First and foremost advance Happy 3rd Anniversarry to Mama Tiesya & hubby pada 18.08.09!!
Pagi-pagi lagi aku dah memblogging sempena anniversarry Mama Tiesya nih & closing entry submission..
entry date 08.08.09 08:08 AM!

At the same time ni memang betul-betul kali pertama aku masuk contest.. Romantic & Loving couple contest yang dianjurkan oleh Mama Tisha sempena ulangtahun perkahwinan ke-3 beliau pada 18.08.09 - ..memang kategori cantek tarikh kawen tuh bak kata orang Cina, no 8 manyak onggg! pandai Mama Tiesya & hubby pilih! huhuhu. Detail sila click link dibawah ni yaa...
http://mamatisya.blogspot.com/2009/07/romantic-loving-couple-contest.html

Memang teruja ada.. segan pun ada tapi rasa seronokkk plak nak join the contest! Since this year memang tahun yang sangat-sangat diselubungi oleh bunga-bunga chentaaa.. maka aku ambik peluang keemasan ini utk masuk contest nih.. wish me luck yekk! layannnnnnnnn......hehehehe
The reason of my life...


Nama anda & pasangan : Roshadlisham Ramli & Norizan Mohamed Darom
Tarikh Perkahwinan : 28hb Februari 2004
Tahun Anniversarry : 5 Tahun (04'-09')

Sinopsis : Ini bukan gambar kahwin tetapi gambar anniversarry! Gambar ini diambil pada 5th Mar 2009(Khamis) - 3 hari sekembalinya kami dari percutian ke Melaka, bandaraya bersejarah. Bertempat di Botanical Garden, Putrajaya bersempena anniversary kami yang ke-5!

Aku suka sangat-sangat gambar ni sebab jarang-jarang berpeluang beraksi sebegini even during our wedding 5 years ago..! Almaklum masa tu masih malu-malu kucinggg.. auuuuuuww! he he. Sementelah outdoor photoshoot ni berkonsepkan candid-fun & romantic. Bukan 'pose & shoot' basis yaaa.. candidd.. ya candid dan semuanya diambil secara bersahaja.. Anyway, aku turut berbangga dan terharu kerana walaupun setelah 5 TAHUN berlalu dan kami pun telah dikurniakan sepasang cahaya mata, Abang masih steady & 'gagah' mendukung aku.. it was such a super wonderfull feelinggg that I just can't explain.. terlintas.. eh dah 5 tahun ke kita kahwin? rasa macam baru semalam Abang melafazkan ijabkabul 'Aku terima nikah...' dan mengucup dahi membatalkan air sembahyang di hadapan kadi!

Apa pun, 5 tahun ini aku amat berterima kasih kepada soulmate-Abang kerana sentiasa disisi tatkala suka dan duka melayari kehidupan ini. Setiap detik yang berlalu mengeratkan lagi ikatan kasih sayang antara kami. Hidup aku sesungguhnya lebih bermakna dengan kehadiran Abang dan kehadiran 2 cahayamata comel, Danish & Dania melengkapkan dan menyerikan lagi kehidupan kami.. doaku semoga mahligai yang dibina atas dasar cinta ini akan terus mekar berkekalan dan berbahagia hingga ke akhir hayat.. di dunia dan di akhirattt.. aminnnn

http://sweetomoide.blogspot.com/2009/05/anniversarry.html


*Entry pasal makan lagi he he *
Menu makan malam 2 bulan lepas...
Tekak teringin nak makan mee.. tapi nak pekat macam mee rebus tapi nak berkuah macam mee kuah (Mee Kuah ni Abang pun terror masak hu hu).
So cam biasa google resepi..
dan aku combinekan resepi mee kuah & mee rebus menjadikan MEE REWAH edisi IZAN hehehe
Bahan-Bahan:
Mee kuning
2 ulas Bawang besar - dikisar
2 ulas Bawang putih - dikisar
15 tangkai Cili kering - dikisar
1/2 sudu sos tiram
Udang/sotong
1 susu kecik Udang kering
1 biji kentang
2 biji telur
garam/perasa secukup rasa
bawanf goreng

Cara-cara masakan:
i) Tumiskan bawang merah & bawang putih yang sudah dikisar hingga naik bau
ii) Masukkan cili kisar dan tumis hingga masak/garing
iii) Masukkan 3 cawan air (lebih sedap kalau ada air rebusan daging/udang) dan didihkan
iv) Masukkan bahan kisar dari **
v) Masukkan udang, sotong & garam/perasa
vi) Bila dah sedap, masukkan sawi & pecahkan telur dalam kuah
vii) Bila telur dah masak, tuangkan kuah ke atas mee kuning yang sudah dicelur
viii) Taburkan lada hiris, bawang goreng & limau.. taraaaaa siap untuk dihidanggg!!!!!

