Sabtu malam Ahad pi singgah Taman Warisan Putrajaya pekena satay Hj Samurii..
nyumm! nyumm!!
Dah kenyang sebelum balik ronda2 la putrajaya, ambik angin malam... lalu depan rumah PM, cari Taman Botani (nak pergi siang tak jadik sebab hujan)
Danish excited la dok ngeja word P.U.T.R.A.J.A.Y.A kat bulatan nuhhh..
pas tu corner nak balik je Danish request..
'Alaaa.. tak nak balik. Nak pergi putrajaya..'
'Lorrr.. ni Putrajaya la ni.. kan dah makan kat Putrajaya.. ronda2 kat Putrajaya tadi'
Rupanya bagi Danish
Putrajaya = Dataran Putrajaya
tempat dia selalu main malam minggu.

So terpaksa la U-turn balik pergi gak Dataran depan masjid walopon jam dah nak kul 10.. layannnnn la bagi Danish & Dania berlari2 keluarkan peluhh huhuh!



Pagi semalam dengar HOT FM sambil drive. Topicnya AKU JUARA..
Pagi ni dengar HOT FM jugak sambil drive. Topicnya Hot FM Telematch - TARIK TALI hari Sabtu ni kat Taman Tasik Titiwangsa so ramai la caller call bagi tips kat AM crew to fight Jawa Ranger.. memang terhibur gak la dengar

Dalam pada tu aku pun teringatla kenangan kira-kira lebih sedekad tahun yang lalu...
Zaman sekolah menengah. Aku adalah salah sorang Ahli Kadet Laut perempuan. Ketika itu
di Malaysia ni cuma ada 4 sekolah perempuan seluruh Malaysia yang menjadi Ahli Kadet Laut perempuan selebihnya lelaki belaka iaitu SIGS, Seri puteri, Tun Fatimah & Tengku Afzan.

Peristiwa berlaku ialah sewaktu KEM Latihan Kadet Laut selama 2 minggu di KEM Latihan TLDM Tanjung Gelang tahun 1993. Peserta adalah dari Ahli Kadet Laut sekolah-sekolah Menengah pantai timur dan cuma kadet Laut dari sekolah aku je perempuan. Banyakla latihan ketenteraan tentera laut yang kitaorg undergo termasuk kawad kaki, belayar naik KD Muystari ke Laut China Selatan sejauh 90 not dari persisiran, denda2 ala tentera termasuk startjump, bumping etc dan paling tak lupa latihan menembak di lapang sasar sampai 2 hari telinga aku tak boleh pakai. Rasa berdengung mcm pesawat nak berlepas dari airport! Gara-gara menembak 4 kelopak peluru M-16!! Satu kelopak = 20 peluru. Sebaris 8 orang menembak. Bayangkan satu das tembakan aku akan dengar 7 lagi tembakan yang lain.. so kira je lah 1 x 8 (org) x 20(peluru) x 4 (kelopak) = 640 bunyi das tembakan!!! Memang aku ingat aku pekak dah lepas tuuu walopon masa tembak tu ada gak la sumbat telinga pakai peluru kosong..huhuhuh!

