First and foremost, Selamat Hari Guru kepada semua insan yang bergelar 'GURU' dimuka bumi ini. Jutaan terima kasih di atas jasa dan pergorbanan kalian dalam mendidik setiap anak murid sehingga insan sepeti aku mampu berdiri dimana aku berdiri pada hari ini. Jasa dan pengorbanan kalian tidak mungkin akan aku lupakan.. aku sedar untuk aku berdiri disini, puluhan guru telah menabur bakti sepanjang 20 tahun tempoh pendidikan sehingga tamat pengajian. Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat menbalas jasa kalian. Semoga hidup kalian sentiasa diberkati oleh yang ESA. Aminn..




Anyway, kalau last year cikgu Danish ajar Danish buat kad ucapan sempena Hari Ibu, tahun ni kami pula ajar Danish buat kad ucapan sempena Hari Guru...


Aku : Pereka grafik *ha ha ha*
Abang : Pembantu teknikal
Danish : Tukang tampal & tulis he he

Danish paling excited bila Kad Ucapan Selamat Hari Guru yang bertemakan imej 4 orang guru bersama watak Danish siap. Komen Danish
Danish : 'Kawan-kawan mana mama ?'
Aku : 'Oh Hari Guru letak gambar teacher Danish dulu yerr, kawan2 lain kali pulak'
*sebenarnya tak cukup space dahh wakakaka.
The next morning ada sambutan hari guru si tadika Danish. Aku bawakkan sedikit makanan - kek gulung. Sampai sekolah teacher macam biasa menunggu murid dipagar. Sampai2 je Danish dengan penuh excited menyampaikan kad ucapan pada cikgunya
'Teacher, for you!' Ucap Danish
Aku tengok lepas dapat 'Kad Besar' dari Danish cikgu dia pun berlegar2 kat dlm bilik darjah cari tempat nak letak kott. heheheh. Aku tumpang gumbiraaa je la huhuhu
Hari ni pagi2 aku dah bangun, buat sarapan - Roti jala! *kisah roti jala aku nak story entry akan datang*. Seawal pukul 8 pagi kami dah bersarapan... sebab..? Hari ni Abang ajak pergi cyberjaya sempena Ulangtahun ke-12 Cyberjaya! Agenda yg sangat2 nak participate ialah - naik belon panass!! Last time dapat tengok dari jauh je kat Putrajaya so hari ni simpan angan nak naik sendiri belon panas tuh!!!Kitaorang sampai dalam pukul 9:30 pagi.. makk aiii parkingggg penuhh!! Banyak gak acara yang dijalankan hari ni antaranya - coloring contest, pertandingan memancing, night drift, rawatan reflexologi, pemeriksaan kesihatan etc

Sampai2 geng2 ofis Abang pun dah ada kat sana.. *ya diaorang la pemangkin kitaorag datang kot* .Dimulakan dgn acara pertandingan mewarna, Dini, anak ofis mate Abang masuk bertanding. Lepas tengok acara bermula kitaorang terus pergi ke tapak belon panas.. bayaran RM5/dewasa. Naik2 je bila PIC duk lepas gas/api ke belon Dania dah mula meraunggggg! Terasa gak bahangnya atas kepala setiap kali gas/api dilepaskan ke belon tuh. Teruslah pas balik Dania kat bibik.. so yang terbang bersama belon panas aku, Abang dan Danish je laa.. disebabkan angin kuat cepat je belon tu naik seb baik berikat so tak gi jauh laaa. Tapi sempat gak la tengok permandangan cyberjaya dari atas udara. Dania bila tengok aku & Abang jauh ke langit apalagi meraunggg lagi laa.. iskk iskk iskkk
Kitaorang yg sedang 'terbang bertali' he he he