** Untuk kuah pekat ala-ala mee rebus:
i) Rebuskan kentang, kulit udang dan udang kering didalam periuk kecil
ii) Apabila sudah masak, keluarkan kulit udang
(kalau rajin kisar & toskan air kisar kulit udang tu)
iii) Kisar bahan2 lain seperti kentang & udang kering

Hasilnya.. rasa cam mee kuah tapi pekat tak macam mee rebuss. . macam mee kuah tapi macam me rebuss, memang bestt lahhh!! hahahahah
Rentetan dari previous entry 'say NO! to cholesthrol!!' he he
SABTU
PAGI:
Hari minggu.. pagi-pagi limun lagi Abang dah ajak
'Jom kita pergi jogging pagi ni..?'
Matahari yang baru je nak bersinar.. pagi yang masih sejuk2 nyaman berembunn..
Danish & Dania yang masih lena diulit mimpi
Aku & Abang segera bersiap bertrack suit & berkasut sukan..
Mula berjogging keliling kawasan perumahan. Dapat jugak la kitaorang seround - satu cluster.Abang dapat le top-up round tapi aku yang dah lama tak berjogging ni ala-ala pancit jugak lerr.. huhuhuh
Sejam jugak le berjogging...Balik rumah Danish & Dania dah bangun!
Layan jap diaorang main beskal depan rumahh..
Puas layan diaorang main aku pun terus la ke dapur buat sarapan -
kuew teow gorenggg kurang minyakk he he. *Tak sempat snap dah licin*
Lepas sarapan kena pergi workshop plak nak repair kereta-ketuk & cat yg kena rempuh dek anak jiran sebelah ari tuh. Pergi pun kena 2 keter sbb Waja tu nak tinggal kat Workshop.. tak kan Abang larat nak jogging balik dari workshop plak? Tak mungkinnnn.. huhu

TENGAHARI:
Wah nak masak masakan yang rendah lemak & kolestrol nih! Aku cam biasalah, akan olah menu nak masak berdasarkan 'bahan2' yg ada kat dapur. Danish pulak aku nak masak tu sempat lagi jengah dapur dengan kata-kata hikmat:
'Mama masak sedap-sedapp tauu.. okayyy!'
Amboiiii ... huhuhu
So utk tengahari ni aku sediakan
=i) Tomyam ayam - tanpa minyak
ii) Sup cendawan - tumis kering bawang & toskan bawang goreng. Minyak lebih simpan balik
iii) Kerisi goreng & sambal kicap lada potong - Goreng minyak panas & garing. Ditoskan minyak
PETANG:
Cam biasa waktu beristirehattt... ZZzzzzzzzZzzZz. Nak keluar pun tak ada mood sebab kereta masuk workshop. Malam ni plak ada wedding kat KL...nak kena gi ambik kereta & bersiap gi wedding plak.
Danish bangun2 tidur petang tu aku tengah suapkan Dania makan nasi.. Danish tengok Dania makan nasi di requestnyer pulak nak makan Mee.. seb baik la ada belen mee kuning dlm freezer...
Dengan sekali 'jampi' maka siaplahhh... taraaaaaaaaaaa...!
Mee Goreng basahhh..
Tu dia rupa Danish belasah mee gorenggg... bersungguh-sungguh sekali!
MALAM:
Bersiap utk pergi Majlis Perkahwinan - anak sulung kepada Dato' Rumai, GM TNB Pahang didewan Sivik MPPJ. Majlis sambut menantu dan bermenantukan anak kepada Duta Malaysia ke Bosnia Herzegovina. Selamat pengantin baru kepada kedua mempelai - Azharul & Emi. Semoga kekal berbahagia keakhir hayat. Malam tu Abang tibai jugak le lauk kenduri.. darurat!! burrppp! Oppssss! Hehehhehe
AHAD
PAGI:
Wah.. pagi ahad pun pagi-pagi lagi Abang dah keluar pergi jogging.. Aku? Mak aii... baru jogging semalam dah sakit urat2 kaki aku.. nak turun naik tangga pun teraso sekso dennn.. terkejut urat2 kot sekali jongging satu cluster taman tu non-stop..! makanye tak dapek aku nak temankan Abang pagi nih...kekekekeke.

