Genap 5 tahun sudah usia perkahwinan kami. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi diatas segala anugerah & limpah kurnia, kebahagiaan dan permata hati yang sentiasa menceriakan suasana... Doa kami moga ikatan dan kebahagiaan ini berkekalan hingga ke akhir hayatttt.. Aminnnnnnnnnnnnn
28th Feb 2008
- Hari sukan Tadika Danish
- Bertolak ke Melaka... Honey Moon version F.A.M.I.L.Y DAY huhuhuhuhuh!

Bunga tangan ni? Sebenarnya semalam ada 'project' kat Taman Botanical garden tapi terpaksa di tangguh di atas sebab2 yg tak dapat dielakkan.. Disebabkan pagi 'project' dah tergendala so petang tu kitaorg gi gak la Botanical Garden usha-usha taman tuhh.. cantik gak ekkk. Er tak pernah plak jejak sampai kat sini. Petang tu sempat singgah Pasar Malam Putrajaya dkt2 dgn MOF. Kat Sini ikan/udang mmg fresh2 belaka. Belilah sket bawak balik.
Malamnyer ni jelah yg sempat dimasak.. Ikan bawal 3 rasa, Udang laut goreng & capcai pre-celebrate sbb esok lusa sah2 makan kat luarnyer.

Pagi ni plak attend Sports Day kat sekolah Danish. Danish menang 2 hadiah 1st prize berkumpulan 4 tahun dan aku ngan Abang pun menang satu hadiah 1st prize acara Ibu bapa Couple baling belon berisi air! huhuhu Memang enjoy gilerr.

Balik rumah siap-siap lepas zuhur ni kami akan bertolak ke Melaka.. tentative? Kali ni Abang yg arrange. Aku ikut je..huhuh tapi berangan gak nak cari Kedai Cendol Leman Dawi tuhhh! Harap2 jumpa laa..

Kay.. gerakk dulu!




Sabtu malam Ahad pi singgah Taman Warisan Putrajaya pekena satay Hj Samurii..
nyumm! nyumm!!
Dah kenyang sebelum balik ronda2 la putrajaya, ambik angin malam... lalu depan rumah PM, cari Taman Botani (nak pergi siang tak jadik sebab hujan)
Danish excited la dok ngeja word P.U.T.R.A.J.A.Y.A kat bulatan nuhhh..
pas tu corner nak balik je Danish request..
'Alaaa.. tak nak balik. Nak pergi putrajaya..'
'Lorrr.. ni Putrajaya la ni.. kan dah makan kat Putrajaya.. ronda2 kat Putrajaya tadi'
Rupanya bagi Danish
Putrajaya = Dataran Putrajaya
tempat dia selalu main malam minggu.

So terpaksa la U-turn balik pergi gak Dataran depan masjid walopon jam dah nak kul 10.. layannnnn la bagi Danish & Dania berlari2 keluarkan peluhh huhuh!



Pagi semalam dengar HOT FM sambil drive. Topicnya AKU JUARA..
Pagi ni dengar HOT FM jugak sambil drive. Topicnya Hot FM Telematch - TARIK TALI hari Sabtu ni kat Taman Tasik Titiwangsa so ramai la caller call bagi tips kat AM crew to fight Jawa Ranger.. memang terhibur gak la dengar

Dalam pada tu aku pun teringatla kenangan kira-kira lebih sedekad tahun yang lalu...
Zaman sekolah menengah. Aku adalah salah sorang Ahli Kadet Laut perempuan. Ketika itu
di Malaysia ni cuma ada 4 sekolah perempuan seluruh Malaysia yang menjadi Ahli Kadet Laut perempuan selebihnya lelaki belaka iaitu SIGS, Seri puteri, Tun Fatimah & Tengku Afzan.

Peristiwa berlaku ialah sewaktu KEM Latihan Kadet Laut selama 2 minggu di KEM Latihan TLDM Tanjung Gelang tahun 1993. Peserta adalah dari Ahli Kadet Laut sekolah-sekolah Menengah pantai timur dan cuma kadet Laut dari sekolah aku je perempuan. Banyakla latihan ketenteraan tentera laut yang kitaorg undergo termasuk kawad kaki, belayar naik KD Muystari ke Laut China Selatan sejauh 90 not dari persisiran, denda2 ala tentera termasuk startjump, bumping etc dan paling tak lupa latihan menembak di lapang sasar sampai 2 hari telinga aku tak boleh pakai. Rasa berdengung mcm pesawat nak berlepas dari airport! Gara-gara menembak 4 kelopak peluru M-16!! Satu kelopak = 20 peluru. Sebaris 8 orang menembak. Bayangkan satu das tembakan aku akan dengar 7 lagi tembakan yang lain.. so kira je lah 1 x 8 (org) x 20(peluru) x 4 (kelopak) = 640 bunyi das tembakan!!! Memang aku ingat aku pekak dah lepas tuuu walopon masa tembak tu ada gak la sumbat telinga pakai peluru kosong..huhuhuh!

Berbalik pada topic pagi HOTFM Aku juara vs Tarik Tali ( salah satu acara telematch).
Aku ingat antara hari hari terakhir kitaorg pun ada gak acara telematch dan acara utamanya ialah tarik tali antara semua pasukan kadet dari semua sekolah! Bayangkan pasukan aku je masa tu ahlinya semua perempuan... so berentap la acara tarik tali antara kitaorang girl-girl ni dgn semua kadet2 lelaki yang lain...huhh!!
Masa acara berlangsung memang hiruk pikuk laa dgn terikan orang yg saling bersorak. Aku masih ingat lagi teknik kitaorang PACAK & TAHAN ketika di tarik pihak lawan dan balas tarik bila diorg dah letih tarikk. Lepas tu satu persatu pasukan kadet lelaki tumbanggg.... sampai akhirnya tinggal final antara sekolah aku dan satu sekolah lain aku pun tak ingat tapi tak silap sekolah dari Terengganu. Bayangkan lah tarik tali lelaki & perempuan tapi pasukan lelaki yg gagah2 tu yg jatuh tersungkurr.. *HAHAHAHHAHAHAHAHAH*.
Acara semakin sengitttt... pasukan lelaki dengan ego yang perlu dipertahankan berentap dgn pasukan kitaorang yg bersemangat semakin kentall...PACAK & TAHAN dan TARIKK!!! TARIKKK!! dan TARIKKKK LAGIIIII!!!!! akhirnya korang nak tauu.... agaknya pasukan lawan kitaorg pun dah tak dayo nak bertahan last2 diorg buat satu trick....
Masa kitaorg duk tarik tarik hujung2 tu diorg duk pakat lepaskan tali ! Apalagi kitarg yg tengah kerah semua tenaga menarik terus terduduk, terlentang + bergelimpangan kebelakanggg semuaa! KAH KAH KAH...!! Kurang asemmm sungguhhhh!! Tapi terduduk dengan KEMENANGAN!!!! Kamilah JUARAAAAAAAAAAAAAAA!!! hohohohohohoho!!! Camno pasukan perempuan leh juara acara tarik tali menentang pasukan lelaki nihh... huhuhuhu

Errr.. trick lain kitaorg ... sebenarnya pasukan kitaorg, dgn kebenaran, perempuan 15 orang lawan lelaki 10 orangggg! Tu yg kitaorg leh menanggg kott!! Anyway, Tough tough jugak kitaorng ni yekkk!! Wahahahahahhahahah!!!!

Tu lah antara kenangan terindah yg tak akan aku lupakannnnn...huhuhuhu