
Anyway, welcome back to Yatie & family. Semoga selamat dalam perjalanan pergi dan balik. Dan untuk memeriahkan lagi contest anjuran Yatie ni makanya aku pun hantarkan jugak satu entryyy.. .... zasssssssssssssssss!

**********************************************************
Kenapa anda suka gambar ni ?
Bak kata Yatie comeyl, Kisses of Love... sebenarnya dalam gambar ni nampak je aku tersenyum lebarrrr.. sebenarnye jasad aku je kat situ sedangkan aku plak dah terbang ke awan biruu..!!!!!!! ha ha ha ha!
...ienai gurai tottemo kandoutekina kimochi desu..
*super duper terharu tahap speechless uhuk! uhuk!*.
Some says a photo worth a thousand of words.. and
I would like to add..... doing tells even sincerer than words..
Tanpa sedar 5 tahun berlalu sudah dari saat indah saksi qadi melafazkan 'Sah!'
Kadangkala ada perkara yang tak mampu disampaikan dengan kata-kata.
Kadangkala sentuhan mesra cukup untuk melembutkan hati yang sedang membara..
Yang pasti bertambahnya angka sambutan ulangtahunn.. bertambah padu rasa cinta dijiwa..

Apapun, bagi aku untuk menyediakan suasana tenteram, aman, bahagia dan penuh kasih sayang dijiwa anak-anak sebenarnya suasana itu perlu disemai dulu dijiwa pasangan ibu bapa itu sendiri. Jika asas itu sudah ada Insya-Allahh.. secara langsung atau tidak anak-anak pasti merasainya.. percayalah!

************************************************
Kepada anda diluar sana yang ingin menghantar penyertaan segera layari
Tarikh tutup penyertaan 24th Aug 09'