Semalam dapat berita by new born nephew, Fahim Luqman kena jaundice tinggi (500 ?? )
dan dah ditukarkan darah lewat pagi tadi jam 4 pagi sebab mencecah bacaan 540!
Aku terkejut gak dengar tau-tau je Ma dah kena tahan wad kat Hospital Temerloh

Aku pun googling some info berkenaan jaundice...
Some good info
http://drazwan.blogspot.com/2007/11/neonatal-jaundice-dan-perawatannya.html
Other Info :
Jenis-jenis Demam Kuning

Terdapat beberapa jenis Demam Kuning. Antara yang biasa didapati adalah :-

Demam kuning normal (physiological jaundice). Demam kuning normal biasa berlaku pada bayi baru lahir. Ini disebabkan bayi yang baru dilahirkan, hati bayi kadang-kala tidak mampu memproses bilirubin dari sel darah merah yang diuraikan disebabkan hati bayi tersebut masih belum matang atau disebabkan kadar penguraian sel darah merah yang cepat. Keadaan ini meningkatkan kadar bilirubin dalam darah dan seterusnya menyebabkan warna kuning-kekuningan pada kulit dan putih mata bayi. Ia mula kelihatan 2 - 4 hari pertama dan akan hilang sepenuhnya selepas 1 hingga 2 minggu.

Demam kuning pra-matang. Demam kuning pra-matang disebabkan oleh hati bayi yang masih belum terbentuk sepenuhnya mengambil masa yang lebih lama untuk memproses jumlah bilirubin yang terhasil.
Demam kuning susu ibu (Breast milk jaundice). Demam kuning susu ibu hanya berlaku dalam 1% - 2% kes ibu yang menyusu. Demam kuning susu ibu disebabkan bahan yang terhasil dalam susu ibu yang menghalang penyingkiran bilirubin melalui usus. Ia bermula pada hari ke 4 hingga hari ke 7 dan menghilang selepas 3 hingga 10 minggu. Pihak doktor akan menentukan sekiranya ini berlaku, biasanya sekiranya demam kuning berterusan melebihi 7 hari. Ibu boleh kembali menyusukan bayi selepas bayi sembuh daripada demam kuning.

Ketidaksuaian kumpulan darah antara ibu dan emak. Sekiranya bayi mempunyai darah yang berbeza dengan ibu, susu ibu mungkin mempunyai antibodi yang memusnahkan darah bayi. Ini akan meningkatkan paras bilirubin dalam darah bayi. Ia biasanya mula dikesan pada hari pertama. Masalah Rh pernah merupakan bentuk demam kuning yang teruk tetapi boleh dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh (Rh immune globulin) pada ibu dalam tempuh 72 jam selepas kelahiran. Suntikan ini menghalang penghasilan antibodi yang boleh membahayakan bayi.

Selain itu terdapat juga komplikasi seperti kekurangan enzim G6PD, jangkitan kuman, bayi pra-matang, dan lain-lain lagi. Secara semula jadi, penyakit demam kuning normal (physiological jaundice) bermula pada penghujung hari kedua atau ketiga selepas bayi dilahirkan. Paras bilirubin dalam darah akan terus meningkat sehingga bayi mencapai umur 5-6 hari sebelum paras bilirubin menurun dan akhirnya menghilang apabila usia bayi mencecah 10 hari.


Basically Danish & Dania pun pernah kena jaundice. Danish mild je, Dania dulu kena prolonge jaundice lagi... jaundice nyer tak tinggi sangat tapi lamaaaaaaaaaaa...
merasa gak lah 3 hari duk wad & Dania duk bawah lampu fototerapi tuhh.3 minggu baru hilang jaundice Dania.. Bak kata orang Dania ni "kaki jalan" sebab 2 hari sekali aku akan bersiap dan siapkan Dania pergi cek darah.. aku dengan berbengkung dan stokin dan Dania pun sampai kalau cek darah tidur pun tak bangun sebab naik lali dgn jarum cek darah tuu...huhuhuh

Alhamduillah sekarang Dania dah sihat, riang & cergassssss

Untuk Fahim, kami doakan semoga cepat sembuh & Ma, tabahkan hati ya!






Aku nak update beberapa entry yg pending nihh..
Entry 1:
Hari cuti CNY... lepak kat rumah sebelum balik kampung
Kat Astro ceria ntah ada berapa episode Ultraman bersambung2..sekali ngan Ultraman the movie lagi. Dah hujung-hujung tu Danish pun dah naik hantu tengok Ultraman
bergasak dgn raksaksa...
Memula yang jadi mangsa aku & Abang aaaa kena 'serang' ngan Danish..
Tak larat kena serang ngan Danish last2 aku bagi idea
Aku : Danish.... haaa macam ni.. Pooh jadi Raksasa, Danish jadi Ultraman.
Danish lawan ngan raksaksa pooh!

Danish tersengih2 dengar saranan aku.. apa lagi terus laaaa kena 'serang' plak pooh tu... habis dia tendang, dia tumbuk, dia lempar nya 'raksaksa' pooh tu... memang berlawan bersungguh-sungguh sampai la kepenatan dan berpeluh2!
Iskk iskk iskkk budak2 ni kalau tengok kartun mmg menghayati sungguh & terus praktik plak!!! Aku yang tengok yang letihhh!!!!



Dania Aliesya menjejak 1 tahun 5 bulan by this months..
Masa aku update entry Dania bulan lepas rupa2 tanpa aku sedar gigi Dania tengah naik 2 gigi gerham atas - kiri & kanan! Menjadikan gigi Dania 10 batang keseluruhannya.
Patutla makin laju kalau nampak makanan!!
Dania dah paham instruction yang mudah-mudah.. kalau ada air tumpah ke suh amek tisu/lap boleh la dia cari dan lap lepas tu kalau tisu pandai terus buang dalam tong sampah! Kalau lap boleh sidaikan semula kat child gate kat pintu dapur tuh.
Kalau Abang dia bukak baju nak mandi Dania pandai pulak amek baju abang dia buh kat
bakul baju kotor kat laundry area... sasuga anak pompuann... dari kecik dah nampak bakat nak tolong mama! huhuhuhu!
New vocab Dania by this months:
Sempena dapat sepupu baru! Dah pandai sebut
+ Baby!
+ Bibik
+ Dudok (Duduk)