weekend datang lagii. hari yang sentiasa dinanti-nanti oleh semuaa.. yeahoooo!!Dan aktiviti bersantai & melepak dirumah pada hari hujung minggu juga antara aktiviti yang paling aku tungu-tungu especially hujung2 bulan ni..h ahahahhaha

So entry kali ni aku just story aktivity Danish & Dania hujung minggu kat rumah je lahh... huhuh
Pagi-pagi 2-2 bangun awal hari ni walopon malam semalam dah keletihan pi Bon Odori *aku citer next entry*. Bangun pagi je Abang dah offer nak beli breakfast Nasi lemak sambil bawak diorang ronda2 naik motor pepagi nih..
Since cuaca pun nyaman2 sejuk je pagi ni boleh lah breakfast kat luar sambil ambik anginnn. Cam biasa sambil breakfast sambil main si Danish & Dania

*Bila aeroplane lalu...*
Lepas breakfast Abang pulak dengan penuh bersemangat nyer tengok la pokok2 kat keliling rumah yg tak berapa nak banyak punn...hua hua hua. Danish & Dania pun excited la nak 'tolong' *dibaca sebagai menyibukk hehehhehe*Lepas tu aku layan je la 2 beradik ni main kat keliling rumahhhh... sambil tolong Abang cabut2 rumput. Dah penat main & berpeluh-peluh.. Danish plak request nak mandi pooll.... Berendam dalam air plakkk...Lepas berendam dlm pool, mandi salin baju. Danish plak sambung buat Homework & di pantau oleh Abang sementara aku dah start meyinsing tangan kat dapur dengan beberapa menu dalam kepala.. Hmmm... *tengok apa ada dalam freezer*

Dalam masa beberapa minit je Danish dah siap buat homework!! Brilliant!! Wahhh kira antara yg tercepat dalam sejarah gak la berbanding kalau aku yg monitor.. mesti dah nak masuk unit 'jam' baru nak siap!!! Moralnya lain kali bleh la mintak tolong Papanya yg tengok2kan Danish buat homework... lagi makan saman ngan Papanya nampakkk.. hehehe


For lunch siap lah 3 hidangan.. lama tak masak lemak cili padi.. nyumm nyummm!

Lepas makan melepak.. tengok TV & ZZZZZzzzzzz..

Petang ronda2 naik motor kat taman & sempat lagi pi bufday party jiran belakang rumah. Ad-hoc schedule last minit... huhuhu

Sekian berakhirnya hujung minggu...

Setiap pagi bila aku keluar bekerja, aku akan melalui 'jalan dalam' dan cuba mengelak untuk lalu LDP-Hicom apatah lagi jalan depan proton yang sememanggnya terkenal dengan tahap kesesakan lalulintas terlampau! Entah berapa kali aku menanggung rasa geram dan terkilan bila ada polis2 traffic yang tak mampu nak mengawal lalulintas dpn proton - shortcut ke Sharp dengan lancar dan aku sedia maklum semuanya pun gara2 kesesakan terlampau dekat flyover masuk shah alam dari KESAS tu. Jalan short cut ke SHARP tu pun dah berapa kali di tutup supaya traffic dari simpang 3 Hicom boleh terus je masuk ke Sri Muda-Bulatan JVC tapi cubaan ntah berapa kali tu pun tetap GAGAL dan itu tak termasuk pulak traffic jam kalau ada accident dan sebagainya pendek kata memang tertekan jiwa ragalahhh!!. Makanya sebagai alternatif aku memilih 'jalan dalam' demi memastikan aku boleh sampai office sebelum jam 8:30 pagi!
Jalan dalam yang aku lalui ni pun berkat info dari ex-ofis mate lama aku yg duk setaman dulu. Jalannya melalui kawasan kampung.... kebun-kebun.... menyusuri sungai Klangggg.. jeng jeng jenggg... melalui bawah Highway Elite... dan akan keluar ke Sri Muda... Jalan memang tak berapa elok.. ada jugak kena merentas jalan tidak bertar. Dan yang bagusnya tidak perlu melalui tol tapi sebagai timbal balikk.. mantenance kereta aku pun naik la skettt.. huhuh. Tapi jauh berbaloi dengan ketenangan minda yang aku perolehi kerana jalan ini jauhhhhhhhhhhhhhhhh dari kesesakan lalu lintassss sewaktu peak hour pagi hatta hujan sekalipun... cuma kalau hujan memang berdebu tepu lah kereta aku tuhh.. uhuk!. Balik kerja petang baru aku ikut jalan biasa Hicom-LDP dan terpaksa kebalkan diri juga merempuh kesesakan. Kalau nak tau 'jalan dalam tu'.. cuba2lah cari di google mapp ya.. heheheheh
Anyway apa yang nak aku ceritakan ialah... sepanjang aku melalui jalan ni yang entah dah berapa bulan nak dekat setahun pun.. aku selalu terserempak dengan seorang pakcik menunggang basikal tua...

Pak cik ni akan berkopiah, mengenakan baju melayu warna marroon dan berkain pelekat kecoklatan. Kadang2 aku terserempak dia mengusung basikal sambil berjalan.. kadang2 dia mengayuh basikal.. dan aku sempat kira jarak terdekat dan terjauh pakcik ni pernah pergi..
3.5 KM! Jauh tuu utk menunggang dan berbasikalll untuk seorang yang dah berumur! Dan berbulan jugak la sampai aku dapat snap 2 foto ni pada arah yang berbeza sebab kekadang aku lalu terlupa nak ready camera lah, kekadang aku snap ada kereta lain lalu lah al maklum aku pun tengah drive!