So pagi tu aku siapkan la budak2 mandii.. walopon ada bibik, Sabtu & Ahad dua beradik ni memang carik mama papanyer jee..
Sarapan pagi ni.. emmmmm... aku buatkan
i) Untuk Abang : Segelas quaker oat & lempeng cecah sambal kurang minyak.
ii) Untuk Danish : Nasi lemak tanpa santan
Sebenarnye mencabar kalau nak masak sambal kurang minyak ni sebab lambat nak tunggu lada kisar yang ditumis tu kering & naik minyakk! Tak garing tak sedap plakkk huhuhu
Danish plak sejak umur 2 tahun lebih sampai sekarang makanan kegemarannyer nasi lemak.. 24 jam makan nasi lemak pun tak jemu! Janji sambal nak lebeyyy.. iskk iskk iskk
TENGAHARI:
Jenuh gak googling carik resepi masakan stim/kukus dengan rumah aku yg tak ada periuk stim/kukus! Setelah mengoogle 2-3 resepi yg kemudiannya aku gabung2.. berdasarkan bahan2 kat dapur maka utk tengahari
i) Ikan kerisi masak stim
ii) Sup sayur enoki
iii) Ulam-ulaman cecah sambal belacan
iv) Sambal ikan bilis *pagi tadi*
Kerisi masak stim nyumm nyummm
Abang yg gemarkan masakan kampung memang makan bertambah-tambah pekena sambal belacan ngan kuah kerisi masak stimm..! Pedas masam masin.. Perrggghhhh..!!!
Aku pulak naik seramm.. kata nak jaga makan, kurangkan kolestrol tapi kalau makan sampai 3 pinggan.. bahye gak nihh! Takut tak achieve target plak karang! hehehehehhe

PETANG:
Petang tu monitor Danish buat homework. Abang lak keluar gi beli barang dapur kat kedai berdekatan.. termasuk la sebungkus Quaker Oat & susu Anlene! Tak sangka dah habis sebungkus dah Quaker Oat yg Abang beli baru2 nih.. gigih jugak Abang nak jaga kesihatan rupanyerr.. heheeh. Masa aku kemas barang2 yang Abang beli tu baru aku perasan, ada satu tin Quaker Oat 1Kg lain yg beli tahun lepas dah expired dahhh.. banyak lagi isi rupernyerr.. baru aku ingat masa tu aku beli sebab nak dapatkan mangkuk cantik dia percuma! Patut la tak habis isinya, nawaitu beli pun dah salah! Ha ha ha!!!!
Penyudahnya aku panggil Danish & Dania.. suh diorang bagi makan kat ikan-ikan yang idup dalam longkang depan rumahhh huhuhuhuh! Excited habis la 2 beradik nih.. padahal ikannyer kecik2 jekk.. aku pun tak tau ikan apa.. tapi mmg confirm ada ikan!
Komen Abang : 'lorrr.. camne ikan nak makan jentik2, dah kenyang makan quaker oat! Kalau minggu lepas ke shopping complex, minggu ni sempena minggu 'menjaga kecergasan', kitaorang pergi Taman Rekreasi Bukit Jalil.. ni baru kali ke-2 aku kesini.. Kali pertama pergi dulu mendung nak hujan, Danish & Dania tak puas main dah nak balik..

Abang gi jogging.. aku masih rasa sakit2 urat lagikk.. so jadi body guard je tengok Danish & Dania main aka cameran man sambil pekena kuih kat tepi playground. Best gak taman rekreasi nih.. playground dia pun besar & banyak choice. Ada route berjogging keliling tasik.. ditambah pulak dengan kedudukannya atas bukit. Memang udara segar la jugakkk... best best besttt.. lain kali boleh datang sini lagii!
hari beransur gelapp.. sempat pulak budak2 ni pau papanyer Ais krim.. lepas makan ais krim balikk.. Sekian....
Moralnya, 2 hari ni duk rumah mengasap dapur melayan tekak insan-insan tersayang jekk.. kekekeke!