- Dapat parking pass masuk dan disambut plak oleh bos2 company aku yg jadi volunteer jadi parking attendance !!! Best bestt bestt!
- Ada satu set yukata & jinbei utk satu family
- Tahun ni rasa bleh pakai lagi yukata tu, tahun depan belum tentu lagiii.. hua hua hua
Terserempak dgn Ila - 3 nen buri!
Bon Odori ni sebenarnya pesta ketika musim panas atau erti kata lain Natsu Matsuri.. Di Jepun kalau masuk musim panas mesti ada Hanabi taikai *pertunjukan bunga api* dan bila ada pertunjukan bunga api akan ada gerai2 jualan *macam pasar malam* yang semacam ada satu sentimental value yg kita rasa sesetengah jualan tu ada masa musim panas je mcm contoh kat Mesia nak dapat kuih pelita & murtabak dengan mudah biasanya time bulan puasa kat bazar ramadhann..Selain tu bergantung kepada size event, kalau yang besar tu kadang-kadang ada persembahan, paluan gamat gendang (TAIKO), perarakan(MIKOSHI), tarian kebudayaan dan sebagainya. Aku sendiri pun pernah join dgn geng2 Shiga University (Zalie & Ujen) buat persembahan tarian kebudayaan dgn berpakaian yukata & Hachimaki *lilit kepala* utk Shiga University pd musim panas 1999! *Dah sepuluh tahun lepas!!*Yang uniknya kalau kat Jepun, time Natsu Matsuri ni diorang akan pakai Yukata - salah satu pakaian tradisi masyarakat Jepun. Kalau kanak2 yang pakai tu memang comelllllllllllllllllllll sangattt.. & cute! Dan selain ada jualan gerai utk pelbagai jenis makanan akan ada juga pelbagai jenis permainan contoh nyer sauk ikan emas!
Dan tahun since dapat green light dari Abang , kami tak lepaskan peluang untuk turut serta. Terima kasih banyak-banyak Abang!Tapi di Malaysia sambutannya mungkin sedikit agak berbeza... masih mengekalkan Tarian kebudayaan, paluan gendang (TAIKO), jualan makanan Jepun yang super crowded! dan aku pun tak sempat nak ronda semua gerai sebab memang tahap sesak yg agak terlampau!!So malam tu kitaorang pun cuma lepak2 je and bagi Danish & Dania main disekeliling. Dania yang asyik main pasir.. meniru 2 kanak2 jepun lainn
Aku bersyukur di atas segala nikmat yang dikurniakan oleh yang ESA..
Menonton persembahan tarian kebudayaan kebangsaan. Si kenit 2 orang ni sibuk nak tengok jugak.. seb baik Papanyer Hero! huhuhu
Yang kesiannya aku tak dapat nak belikan belon besar yg boleh terapung sebab dah kehabisann dan cuma dapat belikan yoyo ball je...Nangis Danish tak dapat terima kenyataan huhuuh! Dania pulak berapa kali ntah org datang dan bergambar sebelah dia huhuhuhuh. Kitaorang balik awal sebelum jalan mula jammed. Nak balik tu jumpa lagi balik bos-bos jepun yg jadi volunteer termasuk la MD. Yang bagusnyer diaorg ni bila ada activity luar ofis hour semua jadi normal citizen dan tak bawak pun title 'MD/Manager/Advisor/Director' tu sekali.. bagus kan! Tak macam kita, sekali jadi bos sampai mati la bawak title tu kemana-manaa.. iskk iskk iskk
Moral of the story :
1. Men's Yukata Abang aku beli di Tokyo awal 2001 ketika hati aku kosong tak punya siapa. Aku beli dengan niat untuk aku hadiahkan kepada seorang lelaki bergelar suami suatu hari nanti.. dan akhirnya 3 tahun kemudian aku temui lelaki itu...
1. Men's Yukata Abang aku beli di Tokyo awal 2001 ketika hati aku kosong tak punya siapa. Aku beli dengan niat untuk aku hadiahkan kepada seorang lelaki bergelar suami suatu hari nanti.. dan akhirnya 3 tahun kemudian aku temui lelaki itu...
2. Kids's Yukata Dania aku beli di Tokyo juga Jun 2006 ketika Dania belum lahir hatta 'terbentuk' pun di dunia fana ini.. Aku beli dengan niat untuk aku hadiahkan kepada si puteri permata hati kami.. sepasang pula dengan baju Abangnya nanti. Alhamdulillah.. puteri kami lahir setahun kemudian dan hari ini Dania memakai Yukata tu untuk pertama kalinya!
Aku bersyukur di atas segala nikmat yang dikurniakan oleh yang ESA..
Sesungguhnya DIA Maha mendengar, Maha pemurah lagi Maha mengetahui.. Kehadiran Abang, Danish & Dania benar-benar menyempurnakan hidup aku. Lantas apa lagi yang aku mahu..?