Berbalik pada topic pagi HOTFM Aku juara vs Tarik Tali ( salah satu acara telematch).
Aku ingat antara hari hari terakhir kitaorg pun ada gak acara telematch dan acara utamanya ialah tarik tali antara semua pasukan kadet dari semua sekolah! Bayangkan pasukan aku je masa tu ahlinya semua perempuan... so berentap la acara tarik tali antara kitaorang girl-girl ni dgn semua kadet2 lelaki yang lain...huhh!!
Masa acara berlangsung memang hiruk pikuk laa dgn terikan orang yg saling bersorak. Aku masih ingat lagi teknik kitaorang PACAK & TAHAN ketika di tarik pihak lawan dan balas tarik bila diorg dah letih tarikk. Lepas tu satu persatu pasukan kadet lelaki tumbanggg.... sampai akhirnya tinggal final antara sekolah aku dan satu sekolah lain aku pun tak ingat tapi tak silap sekolah dari Terengganu. Bayangkan lah tarik tali lelaki & perempuan tapi pasukan lelaki yg gagah2 tu yg jatuh tersungkurr.. *HAHAHAHHAHAHAHAHAH*.
Acara semakin sengitttt... pasukan lelaki dengan ego yang perlu dipertahankan berentap dgn pasukan kitaorang yg bersemangat semakin kentall...PACAK & TAHAN dan TARIKK!!! TARIKKK!! dan TARIKKKK LAGIIIII!!!!! akhirnya korang nak tauu.... agaknya pasukan lawan kitaorg pun dah tak dayo nak bertahan last2 diorg buat satu trick....
Masa kitaorg duk tarik tarik hujung2 tu diorg duk pakat lepaskan tali ! Apalagi kitarg yg tengah kerah semua tenaga menarik terus terduduk, terlentang + bergelimpangan kebelakanggg semuaa! KAH KAH KAH...!! Kurang asemmm sungguhhhh!! Tapi terduduk dengan KEMENANGAN!!!! Kamilah JUARAAAAAAAAAAAAAAA!!! hohohohohohoho!!! Camno pasukan perempuan leh juara acara tarik tali menentang pasukan lelaki nihh... huhuhuhu

Errr.. trick lain kitaorg ... sebenarnya pasukan kitaorg, dgn kebenaran, perempuan 15 orang lawan lelaki 10 orangggg! Tu yg kitaorg leh menanggg kott!! Anyway, Tough tough jugak kitaorng ni yekkk!! Wahahahahahhahahah!!!!

Tu lah antara kenangan terindah yg tak akan aku lupakannnnn...huhuhuhu

Warrrghhh.. 1st time ever bawak Danish & Dania gi tengok Movie kat panggung!!
Aku memang dah lama teruja nak bawak Danish gi tgk citer Upin & Ipin Movie version - Geng the adventure begins nih! Sebab dalam keter sampai aku leh apal skrip upin & ipin ni pantang naik je suh pasang VCD termasuklah Dania.

Jumaat tu aku dah buat online booking thru GSC e-payment. Ingatkan nak tgk malam tu jugak tapi seat semua penuh tinggal seat depan last2 pilih date 14th Feb, Sabtu kul 2:00 ptg kat GSC Alamanda Putrajaya... dekatttt ngan umahhh.

Kul 12 dah kuar dari rumah, lunch kat RASA- food court dan terus amek ticket kat kaunter e-payment ticket collection. Danish memang excited giller lah nak tgk Upin & Ipin kat TV besarr nuhhh..huhuh

Vanue : Golden Screen Cinema, Alamanda Putrajaya
date : 14th Feb 2008, Saturday
Time : 2:00pm
Price : Adult RM 9, Child RM 5 (Dania FOC)

Dalam panggung kitorg duk seat belakang dan tepi sekali..memang strategik sbb nak letak stroller kat belakang. Sepanjang tayangan Danish & Dania tekun abess menontonn! Pop corn memang Danish aaa yg pegang sendiri sambil menonton.. kejap2 kalau orang gelak tapi dia tak faham ada gak la tanya "Mama.. kenapa mama? kenapa?"
Dania mmg steady jek duk kat pangku Abang.. aku duk tgh antara Danish & Abang tukang huluq pop corn kat Dania... selepas separuh menonton Dania merengek nak nenek so aku BF kan dia sampai lenaaa...


Kesimpulannya 2-2 lulus cemerlang ujian tgk wayang! Lain kali bleh ajak lagi both tgk citer budak2 kat panggung. Hehehhehehehe

Overall aku rate 5 bintang! Ilustrasi kartun memang cantikk. Aku mmg bangga dan kagum dgn hasil pertama kartun animasi 3D anak tempatan kita!! Kepada semua, sokonglah movie tempatan terutama flem animasi 3D pertama kita nih!.. bawalah sekali anak2 sebab jangan risau, memang penuh dgn budak2 pun yg menonton dan sepanjang movie tu penonton nak gelak memang tak tahan2 punyaaa...huhuhu!