ABANG pergi outstation ke Penang hari Rabu malam sampai hari Jumaat sebab ada operasi kat site.
Malam selepas Danish settlekan homework aku pun dah bersiap nak naik atas (bilik)
aku pun ajak la Danish
Aku : Danish, jom dah malam esok sekolah. Jom naik atas tidur..
Danish : Ala.. tak nak . Papa mana mama?
Aku : Papa work la.. malam ni papa tak tidur sini
Danish : ALa.. tak nak naik atas.. Shian Papa nanti papa tertinggal... Dibaca - Kesian tinggal papa sorang sorang -
Sampai la aku ajak naik atas Danish berkeras tak nak
Danish : Ala.. tak nak laa. Nanti papa tertinggal sorang-sorang.. nanti papa tak tidur karang
Sambil duk ulang alik jengah kereta ABANG kat luar tengok kalau2 papa dia balik.
Jenuh gak la aku pujuk2 last2 baru la Danish nak naik bilik
Masa nak tidur :-
Danish : Mama.. Papa work ee.. papa tak tidur sini ee malam ni.
Shian kan papa tak ada kawan.. tidur sorang sorang je

Aku : Sian Danish.. Danish rindu kat papa ke..?
Danish : Unnnn.. Danish angguk dengan muka sabishisou
Itu la dia anak papa sorang ni... susah betul nak berenggang ngan ABANG

Semalam aku kat dapur tengah masak lauk makan malam
Dania cam biasa la.. duk kat child gate pintu dapur tu merayu2 nak ikut aku
Aku pun keluarkan jajan jelly raspberry dari freezer and bagi Dania
Dania dapat makanan lupa la jap apa yg dia rengekkan tadi terus sambung main
jap lagi datang balik kat child gate tu merengek2 nak 'tolong' aku kat dapur...
Jap lagi tengok kat lantai jelly nyer dah tumpah sana sini
Dania :"haaa..Pahh!" (dibaca sbg tumpah) sambil jarinya tunjuk kat jelly yg bersepah
Abang : "Cuba bagi Dania lap suh dia lap tengok pandai tak " Abang beri idea.
Aku terus capai lap kat singki dan bagi pada Dania
Aku :"Haaa.. ayokk sapa tumpahkan. cepat lapp.. cepat.."Dania capai lap dan terus tertonggeng2 lap jelly yg bersepah atas lantaii..Gelihati plak kitaorg tengok
Aku :" Oooo.. pandainya anak mama ni..." Aku ngan abang tergelak tak sangka dah bleh mintak tolong buat 'kerja' huhuh
Jap lagi...
lepas lap lantai Dania guna lap tu lap hingus dia plakk.. erkkk!! Memang pandai! huhu

Hari ini hari/kali pertama aku attend Danish buat homework hu! hu! hu!
First time pun Danish dapat homework. Masa kat montessori dulu
Danish baru umur 3 tahun setengah, tak de homework lagi! Pergi school pun just for fun suh dia pandai bergaul jerr. Cuma akhir tahun tu Danish dah kenal la A-Z.. number 1-20. Memang hobby tengah jalan baca nombor plat keter orang..
Anyway kat school baru ni,
Homework pertama - tulis huruf D (A-C dah buat kat school)and kaler lukisan DOLL...
Memang Danish excited nak buat..TAPI kena switch off TV baru la bleh concentrate.
"eh.. Mama.. Mama jadi cikgu ke? Oooo Mama jadi cikgu ee mama" Danish dah tersengih2 dan aku terus la berlakon jadi 'CIKGU'
kejap kejap
"Cikgu.. Danish gatallahh...Cikgu ambikkan bedak yer" Dah start panggil aku cikgu


Siap tulis tak siap kaler lagi dah nak tutup buku..
Aku : "Eh mana bolehhh.. nanti cikgu Danish marah nantiii. Kena siapkan homework dulu baru lah bleh main.." pujuk aku
Danish : "Kena buat homework kan .. nanti kalau tak siap Cikgu marah kan.. kann"Seb baik makan saman.. anyway rasa sonok jugak jadi parent esp2 bila face dgn pengalaman2 baru cam ni...hehhehe