Kitaorang sampai dalam pukul 9:30 pagi.. makk aiii parkingggg penuhh!! Banyak gak acara yang dijalankan hari ni antaranya - coloring contest, pertandingan memancing, night drift, rawatan reflexologi, pemeriksaan kesihatan etcSampai2 geng2 ofis Abang pun dah ada kat sana.. *ya diaorang la pemangkin kitaorag datang kot* .Dimulakan dgn acara pertandingan mewarna, Dini, anak ofis mate Abang masuk bertanding. Lepas tengok acara bermula kitaorang terus pergi ke tapak belon panas.. bayaran RM5/dewasa. Naik2 je bila PIC duk lepas gas/api ke belon Dania dah mula meraunggggg! Terasa gak bahangnya atas kepala setiap kali gas/api dilepaskan ke belon tuh. Teruslah pas balik Dania kat bibik.. so yang terbang bersama belon panas aku, Abang dan Danish je laa.. disebabkan angin kuat cepat je belon tu naik seb baik berikat so tak gi jauh laaa. Tapi sempat gak la tengok permandangan cyberjaya dari atas udara. Dania bila tengok aku & Abang jauh ke langit apalagi meraunggg lagi laa.. iskk iskk iskkk

Kitaorang yg sedang 'terbang bertali' he he he
Dari dalam belon panasLepas merasa naik belon panas kitaorang gi lepak kat tempat Reflexologi by the blind area dekat dengan playground. Kira-kira ada 12 orang buta/penglihatan terhad dari Persatuan Orang2 Buta Malaysia memberikan urutan reflexology secara percuma. Kalau nak hulur pun apa salahnya. So aku & Abang tak lepaskan peluang keemasan ni since Abang tu mmg tengah sakit urat2 sendi huhuhuhu. Lama gak satu rawatan tuhh.. ada nak dekat setengah jam gak aku rasa. For me this is my first experience lahh.. Orang yg mengurut ni bleh tau body condition base on urat2 kaki yekk
Lepas urutan reflexology Abang gi tgk magic show dgn Danish. Sambil2 tu ada byk acara2 lain utk ditonton-futsal, baling Dat, go kart etc. Dania masih ralit main kat playground dan aku plak sambung service urutan bahu hu hu. Settle pergi ke lobby utama dan masa tu ada acara untuk kanak2 di hostkan oleh Adi-DJ ERA. Aku sampai tengok Danish dah duk kat saf pertama depan stage. Lepas acara kanak2 persembahan 3 buah lagi oleh Imran Ajmain.. semua lagu2 hittt. Then continue dgn acara penyampaian hadiah acara pagi - pertanding mewarna & memancing. Hadiah utama Rm10,000! Usai majlis penyampaian Farah Diya pulak naik ke pentas dengan 3 buah lagi lagu termasuk lagu tema drama ku milikmu. Boleh tahan sedap gak diaorang ni nyanyi life!Sekian hujung minggu kami...

Tempat yang di tuju.. One Utama! (lepas ni tak leh pergi selalu2 dah public area lah since virus khinzir dah detect kat Mesia arrghhh tidakk!!!). Agenda.. lunchh, dating-dating, tengok Movie - Wolverine. Pas tu ronda2 kids branded boutique Oshkosh, Guess, GAP, mother care - checking cam biasalah he he he. Lepas tu lepak kat secret recipe minum2 makan2 and terus balik rumahh..
Wolverine best gak jalan citer dia.. kira ada gak lah sene yg buat aku mengalir air mata.. tapi aku bagi 3.5/5 bintang jek sebab banyak sangat unsur2 science fiction.. bila banyak sangat science fiction kekadang citer tu jadik cam tak real kan! huhuhu. Nampak gaya aku pun dah terikut2 selera Abang yang gemarkan action movie untuk rate 5 bintang! jeng jeng jeng! Last but not least, terima kaseh bebanyak Abang sbb sudi luangkan masa celebrate mothers day dengan mama... muaaaahhh!!!
Komen Danish - 
+ Ketika aku disekolah tadika, Emak yang pernah berjalan kaki sejauh 20 minit perjalanan sehala dibawah panas terik semata2 kerana mengambil aku pulang dari tadika kalau Abah sibuk berniaga atau ke kebun.