Tapi apa yang menarik perhatian aku ialah... pakcik ni .. setiap kali aku terserempak walaupun sejak berbulan yang lalu...akan berkopiah, mengenakan baju melayu warna marroon dan berkain pelekat kecoklatan.
Setiap kali!!!
Tak pernah walau sekali pun aku jumpa pakcik ni dengan pakaian lain!!!

Dan itu membuatkan aku sering tertanya-tanya...

Siapakah pakcik ni
Dimanakah dia tinggal
Siapakah keluarganya
Siapakah anak-anaknya
Kemanakah dia hendak pergi setiap hari.....
Kenapakah aku tak pernah nampak dia dengan pakaian lain setiap kali aku terserempak..?

Dan persoalan masih dan sentiasa terus berlegar dalam minda aku....
Agaknya siapa pakcik ni ya....?

Namun, walau siapapun Pakcik ni aku doakan semoga dia sentiasa diberikan kekuatan dan kemudahan untuk menempuh sisa-sisa kehidupannya..
22nd June 09 adalah hari pertama Danish menduduki peperiksaan dalam seumur hidupnya. Disebabkan umur Danish yang baru 4 tahun makanya aku & Abang tak lah pressure sangat Danish untuk ulangkaji ke lalu mengandaikan peperiksaan kali pertama ini biarlah menjadi kayu ukur sejauhmana tahap pencapaian akedemik Danish di tadika sementelah antara tujuan aku & Abang hantar Danish ke tadika, selain dari faktor akademi ialah untuk memperluaskan komunikasi Danish berkawan since duduk rumah pun cuma ada Dania & bibik je setiap hari takut tak berkembang pulak PR Danish yg memang suka main dengan budak2 besarr. Dan sepanjang minggu exam, setiap hari pada waktu malam mesti aku & Abang akan tanya Danish macamana exam, boleh jawab ke tidak. Itu pun Danish iya tak iye je jawab dan aku fikir agaknya Danish pun tak faham lagi apa erti 'exam' huhuhuh.
Khamis minggu lepas seperti biasa Abang check beg sekolah Danish sebab biasanya Danish akan dapat homework hari Khamis & Jumaat (utk weekend). Balik hari tu Danish tak ada pulak inform apa-apa cuma kata abang bila Abang keluarkan kertas exam tu barulah Danish bersuara 'Papa, Danish dapat hundredd!'
Aku yang tak tahu & tak diberitahu pun malamnyer lepas selesai makan malam check beg sekolah Danish. Demi melihat markah yang tertera dekat kertas peksa Danish aku pun ikut sama terkejut & teruja.. Danish dapat 100% untuk semua paper! Biar betul nii.. Macam tak caya je.. ni Danish buat sendiri ke cikgunye ajar...? hmmm... aku check tiap2 paper tengok ada kesan padam ke tidakk.. iskk iskk iskkk.. Bak kata Abang.. ntah2 budak2 lain pun semua dapat 100% gakk.. heheheh. Anyway tahniah untuk Danish.. dah tentulah aku & Abang yang paling gembira dengan result Danish tu dan Danish la yang paling kembang kuncup di puji2 aku & Abang ha ha ha!Semalam Tadika Danish mengadakan sessi perjumpaan ibu bapa dan jamuan makan. Sebagai 'ibu bapa', aku dan Abang tak melepaskan tanggungjawab sekaligus pengalaman pertama untuk pergi jumpa guru dan ambil report card pertama anak - Danish! *cepatnye masa berlalu..*
Pelajar kelas Danish ( 4 Tahun) tak ramai... cuma 5 orang je. Masa jumpa guru kelas kami diberikan sedikit sebanyak feedback tengan attitude Danish dalam kelas... dalam pada tu kami ditunjukkan jugak dengan prestasi keseluruhan pelajar dalam kelas dan ternyata Danish duduk diranking no. 1! Dan Danishlah satu-satunya pelajar yang dapat perfect 100% untuk semua subjek hu hu hu! Alhamdulillahhh.. syukur ke hadrat Ilahi dan terima kasih kepada guru yang telah memberi tunjuk ajar... Moral of the story :
Catatan ni bukanlah bermaksud utk nak membangga diri sebab aku tau ramai lagi ibu bapa lain yang ada anak2 yang jauh lagi cemerlang. Cuma utk Danish.. Mama coretkan result exam Danish disini adalah semata-mata untuk rujukan Danish satu hari ni... di masa akan datang apabila Danish mula mengerti erti sebenar kehidupan.... Semoga catatan ini akan sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada Danish untuk terus berjaya di masa2 akan datang... Danish sayang, Mama & Papa percaya Danish sudah pun memulakannya dengan begitu baik dan sempurna.. Mama & Papa doakan semoga kejayaan akan terus mengiringi setiap langkah Danish dalam menempuh kehidupan yang penuh cabaran ini. Semoga Danish sentiasa cekal kerana mengekalkan kejayaan adalah jauh lebih sukar dari mencapai kejayaan itu sendiri...
Buat permata hati - Danish Aiman, Mama, Papa & Dania sayanggggggggggkan Danish sangat sangattt dan akan sentiasa berada di belakang Danish memberi sokongan! We loves you so much! Muaaahhhhhhhhhhh!!!!

NOTE :
Teringat sewaktu kecil Emak pernah berpesan...
'Kalau nak Mak datang hari penyampaian Hadiah Izan mesti naik pentas ambil hadiah!'
Dan kata2 itulah pendorong & semangat untuk aku terus 'mendapatkan nombor' setiap kali menduduki peperiksaan... Sayanggg Emak dan Abah jugakk!!