Dari dalam belon panas

Lepas merasa naik belon panas kitaorang gi lepak kat tempat Reflexologi by the blind area dekat dengan playground. Kira-kira ada 12 orang buta/penglihatan terhad dari Persatuan Orang2 Buta Malaysia memberikan urutan reflexology secara percuma. Kalau nak hulur pun apa salahnya. So aku & Abang tak lepaskan peluang keemasan ni since Abang tu mmg tengah sakit urat2 sendi huhuhuhu. Lama gak satu rawatan tuhh.. ada nak dekat setengah jam gak aku rasa. For me this is my first experience lahh.. Orang yg mengurut ni bleh tau body condition base on urat2 kaki yekk Lepas urutan reflexology Abang gi tgk magic show dgn Danish. Sambil2 tu ada byk acara2 lain utk ditonton-futsal, baling Dat, go kart etc. Dania masih ralit main kat playground dan aku plak sambung service urutan bahu hu hu. Settle pergi ke lobby utama dan masa tu ada acara untuk kanak2 di hostkan oleh Adi-DJ ERA. Aku sampai tengok Danish dah duk kat saf pertama depan stage. Lepas acara kanak2 persembahan 3 buah lagi oleh Imran Ajmain.. semua lagu2 hittt. Then continue dgn acara penyampaian hadiah acara pagi - pertanding mewarna & memancing. Hadiah utama Rm10,000! Usai majlis penyampaian Farah Diya pulak naik ke pentas dengan 3 buah lagi lagu termasuk lagu tema drama ku milikmu. Boleh tahan sedap gak diaorang ni nyanyi life! Tu pun sedar2 dah pukul 1 lebih.. cuacaa panas terikk.. Abang yg masih sakit2 sendi pun tak larat dah so terus balik rumahh. Petang tu sepatutnya ada agenda kat PWTC tapi nampak gayanya aku tak dapek la nak gi sbb sampai2 rumah Abang terus gi klinik, balik makan ubat terus tertidurrr....

Sekian hujung minggu kami...
This weekend melepek kat rumah je. Cuma sabtu Malam tu aku attend Annual Dinner ALEPS and the next night Abang plak attend Dinner Amal dgn Sultan Perak (of course together dgn office-mate & boss Abang lah). Dania plak demam so aku & Abang pergi pun on single basis je la.. huhuhu!. Dinner dah la aku sampai sedikit lewat duk mencari lokasi hotel sampai2 terus la kena paksa rela duduk kat meja VIP maka dengan segan silu malu2 kucing aku pun duk gak la kat meja VIP sambil dengan terpaksa rela jugak melayan tetamu2 dimeja tuh hu hu. Yang menarik masa dinner ialah persembahan koir dari sekumpulan warga Jepun yang menetap di Malaysia dibawah program - Malaysia my second home yang mana kebanyakannya dah retire plus few teahers. Yang lebih menariknya lagi ialah kebanyakan lagu koir yang disampaikan ialah didalam bahasa Malaysia! Memang dapat tepukan gemuruh dari penonton! Acara-acara menarik lain antaranya persembahan dari ALEPS idol, lucky draw & Jan ken!

Anyway hari minggu cam biasa, masak for my hubby & kids.. tengok kerja sekolah Danish.. layan Danish & Dania main kat umah balas utang few last weekends yg duk kena kerja jek. Cuma on Monday since aku mmg cuti, Abang pun ambik cuti and we all out for a date!
Tempat yang di tuju.. One Utama! (lepas ni tak leh pergi selalu2 dah public area lah since virus khinzir dah detect kat Mesia arrghhh tidakk!!!). Agenda.. lunchh, dating-dating, tengok Movie - Wolverine. Pas tu ronda2 kids branded boutique Oshkosh, Guess, GAP, mother care - checking cam biasalah he he he. Lepas tu lepak kat secret recipe minum2 makan2 and terus balik rumahh..Wolverine best gak jalan citer dia.. kira ada gak lah sene yg buat aku mengalir air mata.. tapi aku bagi 3.5/5 bintang jek sebab banyak sangat unsur2 science fiction.. bila banyak sangat science fiction kekadang citer tu jadik cam tak real kan! huhuhu. Nampak gaya aku pun dah terikut2 selera Abang yang gemarkan action movie untuk rate 5 bintang! jeng jeng jeng! Last but not least, terima kaseh bebanyak Abang sbb sudi luangkan masa celebrate mothers day dengan mama... muaaaahhh!!!



Malamnya Abang dah kekenyangan, so masak ikut selera aku laaahh.. entah apa la yang aku capai sedar2 yang siap dalam mangkuk.... taraaaaa!! Ala-ala oyakodon - ekspress tapi tak buh ayam. Tak tengok resepi dan tak pernah buat pun. Main campak-campak je ikut apa bahan yg ada kat dapur. Yang pasti - Danish paling berselera makann.. licin tak tinggal sebutir nasi pun! Komen Danish - Sedaaaapp betulll la mama masakkk! *He he he (wink!)*