At lastttt.... seumur hidup inilah kali pertama aku masak rendang daging. Apsal tah selama ni segan2 je nak cuba sbb rasa cam susah nak buat & takut tak jadik! hu hu!

Anyway, Abang yang pernah masak rendang dulu! Masih aku ingat 3 tahun lepas. Hari tu aku balik kerja lambat.. sampai rumah tengok ada 3 lauk terhidang atas meja dan salah satunya Rendang air tangan Abang! Masa tu memang aku rasa kagummm & tabik springggggggg abes kat Abang sebab aku sendiri pun tak pernah/berani masak rendang!

Anyway, ni pun upon my dearest Abang punya request sempena berakhirnye minggu2 kerjaku yang superb busy. Abang punya pasal petik jari aku tunaikannn.. heheheh. Resepi aku refer kat http://www.myresipi.com/top/detail/133 (thank you dear) and for my version for my future reference is as per below:

Bahan-Bahan:
1/2 kilo daging - Dihiris dan direbus selama setengah jam

Bahan Kisar :
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 5 ulas
Lada kering 10 biji (2 sudu yg dah kisar)
Serai 3 batang
Lengkuas 1 inci
Halia 1 inci

Bahan2 lain :

Rempah kurma 1 paket
Santan pekat 1/2 biji
Air asam jawa
Gula/ gula merah
Garam & kerisik
Daun kunyit ( dimayang)

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis bahan yg telah dikisar hingga naik bau. Masukkan rempah kurma dan tumis hingga wangi. Masukkan daging yang telah direbus tadi bersama air rebusannya sedikit. Bila daging sudah sebati dengan rempah masukkan pula santan. Setelah lembut masukkan pula air asam jawa, gula & garam secukup rasa. Bila siap masukkan kerisik dan gaul hingga sebati. Taburkan daun kunyit yang telah dimayang, gaul rata dan sedia untuk dihidangkan!

Rating dari Abang : 10 bintangggg!!!!!! HE HE HE.

So hari tu aku masak - Rendang daging, ayam goreng, terung masak sambal dan sayur masak lemak... Rebus nasi impit sket buat cecah dgn rendang utk tea-time :). Memangg bestt giller lahh!

LOVE is all around PART 1:


peektures by :
6th Mar 2009, Alhamdulillah akhirnya segala yang dirancang berjalan lancar.
Kami sekeluarga selamat menjalankan sessi outdoor photoshoot sempena
ulangtahun perkahwinan kami yang ke-5!
Impian sejak 2 tahun lepas, persiapan lebih 2 bulan.. hasilnyaaaa... taraaaaaaaaaa!!!

Terima kasih banyak-banyak sangat pada insan-insan tercinta - Abang, Danish & Dania.. seronok spend time together during the photoshoot session walaupun shooting separuh masa pertama terang benderang separuh masa kedua hujan rintik romantik turun!! huhuhuhu! Punya la leka sampai sedar tak sedar shooting nak dekat 4 jam! Cameraman plak most piccas memang tak suruh posing tapi suh sembang2 laa.. suh jalan-jalan laaa and so on jadinya memang tak terasa pun masa berlalu begitu pantas!

Terima kasih banyak2 jugak pada juru solek - Azah from Renjis D'pilis Andaman dan juga Min & team Cikimiki from PrettyPeektures.. !! You all memang very supportive!! Enjoyed working with you guys!

Doaku semoga mahligai yang dibina dengan penuh rasa cinta ini terus kukuh berkekalan hingga ke akhir hayattt.. aminnnnnn..
Luvvv Abang, Danish & my sweet Dania soo muchhh!!!!!!!!!!!!!!!
Arrghh minggu yang busyy busyy dan busyyyyy lagiiii!!! Aku ingat dah berapa hari(minggu)lunch makan kat pantry je malas nak turun kantin. Schedule global network upgrade weekend ni memang betul2 buat aku sesak nafass.. Hari-hari balik kerja pun lambattt.. sian Abang & both DAs uhuk! Weekend ni pun kerja direct dari malam sblm 1st May sampai 3rd May non stop!. Apapun semalam lepas buat meeting baru la otak rasa lega skettt.. moralnya lunch hisashiburi la gi makan kat luarr. ..
Semalam first time gi test makan Takoyaki kat Plaza Massalam Seksyen 9 Shah Alam! Sebelum ni kalau nak makan kena gi Jusco kat Mid Valley nunnn. Tapi kali ni kat Shah Alam pun dah ada. yang aku bangga hak milik bumiputera kita dan yang aku lebih tumpang berbangga.. dai dai sempaii (ex-ex- senior) punya kedaiii!!!!!! Dari segi rasa memang aku rasa besttt giller laaa.. 4.5/5 bintang! Selain takoyaki ada okonomiyaki & Inari sushi as well. Takoyaki price Rm4.80 for 4 pcs and Okonomiyaki RM7.80. Ada few flavour - Squid, prawn, cheese/sosej & apatah satu lagi. Even nak campur2 pun boleh.

Cuma peringatan kalau beli tu nak yg panas kena inform baru dia panaskann.. Sambil makan layan sembang dgn both adik-adik part-timer kat kedai tu.. Mai & Yanti. Yanti nih born and stay in Japan for 15 years! Both lepasan SPM & mmg dah terror la buat takoyaki tuh!! Layanan memang memuaskannn.. Cayalahh..!
Anyway, tahniah pada sempai pemilik Takoyaki Dani Dana..! Moga suksesss.. Dengarnya nanti nak bukak kat SACC plak. Makin rajinla aku datang singgahh karangg.. hahahahahahah